Hari ini dah 1 bulan ++ aku jadi tunang orang. Entahlah nak kata apa perasaan menjadi tunang orang ini. Sebab aku dan tunang tidak saling mengenali antara satu sama lain... Apatah lagi bercinta!! Jauh sekali...
Ramai juga dalam kalangan sahabat handai yang terkejut dengan keputusan yang aku ambik. Mungkin mereka kenal aku mcm mana. Tapi apa yang boleh aku katakan aku sendiri tidak tahu bagaimana dan mcmana aku boleh ambil keputusan untuk bertunang dengan Inchik two-Nang tu. Cuma dalam perbualan whatsapp aku dengan dia masa awal2 dulu aku ada tanya dia
"Jujurlah nak tanya ni, keputusan awak ambik ni ikhlas dari hati awak ker?? sebab awk pun tak kenal saya dan saya pun tak kenal awak..Jumpa lagi lah tak pernah"
"Jujur jugak saya beritahu saya memang tak kenal awak pun lagi.. Tapi mungkin ada hikmahnya berkenalan selepas nikah"
"Mungkin ada hikmahnya berkenalan selepas nikah..." Itulah ayat yang buat aku berfikir dan berfikir dan terus berfikir sehingga saat ini...
Dan barangkali kerana ayat itu juga Allah detikkan hati aku untuk cuba membuka ruang dan pintu hati yang telah sekian lama sepi untuk mengenali tunangku sendiri...
Hingga saat ini, hampir setiap hari aku cuba mencari gali kebaikan dalam diri dia... YA!! Mencari dan terus mencari... belajar untuk menerima segala kelebihan dan kekurangan dia... Seperti biasa dalam pencarian itu adakalanya aku di beri bahagia adakalanya aku diberi kecewa... Namun, tidak mengapa aku harus kuat.. sebab aku dah janji pada diri aku sendiri apa pun terjadi aku akan pertahankan hubungan ini!!!!Sebab ini semua datang dari Allah... Aku mencintai apa saja yang datang dariNYA kerana aku yakin ini yang terbaik untuk aku...
Aku dan encik tunang bukanlah seperti pasangan bertunang yang lain.. Selalu whatsapp selalu calling.. Tak!!! Whatsapp hanya ada hal yang perlu.. Calling: tak pernah!! Sebab aku malu...Aku segan.. tunang aku juga mungkin punya alasan yang tersendiri berbuat demikian...
Macam mana aku cari kebaikan dia???
Aku follow instagram dan facebook dia...
Mungkin itu belum cukup kuat untuk aku mengenali dia
tapi memadailah sekadar aku tahu dia melalui gambar2nya dan tulisan2 dia...
Ada dalam kalangan sahabat terdekat tanya
"Oit!! kau dah sayang dia ker???"
Aku jawab
"Jangan tanya aku soal tu..sebab aku masih belajar..."
YA!!! masih belajar...
Mudahan aku dapat grad dengan CGPA 4.00 dalam bidang itu...
Hahahahahah
Adiosss...
No comments:
Post a Comment