Followers

Sunday, November 10, 2013

KeranaNYA aku tinggalkanmu..KeranaNYA jua aku bertemu sesuatu


Dalam kembara sebuah keinsafan
Dalam kembara memperbetulkan keadaan
Dalam perjalanan menuju Tuhan
Adakalanya kita terpaksa mengorbankan apa yang kita sayang
Tidak ada cinta tanpa pengorbanan
Sebagaimana dalam peristiwa hijrah
 para sahabat yang mencintai Allah dan Rasulullah
sanggup meninggalkan keluarga dan ibu bapa
untuk menyahut seruan Allah
dan menegakkan agama Allah..

Begitu jualah kita sebagai hamba
dalam pembuktian cinta kita kepada Allah dan Rasulullah
Kita harus meninggalkan sesuatu yang Allah larang

Tiada istilah cinta sebelum nikah dalam islam
Namun jatuh cinta itu fitrah manusia
Saya tidak menyatakan bahawa jatuh cinta itu salah
Tapi bagaimana anda mengzahirkan perasaan anda pada orang yg anda cintai itu
yang menentukan ianya salah atau tidak

Bergayut xtentu masa --> Salah
SMS pd yang tidak penting --> Salah
Berdating --> Salah
Berdua-duaan --> Salah

Definisi Cinta menurut Hilal Asyraf :
"Sekiranya benar cinta mesti kita mahu bersama hingga ke syurga..Apa-apa yang membawa ke neraka itu bukan cinta namanya."

Jom baca sketsa dunia dibawah..

Pernah dulu aku menyintaimu menyayangimu dengan cara yang begitu salah disisi agama
Namun bila saat Allah menghadiahkan aku dengan satu kesedaran
Aku mula menjauhimu tanpa sebarang pengesahan
Lantas, kau membentak meminta penjelasan
Dengan penuh rendah hati aku menjelaskan satu persatu
aku ajak kau dan diriku sendiri
untuk kembali pada fitrah cinta yang berlandaskan agama..

deminya ku tinggalkanmu sementara ,
walaupun diri ini sukar utk melupakanmu,
namun apakan daya, antara engkau denganNYA,
DIAlah segala-galanya
biarlah kita berpisah dahulu,
membawa hala tuju masing-masing,
menggapai cita-cita,
bila tiba saatnya, kita pasti bersua,
saat itu, aku sedia menerimamu,
sebagai teman hidupku.. 
kerana Allah melebihi segala-galanya

Aku tahu dalam penantian itu ada penyeksaan.. 
Namun seandainya kita yakin dengan janji Rabbul izzati
Pasti semuanya dilalui dengan penuh kesabaran dan ketaatan padaNYA
Dalam sujud panjangku aku sering berdoa bahawa kau adalah imamku kelak
Aku tidak menuntut banyak darimu melainkan kesabaran dan doa..

Namun, hancur luluh hatiku
saat Allah memberi jawapan dalam setiap doaku
Kau lebih memilih dia..
Katamu, si dia mecintaimu lebih dari segalanya
Katamu, si dia menghargaimu lebih dari segalanya
Katamu, si dia memahamimu dr segenap sudut
katamu, si dia sentiasa bersamamu tika susah senangmu

Tiada lagi kata yang terucap dari bibirku
dalam kesedihan ku hayati kalam penciptaku dalam surah Al-Baqarah ayat 216 ::

' Dan mungkin apa yang kamu benci itu adalah baik untukmu dan mungkin apa kamu sukai itu adalah buruk untukmu..Allah lebih mengetahui sedangka kamu tidak mengetahui'

Dari ayat ini aku mengerti bahawa kita sebagai hambaNYA tidak boleh terlalu mengukur sesuatu melalui akal semata-mata kerana Kita merancang Allah yang menentukan...

Aku lega..Aku tenang..Aku senang dengan kepergianmu dari hidupku
Itu saja yang dapat aku katakan
Tidak ada sekelumit dendam yang tecipta dihatiku untukmu
hanya rasa syukur ke hadrat Allah swt

Hatiku berkata 
'Tidak mengapalah aku redha dengan segala ketentuanNYA'
kerana aku yakin dan percaya
saat aku meninggalkanmu kerana aku takut pada azabNYA
saat aku meninggalkanmu aku tidak mahu kau dan aku terhanyut dalam cinta nafsu
Meninggalkan sesuatu kerana Allah itu tidak pernah rugi kerana Allah janji akan memberikan yang lebih baik

dan hari ini saat ini dan detik ini
aku lebih bahagia bersama cinta penciptaku
dan Allah jua telah menyiapkan cinta seorang insan yang bergelar suami..
Cinta yang jauh lebih suci dan diredhai.....


Tamat sketsa dunia...

Jadi, buat adik2 kakak2 yang kucintai..
Saat kamu kehilangan org yang kamu cinta
kerana kamu mahu berhijrah biarkan dia berlalu dari hidupmu
Kerana Allah telah mempersiapkan cinta high class untukmu
bukan cinta sambal belacan...









No comments:

Post a Comment