Followers

Wednesday, June 20, 2012

Syukur... Terima Kasih Allah..

Assalamualaikum to all readers...
Sedar tak sedar blog aku dh bertukar format..
itu membuktikan bahawa sudah berbulan2 aku xmenjeguk blog aku nie..
Maklumlah xdek cerita yang nak di ceritakan...
Ermm....setelah aku diberhentikan dari perkejaan lamaku
aku menganggur lebih kurang sebulan ..dalam tempoh tu mcm2 keje aku mohon tapi satu pun xdek jawapan...dan tanggal 20 Jun 2012 aku menerima panggilan daripada PPD Marang menyatakan aku diterima menjadi guru disebuah sekolah di daerah Marang.. Teruja ada, Neves pun ada...
Sebelum ini just dengar cerita dr kawan2 dan teman istimewa tentang kerjaya guru ini... Agar sukar dan agak penat... Dalam jam 10.00am aku melapor diri di sekolah tersebut...Layanan yang diberikan sangat baik..Cikgu-cikgu di sana sangat ramah dan dan mesra....

Hari pertama disekolah..aku diberitahu akan mengajar darjah 6, 2 dan 1... mengajar matapelajaran sains dan bahasa Inggeris... lagi aku blurr subjek yang sangat2 asing bagi aku... Tapi hari ini aku belum lagi mengajar student darjah 6..Just mengajar darjah 1 dan 2... First masuk kelas aku relief kelas iaitu relief kelas Bahasa Arab.. Masuk jerlah lepas bagi salam ada salah sorang pelajar ni tanya aku 'Khaifahaluka ya ustazah' Aku tergamam..lalu menjawab 'Ana bilkhoir..Alhamdulillah' Lantas aku berkata "Saya bukan ustazah dan saya xmengajar awak bahasa Arab..Saya mengajar kamu Bahasa Inggeris... Lalu pelajar tu cakap ''Oooo..Gud morning teacher' Heheheh...Aku tergelak sendiri..Rasa geli pun ada bila digelar begitu...Hahahhaha.. Aku memperkenalkan diri aku dan mulalah aku ligat berfikir nk ajar apa2..Last2 aku ajar jerlah apa yang ada dlm buku 2...

Sedang aku mengajar ada sekumpulan pelajar tiba2 mengetuk pintu kelas lalu memberi salam
"Assalamualaikum teacher".... 'Waa'laikumusalam..Ni kenapa datang ramai2 ni'.. Lalu pelajar ini senyum dan menghulurkan tangan untuk bersalam denganku ..aku jadi blurr...Kenapa??? 'Teacher ni comel lah..teacher dah kawin ke belum..Umur teacher berapa'... "Aku tergelak kecil..."Terima kasih...teacher belum kawin lagi..umo 24" aku bersembang2 sedikit dan sempat berpesan supaya belajar rajin2 sbb UPSR dh nk dekat.. Diaorang pun berlalu dari situ selepas bersalam2....

Loceng balik telah pun berbunyi menandakan sudah tiba waktu pulang..aku menarik nafas lega dan tutup aircond dan berlalu dari situ... Setibanya aku dipintu bilik guru..aku melihat sekumpulan pelajar2 tahun 6 tadi sedang berkumpul..aku bertanya "Knapa tunggu kat depan bilik guru???sume cikgu dah balik".. Kami tunggu cikgu.."Kenapa tunggu cikgu"... Nak salam ngan cikgu, cikgu ni suka senyum... "OOooo.." Lalu aku bersalam2 dengan mereka dan menuruni ank tangga dengan mereka...kami berpecah kerana masing2 hendak pulang... Sebelum berpecah sempat mereka berpesan "Jumpa lagi esok yerk cikgu"... Aku tersenyum.. Tak sangka aku dihargai sedemikian itu... Terima Kasih Ya Allah..Walau aku hambaMU yang berdosa namun KAU tetap memberi aku penghargaan sebesar ini melalui hamba2Mu... Beri aku kekuatan untuk mendidik mereka dengan cara yang telah Rasulullah ajarkan dan permudahkanlah urusanku Ya Allah... Syukur Alhamdulillah...