Untuk entry part 4 ini saya tak nak story panjang-panjang..
biarlah gambar yang menceritakan semuanya...
Ok..ready..1..2..3
Taaadaaaa...
enjoy it!!!
Yeayy..i'm here.. Terrapuri Heritage Village, Penarik Setiu Terengganu.... Tgk Teganu Kite tak??? Kalau tengok ni lah tempatnya... saya dan kawan saya dah sampai..anda bila lagi???
Subhanallah...Cantiknya... Pemandangan luar Terrapuri..
Pantai yang berhadapan terrapuri...
Sungguh indah Negeriku...
Ok...Tunggu entry berikutnya.. Pantai Kuala Abang, Dungun...:)
Dedikasi: Terima Kasih Buat sahabat saya Nurul Izah Ramlan dan Zaimatu Adawiah yang setia menemani saya berjalan-jalan dan setia bawa kamera dan ambik gambar saya...heheheh
Ok untuk entry malam ni saya nak story pasal Pantai Teluk Ketapang.
Pantai ini terletak dekat dengan Lapangan Terbang Kuala Terengganu..
Dulu pantai ini tak ditambak
tapi sekarang dah ditambak..
jadi sape2 yang teringin nak duduk tengah laut pergi jer kat pantai tue..
Boleh mancing, boleh lepas tension boleh lepak2 sambil tengok laut...
Yang pasti nk duk tengah2 laut kena pakai seluat sebab
anda terpaksa memanjat batu-batu besar
dan perlukan sedikit kemahiran dan yang penting berhati-hati...
Ok..Jom view gambar lak...
Tembok pemisah darat dan laut...
Ni lah tembok batu yang bakal anda2 panjat klu nak tgk pemandangan tengah laut..
Dekat pantai Teluk Ketapang ni awak2 semua boleh menikmati seafood celup tepung yang sedap-sedap...
banyak kedai makan yang disediakan dari makanan tradisional Terengganu hinggalah ke western...
Yummy..sotong celup tepung..My favourite...
Mee Kung Fu jadi pilihan..Lepas makan berkunfu lah kite... hehehe
Kuew teaw Hong Kong... Yummy3,,...
Ok..tamat cite part 3... Nantikan Part 4 plak ek...
Visit Terengganu 2013
p/s: Kepada teman2 yang mengenali diri ini, bolehlah hubungi saya jika ingin datang ke Terengganu.. Insyaallah jika ada kelapangan saya akan membawa anda mengenali negeri saya yang tercinta ini...:)
Dedikasi: Terima Kasih kepada photographer saya yang sangat chumillllll.. Tanks a lot...
Ada ker yang mengikuti perkembangan blog saya nie? :)
Ape pun terima kasih kepada yang setia dan sudi membaca dan sentiasa tertunggu entry terbaru dari saya
Terima Kasih...
Hari saya nak menceritakan satu persatu keindahan Negeri Terengganu
dimana ia merupakan tanah tumpah darah dan negeri kelahiran saya..
Untuk Part 1 nie saya nak memperkenalkan satu pantai kepada semua..
Al maklumlah Terengganu merupakan negeri yang mempunyai jaluran pantai terpanjang di semenanjung Malaysia...
Nama pantai ini Pantai Pandak yang terlatak di Chendering Terengganu....
Kenapa nama pantai ni pantai pandak???
Oooppssss.....saya pun tak tahu kenapa dia diberikan nama Pantai Pandak
Pantai ini sangat cantik dan berbatu-batu
sesuai untuk photoshoot kenang-kenangan or untuk outdoor wedding
Cerita Panjang pun tak guna jugak..
Jom view photo yang telah saya sediakan untuk tatapan pembaca semua..
Signboard ke Pantai Pandak
Panorama indah di Pantai Pandak... :)
Ok, memandangkan internet sangat slow..jadi ini sajalah yang dapat saya tnjukkan pada teman2 semua...
Lastly, VISIT TERENGGANU 2013..:)
Welcome to my Negeri...:p
Sedang saya membelek2 laman sesawang saya terbaca satu entry yang bertajuk '5 Tips Berhubungan Dengan Lelaki'.. Huh..terasa diri ini sangat S.A.L.A.H dan Salah... WHY???? Sebabnya saya tak praktikkan 5 Tips tadi.. Yang saya tahu:
1. Nak Berurusan dengan lelaki mesti bawak muhrim
2. Kena jaga aurat
3. Jaga batas means x bertepuk tampar...
Ermm....apelah saya ni..ceteknya ilmu ni rasanya... YA ALLAH, ampunilah hambaMU...
BERUBAH???? bukan sesenang sebutannya tapi yang penting teruskan berusaha untuk berubah.. Saya pegang dengan 1 Prinsip yang saya ciptakan sendiri "KALAU NIAT KITA BAIK KERANA ALLAH, INSYALLAH, ALLAH AKAN PERMUDAHKANYA BAGI KITA"
So, tak kan ilmu nak makan sorang2 kan.. Jadi ingin saya berkongsi dengan rakan2 semua. Artikel ni saya petik dari seorang blogger muslimah Al-Mukminah Al-Solehah...
Jom sama2 kita baca yuk...!!!
Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disenangi oleh kaum wanita dan disegani oleh kaum lelaki. Semoga dengan mengamalkan perbatasan perhubungan ini, akan lebih suci bagi hati kita dan bagi hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati.
Elakkan berurusan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta tolong dengan perempuan, mintalah tolong dari perempuan. Disebabkan limitation kemampuan perempuan seperti repair kereta, repair laptop dan lain-lain, maka terpaksalah minta tolong dari orang lelaki.
Kalau terpaksa contact orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal, bukan bahasa pasar. Contoh: Maaf, (bukan sorrie..), Terima kasih (bukan time kaceh). Lagi satu tak payah la buat smiley face ke (^_^), gelak-gelak ke (hihihih), dan lain-lain yang kurang berfaedah. Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki.
Sampai Allah pun kena sound kat orang perempuan supaya keraskan suara. Rujuk qur’an surah Al-Ahzab ayat 32:
“Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik.
Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, lembut-lembutkanlah suaramu dan lihatlah kesannya. Apabila arahan ini diberi kepada isteri-isteri nabi, sepatutnya kita juga menyahut seruan itu untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka, darjat wanita-wanita yang bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best bukan?
Tundukkan hati: Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang, kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tertarik kepada kita. Waktu berdepan dengan mereka, banyak-banyaklah berdoa, “Ya Allah, janganlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan.”
Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan mata pelajaran communication skills yang kita belajar kat universiti dulu; “make eye contact with the person you’re talking to”. Benda tuapplicable kalau kita becakap dengan orang yang sama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati theory “dari mata turun ke hati” tu betul.
So, be careful dengan pandangan mata. Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dengan isteri-isteri nabi. Cuba rujuk surah al-ahzab ayat 53;
“….Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri-isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka..”
Kita bukan disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, ngan file ke. Kita lihat betapa Allah sangat ambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tak tewas ke dalam kemungkaran. Kalau kita pun nak jadi sehebat diorang, kenalah buat apa yang diorang buat. Takkan nak tunggu Allah sebut nama kita dalam Qur’an baru nak buat kot. Contoh: “Wahai Cik Hasni.. taatilah suamimu…” Isk2. tak layak nya…
Cepatkan urusan. Ni mungkin applicable kepada students atau orang yang dah kerja yang terpaksa berurusan dengan team mate lelaki. Dah tak boleh elak, dia je team mate kita. So, apa-apa kerja yang nak dibuat bersama, buat je la keje tu. Takyah nak borak-borak, tanya hal peribadilah, gelak-gelaklah, buat lawaklah.. tak perlu dan tak perlu. Siapkan kerja cepat-cepat, then pergi. Perbincangan buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional.
Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat pada perintah Allah dan takutkan hari pembalasan.
mtk ler kebenaran merembat 2,3 tangkai pokok padi wat balik...heheheh...:)
By the way... setinggi2 penghargaan pd photographer sy yang sanggup menjayakan 'Ooopss Bendang' walaupun dibawah terik matahari..Terima Kasih dan sayonara.. :)
My lovely Nikon..:)
Ok dah untuk entry kali ni...nanti..Jom tgk bola plak..ATM vs KELATE...:-)
Assalamualaikum....
Kenapa entry saya hari ni berkisah "Musim Exam"...
OOpppsss...saya dah pun habis study
tapi yang sedang menghadapi exam adalah students saya...
Ermm...Semalam (Ahad) last exam bagi paper 3 History Form 4..
Maka belambak2 lah keje saya lepas ni..
Tambahan pula saya bnyk terlibat dengan aktiviti dalam sekolah dan luar sekolah..
Alahai badann bilalah masa nak tanda kertas pelajar...
Ermm...Hari ini saya dah mula menanda Kertas 2 History tingkatan 4 Ibnu Kathir..
Tersenyum sorg2 sy bila tanda kertas budak2 ni..
Ermm..soklan tanya lain dia jawab lain...
Sabor jerlah....
Nak gelak pun ada..nak marah pun ada...
Kalau mood x Ok 2 better stop tnda kertas
takot menjejaskan markah pelajar... (Pheewww.. baiknya cikgu)...
heheheheh...
Alah.. baru tanda ckit dah kecoh lah cikgu ni..
'Ermm..yerlah kan..semua kelas form 4 semua saya yang mengajar.. kalau satu kelas ada 27 org pelajar x dgn 3 kelas x 3 paper.. Hahh..kiralah sendiri yerk...heheheh' Ape2 pun chaiyook.. i can do it until lembik....
Lagi 15 minit nk balik umah..
sekarang masih kat sekolah sementara ada masa terluang
tetiba rasa rajin plak nk meng'update' blog...heheheh
Nk story pasal ape plak???
Ermmm...tahulah...
tp just nk kongsi beberapa kata2 yang saya petik dr penulis buku Don't Be Sad...
Kebetulan rajin cikgu ke Library hari ini...heheheh
Rasa aman adalah tempat berpijak yang paling kukuh & kesihatan adalah perisai paling utama. Ilmu pengetahuan adalah makanan yang lazat, cinta adalah ubat yang paling mujarab sedangkan pakaian yang menutup aurat adalah pembalut tubuh yang paling indah...
Dunia selalu berputar dan hari terus berganti, keadaan yang sama tak akan berlangsung selamanyan..Allah swt Yang Maha penyayang juga sentiasa mengawasi keadaan hambaNYA setiap saat..maka kenapa perlu bersedih?????
Seiring dengan lirik lagu tahujjud cinta diatas.. Mesti anda2 semua xpernah dengar tudung Tahajjud Cinta kan??? Ermm..ni nak promote ckit...sebenarnya tudung tu wujud...x caya???saya dah pun beli n pakai... Sebenarnya tudung 2 ala2 tudung Heliza Helmi...Memandangkan saya minat dan suka sngt style pemakaian heliza helmi ni jd saya pun beli tudung 2 dengan sahabat saya kat Facebook dia di page Cetusan Nurani
http://www.facebook.com/cetusan.nurani?fref=ts mana yang berminat boleh terus order kat fb dia..Sangat cantik dan tudung2 yang dijual semuanya menutup aurat, labuh dan trendy..Pendek kata sangat menepati gaya muslimah trendy masa kini...
Kalau nk style yg lebih menarik dh lawa jgn lupa ke page Cetusan Nurani yerk... Chill
Dear Ocotber..Please be nice to me...
Hari ini dah 3 Oktober rupanya...
Ermm....Minggu depan semua pelajar tingkatan 3 akan menduduki PMR..
Good luck to u ols...
S.A.Y.A???
Masih meneruskan rutin harian seperti biasa..
bangun seawal 5.45 pagi dan bersiap untuk ke sekolah...
tapi hari keadaan kesihatan agak merosot...
Tak mengapalah..redha dengan ujianNYA..
"Sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa"
Setiap pagi sebelum masuk kekelas saya pasti akan membuka page
'Izinkan aku menikah tanpa pacaran' dan page 'Prof.Dr. Muhaya' sebagai sarapan minda di pagi hari..
Saya hanya insan kerdil yang mencari ilmu untuk mengubah diri dan hidup agar terus menjadi yang terbaik di dunia dan akhirat...
Disini saya ingin berkongsi sedikit pembacaan saya buat kalian semua..semoga berguna buat kita utk bekalan dunia dan akhirat
'hari ini perhatikan cara kita bercakap. Ia menunjukkan emosi yang menunjukkan fikiran kita. Jika positif bersedialah untuk kebahagiaan dunia akhirat'
Untuk entry kali ini ingin aku garapkan mengenai sekolah Imtiaz...
Disinilah tempat aku mencurahkan ilmu buat pelajar-pelajar..
Disini jua tempat aku mencari setitis rezeki..
Dsinilah tempat aku membanting tulang dari jam 7.40 pagi hingga 4.30 petang...
Disini jua aku mengenal kehidupan bersyariat...
Disini jua aku temu ketenangan
Jadualku tidak sepadat sekolah lama cuma yang memenatkan bila ada kelas petang dan kadang2 terlibat dengan pelbagai aktiviti tambahan PMR dan SPM kian menjelang tiba...
Disinilah lahirnya Ulul Albab generation
Disini tempat berhimpun pelajar cemerlang dari seluruh pelusuk negara
Disini tempat berkumpul golongan elit..
Disini tempat lahirnya bakal tahfiz negara
Disini berputiknya pucuk mardhotillah
Disini berbunganya kehidupan bersyariat...
Disini mengajarku tentang segalanya
Disinilah gedung ilmu dunia dan akhirat
Disinilah ilmu dunia dicari ilmu akhirat dikejar...
Disinilah ukhwah terindah berbuah...
Salam Jumaat buat semua hamba Allah yang masih lg diberinya nyawa untuk bernafas, Alhamdulillah....
Jika masalah kita terasa berat dan menyayat, hadapkanlah wajah kita kepadaNya Yang Maha Lembut dan biarkanlah hati kita berbicara mesra kepadaNya. . . Mungkin wajah teduh kita itu basah dengan air mata yang mewakili derita hati kita, , tapi ingatlah selalu, Allah hanya memberi kita masalah
yang dapat kita selesaikan :-)
bersabarlah!
Dia akan menyelamatkan kita, wahai jiwa yang merindukan kasih sayang. . . Sesungguhnya Allah sangat mencintai kita ♥ ♥
Sumber: IAMTP..ditulis oleh: Filzah Sang Perindu NurNya
Assalamualaikum to all readers...
Sedar tak sedar blog aku dh bertukar format..
itu membuktikan bahawa sudah berbulan2 aku xmenjeguk blog aku nie..
Maklumlah xdek cerita yang nak di ceritakan...
Ermm....setelah aku diberhentikan dari perkejaan lamaku
aku menganggur lebih kurang sebulan ..dalam tempoh tu mcm2 keje aku mohon tapi satu pun xdek jawapan...dan tanggal 20 Jun 2012 aku menerima panggilan daripada PPD Marang menyatakan aku diterima menjadi guru disebuah sekolah di daerah Marang.. Teruja ada, Neves pun ada...
Sebelum ini just dengar cerita dr kawan2 dan teman istimewa tentang kerjaya guru ini... Agar sukar dan agak penat... Dalam jam 10.00am aku melapor diri di sekolah tersebut...Layanan yang diberikan sangat baik..Cikgu-cikgu di sana sangat ramah dan dan mesra....
Hari pertama disekolah..aku diberitahu akan mengajar darjah 6, 2 dan 1... mengajar matapelajaran sains dan bahasa Inggeris... lagi aku blurr subjek yang sangat2 asing bagi aku... Tapi hari ini aku belum lagi mengajar student darjah 6..Just mengajar darjah 1 dan 2... First masuk kelas aku relief kelas iaitu relief kelas Bahasa Arab.. Masuk jerlah lepas bagi salam ada salah sorang pelajar ni tanya aku 'Khaifahaluka ya ustazah' Aku tergamam..lalu menjawab 'Ana bilkhoir..Alhamdulillah' Lantas aku berkata "Saya bukan ustazah dan saya xmengajar awak bahasa Arab..Saya mengajar kamu Bahasa Inggeris... Lalu pelajar tu cakap ''Oooo..Gud morning teacher' Heheheh...Aku tergelak sendiri..Rasa geli pun ada bila digelar begitu...Hahahhaha.. Aku memperkenalkan diri aku dan mulalah aku ligat berfikir nk ajar apa2..Last2 aku ajar jerlah apa yang ada dlm buku 2...
Sedang aku mengajar ada sekumpulan pelajar tiba2 mengetuk pintu kelas lalu memberi salam
"Assalamualaikum teacher".... 'Waa'laikumusalam..Ni kenapa datang ramai2 ni'.. Lalu pelajar ini senyum dan menghulurkan tangan untuk bersalam denganku ..aku jadi blurr...Kenapa??? 'Teacher ni comel lah..teacher dah kawin ke belum..Umur teacher berapa'... "Aku tergelak kecil..."Terima kasih...teacher belum kawin lagi..umo 24" aku bersembang2 sedikit dan sempat berpesan supaya belajar rajin2 sbb UPSR dh nk dekat.. Diaorang pun berlalu dari situ selepas bersalam2....
Loceng balik telah pun berbunyi menandakan sudah tiba waktu pulang..aku menarik nafas lega dan tutup aircond dan berlalu dari situ... Setibanya aku dipintu bilik guru..aku melihat sekumpulan pelajar2 tahun 6 tadi sedang berkumpul..aku bertanya "Knapa tunggu kat depan bilik guru???sume cikgu dah balik".. Kami tunggu cikgu.."Kenapa tunggu cikgu"... Nak salam ngan cikgu, cikgu ni suka senyum... "OOooo.." Lalu aku bersalam2 dengan mereka dan menuruni ank tangga dengan mereka...kami berpecah kerana masing2 hendak pulang... Sebelum berpecah sempat mereka berpesan "Jumpa lagi esok yerk cikgu"... Aku tersenyum.. Tak sangka aku dihargai sedemikian itu... Terima Kasih Ya Allah..Walau aku hambaMU yang berdosa namun KAU tetap memberi aku penghargaan sebesar ini melalui hamba2Mu... Beri aku kekuatan untuk mendidik mereka dengan cara yang telah Rasulullah ajarkan dan permudahkanlah urusanku Ya Allah... Syukur Alhamdulillah...
Tuhan kubisikkan kerinduan..keinsafan pengharapan..
Tuhan ku sembahkan pengorbanan membuktikan kecintaan
Bisikkan ku untukMU munajatku mohon restu
semoga cintaku bukan palsu
pada desiran penuh syahdu
gelombang lautan rinduku
Munajatku dalam syahdu
merindui maghfirahMU
mardhiahMU dalam restu harapan tulusnya hatiku
kurindukan pimpinanMU keagunganMU dalam doaku
kebesaranMU pada kudratMU
ia membina rohaniku
Ujian kepahitan
didalam kehidupan
padanya ada kemanisan ketenangan dan kebahagiaan
bayangan syurga idaman
namun bagiku melupakanmu butuh waktuku seumur hidup...
Wah3..feeling jer dengar lagu ini 'Saat Terakhir' oleh ST12....
Memang payah untuk menerima kenyataan bila kita kehilangan orang tersayang atau teman rapat untuk selamanya...Namun walau sepahit apa pun kenyataan itu kita terpaksa menelan dan terpaksa berdiri sendiri di dunia realiti...Berharap orang telah pergi itu kembali semula ke pangkuan kita seperti lirik lagu Kangen Band 'Kekasih yang dulu hilang kini telah kembali pulang' adalah sesuatu yang mustahil.. Yang pergi biarkanlah pergi kita yang hidup perlu teruskan hidup...Perlu mencari kebahagiaan disisi yang lain semoga Kepergianmu tak akan merubah apa pun, Semoga mampu ku lawan kesepianku...
7 Tahun hidup tanpa kasih sayang dari seseorang yang disayangi..tanpa perhatian dan tatapan membuatkan hatinya benar-benar beku untuk menerima kehadiran insan lain dihati... Bukan tiada yang datang menawarkan cinta tapi entah mengapa hatinya tidak sedikitpun tercuit untuk menerima semua insan-insan tersebut. Baginya hanya insan itu yang selayaknya menerima cinta dan kasih sayangnya,, hatinya sentiasa berharap bahawa insan itu akan datang menjemputnya suatu saat nanti tanpa di sedari bahawa semua itu adalah mustahil... Dia juga takut untuk menerima cinta-cinta yang hadir kerana bimbang insan yang disayangi itu akan bersedih..Sehinggalah kehadiran seorang insan yang begitu asing dalam hidupnya datang menawarkan cinta yang sangat diragui ketulusannya dan keinkhlasanya... Persahabatan dan gurauan insan tersebut membuatkan dia berfikir bahawa yang pergi tetap pergi... Namun, ingatanya pada yang telah pergi tetap utuh.. Saat bersendirian dan kesunyian bertandang akan mengingatkan dia pada yang telah diambil Tuhan... Dia tidak mahu cintanya dirampas... Jauh disudut hatinya dia berharap bahawa dia dapat membuka pintu hatinya utk insan baru dan dia berharap agar agar insan baru sabar menanti dan melayan kerenahnya yang terkadang tidak mahu tunduk pada perasaanya yang ingin dicintai dan mencintai, dia juga berharap insan baru itu hadir membawa sinar baru dalam kehidupanya dan mampu menundukkan egooan yang setelah sekian lama tertanam dilubuk hati itu...
Cinta dengarkanlah ku ingin mendegar suaramu
nyanyikan lagu-lagumu bila ku rindukan kamu
Cinta relakanlah akhiri cerita tentang kita
ku tahu berat bagiku untuk melepaskanmu
Kutahu berat bagiku melupakanmu
Sesungguhnya kasih sayangku tiada batas
Namun secepatnya engkau harus kulepas
Sesungguhnya engkaulah makhluk yang ku sayang
Cinta maafkanku kerana aku terpaksa melupakanmu
kerana anganku untuk bersamamu
tak kan bisa tercapai..
Cinta relakanlah aku mencari cinta pada insan lain
Maaf kerana terpaksa melupakanmu...
Begitulah rintihan hatinya setiap hari, Dia sedang berusaha dan terus berusaha untuk meneruskan hidupnya yang baru tanpa kenangan-kenangan sedih yang ditinggalkan... Dia cuba berjanji pada dirinya untuk melupakan segala peristiwa hitam yang berlaku itu... Semoga akan hadir insan yang berjaya membuka pintu hatinya...
Kalau tak silap saya ini entry pertama sejak 2012 menjelma.
Errmmm...maklumlah busy lah katakan...hehehehe
Hari ini ingin meluahkan sesuatu yang terbuku dihati..
Jam 9.00 pagi aku mendapat call dari Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu..
"Hello, Cik, saya bagi awak 10 minit untuk fikir samada awak terima atau tak tawaran guru sementara ini"
Ya Allah, satu-satunya bidang perguruan Geografi yang aku minati..
Hanya Allah yang mengerti akan perasaan yang bergelodak di jiwa...
Teringin nak flashback balik kenangan2 lama mengenai 2 choice in 1 time...
1. Masa selepas SPM dpt tawaran nurse KPJ Helath care dan daftar Form 6..Huh.. menyirap jugak darah bila tahu org yang call time bg masa 10 minit nak jawapan...
2. Exam STPM last paper dengan interview pegawai penjara..last-last aku pilih teruskan dengan STPM..
3. Outborn India dan Kerja ngan Rayhar... Ya Allah time tu jugaklah diaorang nak jawapan... sehari bagi masa untuk pikir...Sabar jerlah...
Tapi Alhamdulillah, setiap pilihan yang aku buat tidaklah aku menyesal kerana aku sedar tidak semua yang kita harapkan itu kita akan dapat..Kerana Firman Allah yang bermaksud: "barangkali kamu tidak menyukai sesuatu sdgkan ia baik bagimu, kamu tidak mengetahui sedang Allah mengetahui"
Tak mengapalah mungkin ini ujian buatku..mudahan dapat menambah sahamku diakhirat kelak....
Sayu bertandang lagi..
Menguji kekuatan hati,
Walau berdiri dalam ramai..
Sepi itu datang,
Wahai hati, cuba bersabarlah,
Dalam santun Allah hadirkan penghibur,
Dalam senyap Allah takdirkan pelita,
Dalam sopan Allah kurniakan darjat istimewa,
Yang tidak diduga oleh hati..
Ya ALLAH, Ya Rahman, Ya Rahim..
Kasihku tetap satu pada jalan yang telah KAU tetapkan,