Followers

Friday, December 31, 2010

B'kulaT daaa

salam semua...
ermmm...dah lama xmenulis kat blog nie..
smpai dah berkulat dah nek sawang dh....heheh
ari ni 31.12.2010 iaitu hari terakhir di tahun 2o10...
tahun nie bnyk meninggalkan pahit manis buat ana....

disini ingin aku rakamkan jutaan terima kasih pada semua yang telah' mengepykan' aku dan menyedihkan aku sepanjang tahun 2010 nie....
semua tu pengalaman buat aku...
ermmm...hari terakhir ni jugak adlh besday ejart kwn sekolah aku masa di seri berang.

dc-ni aku nk ceritakan sedikit tentang 2010... aku dan kwn2 bercuti di PULAU KAPAS, dimana reunion terbesar aku dan kekwn... sonok sangt...
selepas saat itu hari2 penuh dgn warna warni keceriaan...air mata??? ada lar sekali sekala.. hidup itu ketawa dan air mata kan..tp totalnya aku lebih ceria di tahun ini....

...buat ibu bapa,family, teman, sahabat dan kekwn semua...
".... akusedar bkn mudah utk mengejar mimpi indah pernah suatu ketika dulu kupny hrpn besar kini aku xpasti dptkh kumiliki..sudah jauh kita tempuh..kekalkanlah impian lalu..mgkin ada hikmah yg akn menunggu dipnghujung jln br 6t kecewa setidak2nya cuba..jika hlgn menduga p'jlnan kita.jgnlah kau putus asa krn ku ada dcc setia menemani..andai semangatmu gugur genggamlah tgnku kita hampir kesitu...adakala kuterasa ketabahan x setegar tetp apakah hny berhenti separuh jln percylah pdku aku yakin kita mampu...br org katakan rapuhnya hrpn bkn mereka tntukan lagi..kau ada aku dan aku pny kamoo...apa jua akhirnya tetap bersama......."

Selamat Tahun Baru semua....

Friday, November 26, 2010

Lau saMah...

daH laMa ana x update blog nie...
makLumlah busy ckit..maklumlah ana da nk exaM...
ni pun ana curi2 masa utk update blog sbb dah xley nk masuK dh...
dan di cni ana nk tulis puisi yg dipetik dr filem ketika cinta bertasbih...

"cinta adlh kekuatan yg mampu mengubah duri jd mawar..mengubah cuka menjd anggur, mengubah amarah jd ramah..itulah cinta"

"sekalipun cinta tlh ku uraikan dan kujelaskan pnjg lebar..namun bila cintaku datangi aku jd malu pd keterangan ku sendiri..meskipun lidahku mamapu menguraikan..namun tnpa lidah cinta ternyata lebih terang sementara pena begitu t'gesa2 menulisnya...kata2 pecah berkeping2..begitu sampai kepada cinta...dlm menguraikan cinta akal terbaring x berdaya..cinta sndirilah yang menguraikan cinta dan percintaan".....

sungguh menusuk hati...

Jgn panGgil aku perempaun sejati andai hidup hanya berkalang lelaki..namun x beerti aku tidak perlukan lelaki utk aku cintai......

ini jer yang ana nk tulis...
kdg2 menda2 cmni org kata jiwang..
tp bg ana kata2 dan puisi2 bnyk mengajar ana tntg islam, kasih sayang dan ukhwah...

salam kasih sayang dr ku tazkiyah al-nafs...

Tuesday, November 2, 2010

AntaRa tesis daN fiNAL exaM!!!

sekarang aku sedang menjalani study week..
namun satu ape pun aku x study lg malah sibuk menyiapkan bab 2 untuk tesis..
huhh!!! memg kne pndai bagikan masa...
kalau x..hancur....

masaLah datang siLih berganti..
9 hb dh nak balik..
klu duk umah conperm2 dh xstudy..
apatah lg nk wat tesis...
otak aku benar2 dh tink tonk stakat arini!!!!
dr pg mengadap laptop dan buku+jurnal+kertas persidangan yang bersepah2...
arHhhh....
penin..penin..penin...

hOpe dpT seteL secepaT yg mgkin
suPAya aku dpt foKus pd fiNAL...

kata2 utk dr.taN.."dr.blh x sy lewatkan penghantaran bab 2 tesis"...
hehehhehehehe

Tuesday, October 19, 2010

harGa sebuah kemaaFan....

Kalian mungkin pernah terasa peritnya apabila rakan karib sendiri menikam kita dari belakang. Menipu, mempermainkan, memburuk-burukkan, atau mengaibkan kita sesedapnya. Sakit yang dirasa pastinya tak terkata. Orang sebegini memang hanya layak digelar rakan atau kawan dan bukan sahabat. Ini kerana nilai sahabat jauh lebih tinggi. Sahabat tidak akan melukakan hati sahabatnya.  Seorang sahabat akan menjaga aib sahabatnya kerana dia sedar, jika bertindak demikian hijab aibnya akan dibuka Tuhan di hari pembalasan. Lebih penting, seorang sahabat tidak akan mengaibkan sahabatnya dengan fitnah yang tidak pernah  sahabatnya lakukan. Bukan senang menjadi seorang sahabat. Jadi rakan atau kawan, mudah dan tidaklah susah.

Sesudah disakiti, bagaimana tindakan seterusnya. Memaafkan? Oh, harganya adalah sebuah pengorbanan dengan merobohkan tembok keegoan. Mahal. Ya, terlalu mahal harganya. Lebih mahal daripada jam tangan Tag Heuer, tas tangan Prada atau kasut tumit tinggi Jimmy Choo.  Kereta Ferraripun terlalu murah kalau dibandingkan dengan harga sebuah kemaafan. Nilai kemaafan adalah infiniti. Tetapi, kalaupun kalian pernah disakiti, maafkanlah rakan atau kawan itu. Sebelum dan selepas kewafatan Muhammad S.A.W, tiada lagi manusia sempurna. Tiada lagi manusia kamil. Maka secara mudahnya, rakan-rakan kita adalah manusia biasa, yang tak lepas dari dosa. Kurniakan kemaafan dengan percuma dan jangan pernah menuntut sebarang harga.

Hidup lebih senang dan tenang kalau kita memaafkan sesama insan. Dr. Haji Mohd Fadzillah Kamsah pernah mengingatkan, setiap kali sebelum tidur, maafkanlah semua orang yang melakukan kesilapan kepada kita pada hari itu atau hari-hari sebelumnya. Kita akan memulakan hari esok tanpa musuh di jiwa. Hari kita akan lebih bahagia, ceria dan insyaAllah gembira. Akupun cuba mengamalkannya. Tetapi benarlah, mungkin senang seorang lelaki untuk memaafkan tetapi tidak mudah untuk dia melupakan kesilapan insan. Apatah lagi kalau kesilapan yang dilakukan terhadap lelaki itu hadir dari makhluk Tuhan yang bernama perempuan. Asalnya dari rusuk kiri sang lelaki yang pernah, masih dan akan terus menghormati. Biarpun hatinya disakiti..






CabaraN pemikiraN modenisasi....

       Hendaklah kita sentiasa sedar bahawa jalan hidup kita ialah Islam, dan pegangan serta perlembagaan hidup kita ialah ajaran al Quran dan Sunnah Rasulullah  s.a.w. Fahaman Islam yang kita bawa dalam hidup kita adalah berdasarkan fahaman Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dan telahpun diikuti oleh para sahabat ridhuanullah ‘alaihim. Bukan fahaman-fahaman  lain yang disogokkan oleh musuh-musuh Islam ke dalam masyarakat Islam. Sebagai orang yang beriman kepada Allah s.w.t dan kepada semua prinsip-prinsip (rukun) keimanan, kita mestilah peka dan awas agar kita tidak terjebak ke dalam aliran-aliran faham yang berlawanan /bercanggah dengan Islam. Satu daripadanya ialah :  Aliran Modenisasi .  Iaitu satu pandangan hidup keduniaan yang mempertuhankan kemodenan (modernity).

Modenisasi sebenarnya mempunyai ciri-ciri dan sifat-sifat yang tersendiri.  Antara sifat-sifat utamanya adalah seperti berikut:

Pertama :  Modenisasi bersifat anti-agama, dan dari segi fikrah Islam, modenisasi menentang Deen, menentang syariat dan menentang sunnah Rasulullah s.a.w.  Bagi seorang modenis, agama dianggap sebagai lambang kekolotan, kemunduran, kebekuan (jumud) dan dianggap mengongkong, membelenggu dan membantutkan perkembangan manusia.

Kedua : Modenisasi juga bersifat ‘sekular’.  Menyingkirkan agama daripada kehidupan manusia atau daripada sebahagiannya.  Agama dijadikan perkara (urusan) individu sahaja dan bukan untuk kehidupan umat dan Negara.  Pemisahan itu telah melahirkan manusia yang melakukan sesuatu perkara atau pekerjaan (perbuatan) bukan lagi kerana Allah , bukan lagi sebagai ibadah kepada Allah, tetapi semata-mata kerana kerja itu sendiri atau kerana tujuan-tujuan yang lain yang bersifat keduniaan.

Ketiga:  Modenisasi juga bersifat ‘humanis’.  Yakni manusia memilik,merancang, melaksanakan sesuatu dan manusialah yang menerima faedah daripada kegiatan hidup  manusia itu sendiri.  Fokus (tumpuan) utama kepada kegiatan hidup manusia di dunia ini sahaja.  Akibatnya manusia tidak lagi memperhambakan diri kepada Allah s.w.t, Pencipta alam ini, tetapi manusia memperhambakan diri  kepada sesama manusia atau sesama makhluk.  Akibatnya lagi manusia menafikan adanya alam ghaib dan perkara ghaib kerana semuanya itu tidak dapat  dikesan / dicapai oleh pancaindera dan rasional manusia (‘aqal dan logik ‘aqal manusia).

Keempat :  Modenisasi juga bersifat kebendaan (materialisma).  Ini merupakan suatu konsep yang menyifatkan bahawa perkara yang wujud ialah benda, tiada yang maujud melainkan benda.  Pandangan hidup seorang ‘materialis’ (orang yang berfaham kebendaan) itu hanya memberi keutamaan kepada kelazatan yang boleh dirasai dan dikecapi melalui pancaindera dan mental atau minda manusia sahaja.  Akibatnya seorang materialis sentiasa menolak perkara-perkara rohaniah dan nilai-nilai rohani atau sekurang-kurangnya mengabaikan perkara-perkara  rohaniah dan nilai-nilai rohani. Kejayaan dalam bidang sains diagung-agungkan.  Kuasa kehendak dan pentadbiran manusia dianggap sebagai kuasa yang dapat menakluki alam (dunia ) ini.

Kelima :  Modenisasi juga bersifat ‘free thinking’ yakni berfikiran bebas dan tidak mahu terikat kepada ‘authority’ atau kewibawaan seseorang yang disebut ‘free thinker’ itu tidak semestinya dia menafikan wujudnya Allah s.w.t tetapi dia tidak mahu terikat kepada penafsiran orang-orang yang ada ‘authority’ (wibawa).  Dalam Islam disebut tafsiran ulama’ muktabar. Bahkan mereka  berfikir sendiri dan membuat tafsiran sendiri mengikut kehendak hawa nafsu sendiri.   Akibatnya, tafsiran dan fatwa ulama’-ulama’ muktabar akan ditolak dan diperkecil-kecilkan atau tidak dihargai.

Di dalam sejarah, telah terbukti bahawa proses modenisasi di negeri-negeri / negara-negara Islam telah bermula apabila jatuhnya pemerintahan Khilafah Uthmaniah di Turki pada tahun 1923 M.  Sejak itu proses modenisasi  menular dan merebak dimulai dengan pembaharuan dan permodenan  yang dilakukan oleh pemerintah pertama bagi Turki moden iaitu Mustafa Kamal Attartuk dan beliau dianggap sebagai reformis modenis yang  telah ternyata  hasil usahanya bukan sahaja  memisahkan agama daripada negara, bahkan lebih jauh daripada itu.  Apa yang dilakukan merupakan proses penghapusan Islam seluruhnya sebagai ‘aqidah dan syariat atau disebut juga sebagai proses ‘De Islamisasi’.
Di dalam Islam ada konsep ‘Islah’ ( اصلاح ) tetapi bukan pembaharuan modenisasi ini.  Konsep Islah bererti berusaha memperbaiki keadaan umat Islam yang telah rosak dan menyeleweng (menyimpang) daripada ajaran al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.  Menyimpang daripada apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w iaitu dengan cara mengajak umat Islam itu kembali kepada  tahap umat Islam dalam generasi awal Islam dahulu, dibawah pimpinan  dan bimbingan  Rasulullah s.a.w.  Atau sekurang-kurangnya  menghampiri tahap dan keadaan generasi tersebut.  BUKAN mengubah ajaran agama atau Deen Islam itu untuk disesuaikan dengan zaman, tetapi manusialah dan umat ini mestilah mengikhlaskan diri mengubah diri untuk disesuaikan diri mereka dengan ajaran Islam yang  bersumberkan daripada al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Menurut kacamata syara’, perubahan diri seseorang bermula dari dalam jiwa  barulah akan berlaku perubahan dan pengislahan  dalam kehidupan.  Ini bertepatan dengan Firman Allah s.w.t :
Bermaksud: “ Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.
(Surah ar Rad : 11)

Kita dituntut untuk menjadi Musleh ( مصلح )  atau reviver yang berusaha sedaya yang termampu untuk menghidupkan kembali  Ruh dan Deen Islam dikalangan umat ini dalam bentuk yang suci bersih daripada bid’ah ( بدعة ), khurafat ( خرافات ) dan sebarang bentuk penyelewengan.  Kita hanya dituntut berusaha  seupaya  mungkin menakala kejayaan dan hasilnya dipulangkan kepada Allah s.w.t.  Allah s.w.t  sahaja yang menentukan natijahnya.
Firman Allah s.w.t :
Bermaksud: “  Syu`aib berkata: "Hai kaumku, bagaimana pikiranmu jika aku mempunyai bukti yang nyata dari Tuhanku dan dianugerahi-Nya aku daripada-Nya rezki yang baik (patutkah aku menyalahi perintah-Nya)? Dan aku tidak berkehendak menyalahi kamu (dengan mengerjakan) apa yang aku larang. Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selama aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakkal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali.
(Surah Hud : 88)

Bermaksud:  “  dan bahwa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa.“
(Surah al An’am : 153)

Berdasarkan kepada ayat tersebut jelaslah bahawa jalan yang benar dan lurus itu hanya satu sahaja iaitu jalan Allah,  manakala jalan-jalan  yang sesat, menyeleweng dan bathil  itu banyak dan bersimpang siur serta bengkang bengkok.  Seperti mana yang  telah diperjelaskan di dalam tafsir “  صفوة التفاسير   “ oleh As Syeikh Muhammad ‘Ali As Shabuni.
Musuh Islam kalangan Yahudi dan Nasrani( اليهود و النصارى ) sudah lama merancang dan berusaha untuk menarik keluar  dan  memutuskan hubungan orang Islam dengan ajaran-ajaran Islam dan sekaligus tunduk dan mengikut telunjuk mereka.  Hal ini telah lama diperingatkan oleh  Allah s.w.t di dalam al Quran al Karim.
Bermaksud:  "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. "
(Surah al Baqarah : 120)

Maksudnya, apabila orang-orang Islam (orang-orang yang beriman) itu mengikut  telunjuk mereka, maka barulah mereka redha dan puashati.
Sayugia disedari bahawa  serangan musuh-musuh Islam  bukan sahaja serangan ganas melalui senjata moden seperti yang telah termaklum berlaku  pada masa ini di Iraq dan Palestin bahkan ada satu lagi serangan yang amat berat kesan dan risikonya iaitu serangan dalam bentuk fikiran atau yang disebut  الغزو الفكرى    (Serangan Pemikiran) yang boleh merosakkan aqidah dan ibadah serta pegangan dan nilai-nilai hidup umat Islam.
Oleh itu kita selaku orang Mukmin perlulah berhati-hati terhadap berbagai aliran pemikiran, samada yang  klasik ataupun yang moden agar kita tidak terjebak dan tidak terperangkap di dalam jaringan  aliran-aliran pemikiran yang menyesatkan dan merosakkan aqidah dan ibadah serta nilai hidup  hakiki umat Islam.   Kita mesti yakin bahawa Islam adalah Islam, Deen Allah s.w.t  tiada label Islam moden dan tiada label Islam kuno. Tiada Islam maju dan tiada Islam mundur.  Kerana Allah s.w.t telah menekankan dalam al Quran :
Bermaksud:  “   Sesungguhnya agama (yang diridhai) di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, kerana kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya.  “
(Surah ali Imran : 19)

Islam itulah yang dibawa, disampaikan, didakwahkan, ditarbiyahkan (dididik) oleh Rasulullah s.a.w kepada umatnya.
Untuk selamat  di dunia dan di akhirat, maka kita tiada pilihan yang lain melainkan memilih Deen Islam dan kita perlu kembali kepada  Madrasah dan  didikan Rasulullah s.a.w.




innama a'malu bin niat..




Mendekatkan diri kepada Allah. Mengakui sesuatu yang benar itu benar sekalipun ia menyanggahi kepentingan dan kehendak diri kita. Mengakui yang salah itu salah, sekalipun kita sudah terbabit dengan yang salah tersebut.
Ini bukan sesuatu yang mudah, ia memerlukan kekentalan jiwa yang dibina di atas niat yang ikhlas dalam perjuangan hidup di atas muka bumi ini. Hidup yang berteraskan keyakinan bahawa setiap kita akan mengadap Allah s.w.t, dan Dia menghisab segala amalan baik dan buruk yang telah kita lakukan.
Perjalanan hidup insan sebenarnya mewakili apa yang tersirat dalam jantung hati, atau niatnya. Perbuatan yang dilakukan dengan rela dan pilihan sendiri adalah tafsiran kepada niat, kefahaman dan tujuan hidup seseorang insan. Tidak lebih daripada itu. Bahkan apa yang dirancang, keinginan, harapan yang akhirnya menjelma dalam bentuk tindakan, berpunca dari niat.
Justeru dalam hadis daripada Umar bin al-Khattab r.a, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah untuk mencari duniawi atau untuk mendapatkan wanita yang ingin dikahwini, maka (pahala) hijrahnya itu mengikut niatnya.” (Riwayat al-Bukhari).
Salah Faham
Sebelum kita tersilap faham, niat bukanlah seperti yang dibayangkan oleh sesetengah pihak iaitu ucapan di lidah “sengaja aku berniat sekian dan sekian..”. Sama sekali tidak. Itu hanyalah ucapan lidah, belum tentu mewakili tujuan sebenar. Niat juga bukan perkataan yang di atur dalam minda yang menyebab ramai orang yang tidak faham berulang kali kononnya melafazkan ‘niat’, sehingga terganggu solat, puasa, iktikaf dan seumpamanya.
Niat adalah keazaman seseorangan untuk melakukan sesuatu tindakan. Dalamnya merangkumi segala yang tersirat di sebalik sesuatu perbuatan. Tepat bak kata tokoh ilmuwan terkenal al-Hafiz Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H):
“Niat ialah tujuan dan azam melakukan sesuatu. Tempatnya di hati. Tiada kaitan dengan lidah sama sekali. Justeru itu, tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w dan para sahabat sebarang lafaz bagi niat. Tidak pernah kita dengar hal ini dari mereka. Segala lafaz yang diada-adakan sebelum bersuci dan solat telah syaitan jadikannya medan memerangi golongan yang was-was. Syaitan memenjara dan mengazab mereka dengannya. Dia menjadikan mereka berusaha membetulkan lafaz-lafaz itu, sehingga anda lihat ada yang mengulang-ulang dan berhempas pulas dalam mengucapkannya. Padahal ia langsung tiada kaitan dengan solat. Sebaliknya niat itu ialah tujuan sesuatu perbuatan. Setiap yang berazam melakukan sesuatu, dia telah berniat. Tidak tergambar terpisahnya perbuatan dengan niat kerana perbuatan itu adalah hakikat niat. Tidak mungkin tiada niat sedangkan wujudnya perbuatan. Sesiapa yang duduk untuk berwuduk maka dia telah berniat hendak berwuduk. Sesiapa yang berdiri untuk bersolat maka dia telah berniat untuk bersolat. Tiada seorang yang berakal melakukan sesuatu ibadah atau selainnya tanpa niat. Niat merupakan perkara semestinya wujud bagi tindakan insan yang disengajakan. Tidak perlu bersusah payah dan berusaha mendapatkannya. Sekiranya seseorang ingin menghilangkan niat dari perbuatan pilihannya, nescaya dia tidak mampu. Jika Allah mewajibkan solat atau wuduk tanpa niat, maka Dia mewajibkan apa yang insan tidak mampu. Ia tidak termasuk di bawah keupayaan insan. Kalau begitu, mengapa bersusah payah untuk mendapatkan niat?. Sesungguhnya syak dalam memperolehi niat adalah sejenis penyakit gila. Sebab, pengetahuan seseorang tentang keadaan dirinya adalah sesuatu yang yakin. Bagaimana mungkin seorang yang berakal syak tentang niat dirinya. Seseorang yang berdiri belakang imam untuk menunaikan solat zohor; bagaimana mungkin dia syak mengenai tujuannya?! Jika seseorang memanggilnya untuk sesuatu urusan ketika itu, nescaya dia berkata: aku ada urusan, aku ingin solat zohor. Jika seseorang bertanya kepadanya ketika dia keluar menuju ke tempat solat: awak hendak ke mana? Nescaya dia berkata: aku hendak solat zohor bersama imam. Jadi, bagaimana mungkin seorang yang berakal ragu-ragu mengenai hal ini dalam dirinya sedangkan dia mengetahuinya secara yakin” (Ibn Qayyim, Ighathah al-Lahfan min Masaid al-Syaitan, halaman 144).

Dr Yusuf al-Qaradawi pula menyebut:
Niat ini adalah amalan hati semata. Bukan amalan lidah. Tidak diketahui daripada Nabi s.a.w., tidak juga dari para sahabah dan para tabi’in yang mengikut mereka dengan baik -yang merupakan salaf umat ini- sebarang lafaz bagi niat ibadat, seperti solat, puasa, mandi, berwuduk dan seumpamanya, apa yang kita lihat sebahagian manusia bersungguh-sungguh melakukannya, seperti mereka menyebut: Aku berniat mengangkat hadas kecil, atau besar, atau solat zohor, atau asar empat rakaat kerana Allah Yang Maha Besar, atau aku berniat puasa esok hari pada bulan ramadan dan sebagainya. Ini semua tidak dibawa (diajar) oleh sebarang ayat al-Quran atau Sunnah. Tidak ada faedah baginya, di mana seorang insan tidak akan berkata ketika hendak ke pasar: aku niat hendak ke pasar. Atau ketika dia hendak bermusafir: Aku niat bermusafir. Al-Zarkasyi dalam fatwa-fatwanya memetik perkataan al-Ghazali: “Urusan niat dalam ibadah itu mudah, namun apa yang menyusahkan ialah disebabkan kejahilan dengan hakikat niat atau (disebabkan) was-was” (http//:qaradawi.net).
Salah Niat
Penegasan niat sering kita sebutkan apabila hendak solat, puasa, zakat, haji dan ibadah-ibadah khusus yang lain. Malangnya, itu pun dengan konsep yang ‘silap’ seperti yang dijelaskan oleh dua tokoh ilmuwan di atas. Sehingga ada yang mempersendakan konsep niat dengan membuat ungkapan-ungkapan yang kononnya mewakili niat, walaupun ada maksud tersirat yang lain.
Berapa banyak operasi kewangan yang menggunakan nama ‘Islam’ dengan berbagai lafaz ketika akad, tetapi maksud yang tersirat berbeza dengan lafaz di lidah. Maka berbagai keuntungan yang sebahagiannya mempunyai unsur penindasan dan kesamaran dibuat atas nama Islam dengan kata-kata yang indah, walaupun niat sebenar amat berbeza. Sebabnya? Orang kita faham niat itu bermaksud lafaz.

Maka niat atau hasratlah yang tersirat di sebalik setiap tindakan. Kita diperintahkan untuk mengikhlas niat kerana Allah dalam ibadah. Membetulkan tujuan setiap tindakan. Inilah yang menjadi antara tujuan utama pendidikan Ramadan. Justeru itu Nabi s.a.w menyebut dalam hadis qudsi:
“Semua amalan anak Adam untuknya, melainkan puasa. Ianya untukKu dan hanya Aku yang membalasnya” (Riwayat al-Bukhari).
Puasa adalah manifestasi keikhlasan yang ada dalam jiwa. Tiada siapa yang boleh tahu seseorang benar-benar puasa atau menipu melainkan Allah. Puasa bukan pergerakan jasad yang boleh dilihat, tetapi pengawalan dalaman diri yang hanya diketahui oleh Allah.
Jika ruh puasa dibawa dalam kehidupan, maka pasti banyak masalah umat Islam hari ini dapat diselesaikan. Umat kita hari ini fakir dan miskin ‘niat yang ikhlas’ dalam banyak keadaan. Walaupun niat tidak dapat kita lihat, namun sebahagian besar tindakan dan perbuatan insan mampu memberikan tanda atau menafsirkan niat yang tersirat.
Kita kemarau keikhlasan dalam ilmu, pergaulan, persaudaraan, politik, muamalat dan berbagai cabang kehidupan. Inilah krisis kita. Setiap kita, termasuklah yang menduduki tempat yang penting dalam masyarakat menyimpan niat yang berbagai. Politik umpamanya, sepatutnya setiap individu yang terlibat dalamnya, mengikhlaskan niat kerana Allah, dengan itu maka semua tindakannya dipastikan memenuhi tuntutan keperluan umat dan rakyat.
Namun, apabila ahli-ahli politik muslim menempatkan niat yang lain, maka tujuan politik yang sepatutnya menuju kepada kepentingan umat dan rakyat bertukar menjadi agenda parti atau peribadi yang akhirnya menyusahkan rakyat. Demikian juga urusan agama, sepatutnya ilmu Islam itu membimbing manusia memahami kehendak al-Quran dan Sunnah, tapi telah dijadikan agenda peribadi untuk mengaut untung, atau perniagaan, atau kuasa atau seumpamanya, akhir agama menjadi alat pencapai matlamat peribadi dan kumpulan. Maka, politik tidak mengenai tujuan, urusan agama pun tidak mencapai matlamat.
Hari ini kita melihat banyak pihak yang seruannya indah, bahkan sebahagian menggunakan nama Islam, tetapi jalan dan tindakannya amat berbeza dengan ajaran Islam. Apa sebabnya? Semuanya kerana niat. Slogan memang cantik, ramai yang boleh buat dan ada-adakan, namun niat siapa yang tahu?

Saturday, September 18, 2010

menYeLidiK smBiL berHibuR...

arI ni aku Baru PulanG dr pulAu Kapas kerana menjalankan sedikit kajIan
utK tesis aku....
agAk peNat tP besT snGt2...
aku dan kawaN2 bereNang menjelaJAh laUtan..
serTa tercamPak di tGh2 laUt yg aku sendiri xtahu berapa kedalamanya
gara2 menaiki banana boat....
nasiB ana terselamat dari tenggelam krn life jacket terbuka semasa terjatuh di tgh2 laut...
huh!!! selepas jatuh aku terus tenggelam dlm keadaan life jacket terbuka....
aku membuka mata yg aku lihat cuma biru+kelabu....
tgn mencari tempat tuk berpaut sebelum aku tenggelam lebih jauh..
nasib sempat berpaut pada seorg teman dan aku dapat terapung ..klu x memg arwah lah.
..Syukur Ya Allah.. Terima kasih juga buat teman ana yg sudi dijadikan tempat berpaut..



teriMa kasIh pada suMer yaNg memBantu aNa dr sEmuA seGi....
-mcNor
-turA
-aidA
-aNa
-daYah

korang memG syOk hbS....

kesiMpuLan yg dPt dibuaT:
KOmeler temAn aNa yg paLing besT yg tiaDa seTAndinG dgN yg Lennnn....
aku PAsti merindUi detiK2 maNis spT inI...

dLm kesunyIan haTi ini,
aku temui kegembirAan ini...
waLaupun Aku taHu..kesemPatan spT itu bLm tentu dpt aku kecaPi diMasa aKn dtg
tp setiAP kaLi aku ingatKan kaLian..
haTi aku pasTi akN gumbIra...
jd..
bLh lah aku kaTA
"kesunyiaN ini..terlaLu indah..."
TeriMa kasIh YA ALLAH....

Tuesday, September 14, 2010

seLamaT hari raYa..... mf LambaT..

saLam lebaRan buat kwn2
-eMa
-sUe
-ims
-eMmy
-nadziRah
-sOda
-epUnk
-zaMir
-zuan
-Mat jak
-mcNor
-maTul
-Izah
-fadh
-aida
-k.anTz
-moi
-ida
-dwan
-ise
-bOb
-zam
-aswad
-derih

dan sume kekwn yg mengenali dri ni di sek.keb.Kuala bRunK..sMk serI bruNk...sMk Tg.AmpuaN Intan...
dan Universiti MalaYa.....
sELamat ari ry maaP zahIr dan baTin.....

Tuesday, September 7, 2010

ana rindu dengan anti


Nurul Akma bt Zahari
nama yang tak pernah luput dari ingatan ana...
ana sangat merindui anti..
anti adalah satu2nya sahabat ana yang selalu dicc ana sejak zaman persekolahan
Hampir 13 tahun kita bersahabat tanpa ada sedikit pun selisih faham
Ana sngt  merindui anti
kerana anti sangat memahami ana
sentiasa memberi semangat pada ana
jika anti berjaya
pasti anti juga mahu ana berjaya spt anti
pernah ana terharu bila anti bersungguh-sungguh 
mengajak ana sama-sama mengisi  borang uniten
walaupun anti tahu result spm ana sngtlah teruk..
namun, kata2 semangat selalu keluar dari mulut anti utk ana
Ana sangat merindui anti..
anti seorang yang sahabat yang thiqoh
anti juga sering mengajak ana utk taqqarub billah
anti sngt bermakna utk ana
Ema...
Skrg kita dh jarang berjumpa
krn c-buk dgn tugas dan tanggungjawab masing2
namun sesaat pun xpernah ana lupakan anti..
YM dan msg jadi penghubung walaupun tak selalu..
kita sudah umpama adik beradik..
ana rindukan anti..
Ema yang disygi..
Keramahanmu memikat hatiku
senyumanmu menambah seri
oh, Tuhan
dia sangat ku sayangi
andai kata2 KAU redhai
Tunjukkanlah aku sekali
andai akidahnya yang KAU redhai
pimpinlah aku
utk turut merasai 
KEBENARAN akidah ini....

Always love u my frenz...

Monday, September 6, 2010

MeRiSiKkkk....


Ramai yang berpandangan
kita perlu bercinta utk mengenal pasangan
tanpa perkenalan mustahil cinta bertandang
tanpa percintaan mustahil keserasian terkesan
mereka sebenranya terlepas pandang
dalam islam ada taaruf dalam tempoh
RISIK
dan bertunang 
yang melibatkan mahram bukan berdua2an
taaruf itulah mendedahkan keserasian
cuma takrif 'taaruf' dan 'serasi' dalam fikiran
manusia berlainan..
islam mengajar manusia taaruf yang ada sempadan
terpelihara dan terjaga dari kemiskinan
bukan taaruf melalui bercinta sakan
terpelihara dan terjaga dari kemaksiatan
islam mengajar serasi dengan ajaran Tuhan
bukan serasi dengan kehendak pasangan
Cinta AL-RAHMAN menjana kebahagiaan
Lantaran itulah, batasanNYA tidak boleh
dipermainkan...

Pada aku...
Apa yang diajarkan dalam islam itu sangat indah..
Indahnya jika bercinta mengikut landasan islam..
Islam..islam..islam adalah agama yang syumul..
lps ni better amalkan al-suqut alamatu al-ridho...hehehhehe
klu org nk paham..pahamlah....




Ukhwah itu indah....

Setiap kali ada pertemuan pasti ada akhirnya
setiap kali ada awal pasti ada hujungnya
begitu jua..
setiap kali ada hari pasti ada yang menanti
setiap kali ada minggu pasti ada yang menunggu
setiap kali ada bulan pasti ada yang akan berdepan
setiap kali ada tahun pasti ada yang berpohon
Yang pasti..
Itu adalah janji ALLAH yang tidak siapa ketahui isinya...

apabila orang lain tersilap, kita marah meluap2
apabila orang lain tersalah marah kita bagai bara disimbah
apabila orang lain tersadung marah kita mula bersabung
apabila orang lain tersungkur marah kita tiada terukur
semuanya kerana marah..
tapi ingatlah dalam surah yusuf ayat 53 yang bermaksud
"sesungguhnya nafsu amarah itu sangat mengajak kepada kejahatan..."

Kawan, sahabat dan teman..
semuanya satu ukhwah...
indahnya jika ukhwah yang terbina kerana ALLAH...
Tapi dalam bersahabat pelbagai ujian melanda..
kadang2 selisih faham..kadang2 terasa hati..kadang2 marah..
namun semua itu sebenarnya asam garam dalam sebuah perhubungan...
tipu kalau aku katakan aku tak pernaah terasa hati..marah or selisih faham dalam persahabatan aku
tipu jugak kalau ana ckp kwn2 aku tak pernah terasa hati dengan aku..
begitulah fitrah kehidupan sebagai manusia yang serba kekurangan..
disebabkan ini buat aku terfikir
mengapa islam menyuruh kita berbaik sangka dan melarang berdendam..
ermm..sekarang aku baru faham...

ukwah itu sebenarnya sngt indah jika kita sentiasa berbaik sangka..
aku rasa aku mahu dan perlu berubah..
dan apa yg aku mahu lakukan dulu
adalah 'berbaik sangka'...
mgkin dgn berbaik sangka aku dpt didik diri aku sendiri..

Ermm...
ukhwah tu sngt indah...
aku ingin menyatakan hasrat aku pada sahabat aku
tentang apa yang aku nk dia dan aku lakukan dalam persahabatan kami..
namun entah bila aku dapat nyatakan aku sndri xpasti..
harap dia dpt menerima pandangan aku dan dpt praktikan dlm pershbtn kami..
aku rasa mgkin dia dpt bantu aku....
insyaALLAH...

akhirulkalam..
uhkwah itu indah jika semuanya kerana ALLAH...
wallahua'lam

Sunday, September 5, 2010

cinta itu.....

Sering ku terdengar
usikan nakal
si lelaki pada wanita..
"pheewittt...cunnya"
buatku keliru sendiri
apakah ertinya kecantikan wanita
dimata lelaki????
adakah pada susuk tubuh yang mengiurkan???
atau pada akhlak yang menawan??

biar apa pun jwpnya
aku tetap aku...
apa yang aku tahu
aku seorang wanita
fitrahku sukakan diri cantik jelita
namun tak kudamba pujian dari manusia
atau cantiknya dimata manusia
sebaliknya ku mencari kecantikan yang diiktiraf TUHAN....

aku perempuan
yang punyai impian
angan2 dan harapan sendiri
ku ingin bermadah puisi
bersyair dan menyanyi
menghibur dan menyeri
namun,
aku bukan pompuan
yang gopoh mengejar kemasyhuran
di tempat persinggahan
tiada berkekalan

kuingin kemuliaan abadi
kemasyhuran hakiki
bukan yg tiada erti
bukan yang dimurkai Ilahi
Bukan didunia ini
tapi ditaman syurgawi
Inginku kekal sebagai bidadari..

aku masih mencari jawapan pada setiap persoalanku...
makin ku cari makin ku rasa nikmatnya..
bila kutemui jawapan yang pasti aku makin mengerti
maksud tersurat ilahi...
namun satu perkara yang membuatkan aku
belum kuat utk melakukannya..melafazkanya...
YA ALLAH..berilah aku kekuatan itu...
moga apa yg kutulis ini bisa buat syabab itu mengerti
mengerti maksud terseni ilahi
dan tuntutan buat hambaNYA...

"puas sudah
kucari kebahagiaan
disisi teman-teman
ku dapat hanya kelalaian
Kucari lagi
di hati seorang kekasih
kudapat hanya kekecewaan
dan ku terus mencari
dalam meniti hari
penuh kekosongan
dimana lagi harus kucari??
membawa sekeping hati
yang sarat kerinduan
rindu yang tiada haluan
aku keliru sendiri..
apa yang kucari???
apa yang aku perlukan???
aku masih xbisa mengerti
yang pasti
kekosongan hati yang minta diisi..
sejenak ku tersedar
aku mencari cinta agung
buat jiwaku yang merindukan
hakikat kebenaran
cahaya yang membelah kegelapan
melimpah cemerlang mengisi kekosongan
kusedar destinasi pencarianku disini
ku mencari-MU tuhan
mengharap keredaan
menagih kebahagiaan
dari sinar cahaya iman..
kerana sejak aku mencari2 tentang semuanya
aku temui ketenangan dan kebahagiaan,,,

Tuesday, August 31, 2010

Luasnya Neraka..utk renungan diri sendiri dan teman2 semua...

Yazid Ar Raqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:
Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w

"'Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya:

"Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."
Lalu nabi s.a..w. bersabda:

"Ya Jibrail, jelaskan padaku sifatJahannam."

Jawabnya:

"Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa,nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya:

"Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya:

"Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiappintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaituyg lebih bawah lebih panas)"

Tanya Rasulullah s.a.w.:

"Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail:

"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s.. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w.. sehingga ditanya:

"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya:

"Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda:

"Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk kedalam neraka?"

Jawabnya:

"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w.masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

(Dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

DariHadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkankamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekorular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hastamengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua......Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
"Sesungguhnyaorang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dariketerangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannyakepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dandilaknat oleh sekalian makhluk."

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP .

Bertanya orang kepada Rasulullah saw :

'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw:

 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'. Bila qiamat datang maka malaikat datang kekubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' SiratulMustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu."

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orangyang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuhasal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

"Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: 'Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Kuberpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dandahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digorengdan buah-buahan SYURGA. ' Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu dibumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.
Ilmuyang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati.
' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasamengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' (SurahAl-Baqarah : 237)
Untuk renungan dan amalan bersama ..
DOA Nabi Allah Yunus
"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"

Monday, August 30, 2010

Selama Menyambut HAri kemerDekaan Yang ke 53

31 Ogos 2010
Hari ini ada 2 perinstiwa yang dapat ku kenang
1. Hari dimana Malaysia mendapat kebebasan..MERDEKA!!!
2. Hari kelahiran anak buahku 'Nuraini Syamira bt Saifulizam".. HEPY BESDAY SYAMIRA... 

Anak Merdeka.....  

MERDEKA!!!!
MERDEKA!!!!
MERDEKA!!!!!

HEPY BESDAY SYAMIRA..
anak merdeka yang tersayang
t mintak hadian mahal2 kit ngan papa n mama.....
jgn lupa hadiah cik moon skali yerk...hehehhehehe

Sunday, August 29, 2010

Keaiban yang ditutup ALLAH


Kita sebagai manusia merupakan makhluk yang bersifat lemah dan hamba yang penuh dengan kebergantungan kepada Allah SWT. Sepanjang kita hidup saban hari, kita tidak mungkin terlepas daripada melakukan dosa. Dosa yang kita lakukan itu boleh jadi secara terang-terangan atau secara sembunyi-sembunyi. Dosa yang terang-terangan akan mengundang rasa malu kita terhadap orang lain, melainkan jika hati kita sudah menjadi sekeras batu. Oleh itu, kita lebih banyak melakukan dosa yang tersembunyi. Dosa yang tidak siapa tahu melainkan kita dan Allah.


Daripada An Nawas bin Sam'an RA, Nabi SAW bersabda: "

Kebajikan itu keluhuran akhlak sedangkan dosa adalah apa-apa yang dirimu merasa ragu-ragu dan kamu tidak suka jika orang lain mengetahuinya." (HR Muslim)


Kalau dibukakan segala dosa yang kita lakukan, tentu tidak akan ada sesiapa yang akan menghormati kita. Kalau Allah membuka segala dosa yang kita lakukan sembunyi-sembunyi baik dalam pandangan, pendengaran, perbuatan, ataupun lintasan hati, nescaya tidak akan ada pun manusia yang mahu memuji kita. Pujian yang manusia berikan adalah atas zahir yang terlihat mata. Namun, kita tentu lebih mengenali diri sendiri dan lebih tahu bagaimana status kita.


Apakah kita berasa sangat suci sehingga tidak pernah melakukan dosa di belakang manusia atau diri kita ini penuh dengan dosa rahsia? Misalnya di saat kita seorang diri melayari internet dan tidak ada mata lain yang melihat, apakah kita sudah melepasi batas penglihatan yang diizinkan Allah? Bagaimana dengan prasangka buruk dalam hati kita yang telah dilemparkan kepada sekian banyak manusia lain tanpa pengetahuan mereka? Bagaimana pula dengan perbuatan-perbuatan kita tatkala berseorangan?  Astaghfirullahalaziim, banyak sangat dosa kita!


Firman Allah:

"...Dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi..." (Surah Al-An'am:151)


Allah Maha Penyayang dan Dia tahu betapa lemahnya kita. Lalu Dia menutup keaiban-keaiban kita sehingga kita mampu berjalan di tengah-tengah manusia tanpa rasa malu, sekalipun kita telah melakukan segunung dosa di belakang mereka. Namun, adalah sesuatu yang sangat takabur jika dengan Allah pun kita tidak berasa malu. Bukankah Allah mengetahui apa yang tidak diketahui oleh manusia lain tentang diri kita? Maka, setiap kali kita ingin melakukan dosa di belakang manusia, ingatlah bahawa ada Allah yang lebih patut kita rasa malu kepadaNya berbanding manusia.


Mengapa? Kerana di akhirat kelak bukan manusia yang akan menghitung amalan kita. Allah yang paling tahu tentang diri kita dan Dia jugalah yang akan menghitung amalan kita. Hanya dengan rahmatNya kita akan dimasukkan ke dalam syurga. Kalau kita merasakan lindungan Allah ke atas keaiban kita itu adalah satu zon selesa, maka kita silap. Boleh jadi keaiban yang Allah tutup sementara atas muka bumi ini akan dibukakan kepada seluruh umat manusia di akhirat kelak jika kita tak benar-benar bertaubat kepadaNya.


Kadang-kadang kita suka mencanangkan dosa orang lain, sekalipun dosa tersebut tidak diceritakannya kepada orang lain, hanya kepada kita. Ingatlah akan sebuah hadith:


Daripada Abu Hurairah r.a. berkata:

"...Dan sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah ta'ala akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah Ta'ala akan sentiasa menolong seorang hamba selama ia menolong saudaranya..." (HR Muslim)

Hadis ini menyeru kita untuk memelihara keaiban orang lain. Sebagai timbal balik, Allah akan menutup keaiban kita di dunia dan di akhirat. Subhanallah! Masihkah kita berhajat untuk mencanangkan dosa orang lain sehingga Allah juga akan membuka keaiban kita nanti? Malulah kepada Allah, takutlah kepada ancaman Allah. Jika kita hanya malu kepada manusia, kita tidak akan malu berbuat dosa di belakang mereka. Namun jika kita malu kepada Allah, kita akan sentiasa memelihara diri daripada dosa, dalam terang-terangan atau sembunyi-sembunyi.


Waspadalah akan firman Allah:



"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui." (Surah An-Nuur: 19)


Apabila Allah telah menutup keaiban kita, janganlah pula kita yang membukanya. Setelah selesai dosa sembunyi-sembunyi kita, janganlah diceritakan kepada orang lain. Renungilah sebuah hadis di bawah:


Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA ia berkata, "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Seluruh umatku akan diampuni dosa-dosa kecuali orang-orang yang terang-terangan (berbuat dosa). Di antara orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang yang pada waktu malam berbuat dosa, kemudian di waktu pagi ia menceritakan kepada manusia dosa yang dia lakukan semalam, padahal Allah telah menutupi aibnya. Ia berkata, "Wahai fulan, semalam aku berbuat ini dan itu". Sebenarnya pada waktu malam Tuhannya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi justru pagi harinya ia membuka aibnya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah." (Muttafaqun ‘alaih HR Bukhari dan Muslim).



Sungguh, Allah sentiasa menginginkan kebaikan bagi kita. Allah sentiasa membuka peluang dan ruang bagi kita untuk kembali bertaubat atas dosa yang kita lakukan di sebalik tabir. Namun, kita yang sebenarnya tidak mengambil peluang dan tidak menghargai tutupan-tutupan aib tersebut oleh Allah SWT. Setelah apa yang Allah lindungi daripada sekian banyak keaiban kita, apakah tidak wajar untuk kita bersyukur dan bertaubat? Renung-renungkan dan muhasabahlah diri kita, insyaAllah. 

memOry di Titian Kaseh


mg ukhwah yg terbina antara kita akn terus kekal...


Titian kasih menggamit 1001 rasa buat aku...

Adik dayah, eca, aboi, supian dan rmai lg....
mereka sangatlah memerlukan kasih sayang dari insan2 spt kita..
'adik dayah' yang berusia 3 tahun yg sngt rapat dgn aku..
msh terngiang2 panggilan 'kakak'... deQ dayah membuatkan aku rasa amat bersuyukur krn dikurniakan ma dan ayah tercinta...
Sungguh aku terharu melihat kemesraannya dgn aku sdgkn aku bru jer smpai dan blm smpai 1 jam dia dh blh buli aku..hehehehhe
"kakak dayah nk mkn".."kakak dayah nk aiskrim"..kakak biar dayah ajr kakak"..kakak aboi pukul dayah" paling terharu..bila dia kne pukul ngan sapuan dia cari aku dan nangis.... eca plak dtg bwk tisu mtk aku lap bibirnya...pas2 mengadu demam dan sakit kepala..diminta aku basuh kepalanya sbb panas..wargghhhh....ank2 ini bnr2 mahukan perhatian...


dayahhhhh..bucukkk...hehhehe

Memg penat melayan kerenah mereka semua...walaupun begitu aku sngt gembira di titian kasih..
dari kerja dapur hinggalah ke mengasuh..mgkin kepenatan inilah yg mak aku rasa masa dia jg ank2 dia dan mgkin kepenatan 2 jugak yg aku akn rasa bila dh b'rumahtngga nti..hehehhehehe

paling menyedihkan aku..arini, insan yg bergelar 'abah' dikalangan ank2 ini pergi dijemput ilahi ptg td..
xtahan tgk anak2 ini menangis...Aku tahu ank2 ini tabah orgnya.. Redha itu pasti krn setiap yang hidup pasti akan pulang pada penciptaNYA...sama2lah doakan mg arwah abah ditempatkan ditempat orang2 yang beriman...

ikuti xtvtku di Titian Kasih bersama Tee Jay, Fatima dan Dayah...Lynnnn..zassss
 Menanti jenazah arwah "abah"

Dayah sdg seronok membungkus sayur cmpur..heheh
fatima..teejay dan kak dayah bz bungkus telur masin


ikan masin..sodap ni..nsb bek pose..

jemur kain yerk dayah..hehehe



terserlah sifat keibuanya
fatima dan sapuan...
sempatttttt......hehehehhehehe




Friday, August 27, 2010

Rumah Titian Kasih

Esok seawl pagi nak kene g kerumah anak2 yatim Titian Kasih..
Mcm2 perasaan ada..
epy sbb dapat wat amal di bulan2 pose nie...
 Sedey pun ada bila mengenangkan nasib mereka yang hidup tanpa ibu ayah disisi
malah timbul rasa syukur kerana sehingga usia ini aku masih lagi hidup bertemankan
mama dan ayah yang sentiasa mencintai diri ini lebih dari apa pun...
segala hajat dan permintaan aku cuba dipenuhi...

Apa aktiviti yang akan dijalankan yerk!!!
kesian Fatima  seorang kawan yang baru ku kenali
yang berasal dari sabah yang kini sedang menuntut di Akademi Pengajian Islam..
Dia terpaksa merangka program disana selama 20 jam yang sarat dengan aktiviti..
Kak Dayah..merupakan teman seangkatan fatima yang banyak menyumbang
pada khidmat kemasyarakatan ini...
Moga ukhwah yang terbina antara kami ini
kekal hinggan akhirnya...

Aku xcited sebenarnya bila dpt tahu kat sana2
ank2 yatim di pelbagai peringkat umur ada
dari baby smpailah dewasa..
tp 'dewasa' pada istilah mak pah aku xtawlah..
Hope sumenya berjalan lancar esok
yang merisaukan sume keempat-empat ahli group
xtahu jalan nk ke sana..
hahahhaha
Harap2 xdek masalah dlm perjalanan...
insyaALLAH..