Followers

Sunday, September 6, 2015

Life is full of surprise..

                Suatu hari di bulan Ramadhan tahun 2015.. Waktu itu hujung minggu,.. Aku sedang rehat2
Melihat ma dan ayah tenang duk rileks2 dia kerusi di ruang tamu... Bermalas-malasan kelihatan mereka berdua...

Lalu aku beranikan diri untuk bersuara

"Ayah, raya nanti ada orang nak masuk minang!! Nak tunang!!"

Ayah dan ma gelak serentak...

Aku buat lawak ker??? Muka aku nampak mcm aku ni peserta maharajalawak ker?? (Monolog dalaman)

Ayah tanya "Berapa lama kenal??"
Ma tanya "Orang mana?"

"Tak kenal pun!!! Orang Terengganu jer"

Ayah dan Ma tiba2 diam serentak..

"dah fikir masak2"

"Saya ikut kata ma dan ayah jer.. Kalau semua setuju saya setuju"

Ma awalnya kelihatan berat mungkin dalam kepalanya duk fikir dia masih belum bersedia untuk terima menantu atau dia risau yang tak sedia itu adalah aku..

Mak dan ayah aku cukup faham kenal perangai aku...
Aku payah nak bercakap, bercerita soal nikah kahwin...
Melainkan mereka yang mula buka topik... Itupun aku akan selalu cebik bibir..
kadang2 buat tak tahu...buat bodo jer... kikikiki

Sebab diorang tahu..itu topik yang aku paling tak minat...
Sebab aku sudah rasa selesa dengan life aku yang sekarang...

Malam itu semua berkumpul dirumah..
Dari abang yang sulong sampai adik yang bongsu..
Bincang pasal ini!!!

Pom.pang!!
Pom pang!!
Pom Pang!!!

AKU??
Hanya dia seribu bahasa...
Dah tak minat +Tak ready + Tak tahu ape2
Nak sampuk ape!!

Tetiba ayah bersuara

"Setuju"

Yang lain tiada membantah "Setuju"

Giler ker apa diaorang ni..Kenal tidok..ape tidok taw setuju...
Arghhhh....

Tu lah moon td confident sangat family tak setuju..Sekarang Nah...!! Rasakan...

***************************************************************

Pagi itu..
Dengan ketebalan muka 14 inchi aku whatsapp insan berkenaan menyatakan persetujuan dari pihak kami...

Dan konflik berlaku sedikit bilamana nak tetapkan tarikh bertunang...

Aku menjangkakan utk buat majlis pada September..
Tapi di pihak sana katanya cuti terhad...
Cuti raya panjang..

So atas persetujuan bersama Tarikh 23 Julai 2015( 7 syawal) menjadi tarikh yang bersejarah dalam hidup aku..

Perasaan???
Tiada Perasaan...

Mana mungkin wujud perasaan bila mana aku tidak pernah mengenali dia..
Berjumpa denganya lagi lah tidak....
Bagaimana rupanya pun aku sendiri tidak pasti...

Bukan aku seorang sahaja yang tidak mengenali dia
Tapi seluruh ahli keluarga aku pun tidak pernah kenal dia..

GILA tak!!!

YA!!! Gila..
Keputusan yang memakan diri..
Seolah2 menggali kubur sendiri..

Tapi pada Allah aku berserah sepenuh hati...
pada Allah aku bergantung segalanya...

Soal CINTA??
Aku tak pasti..
Aku tak pernah tahu soal itu...

Aku payah nak percaya cinta...!!!
Aku takot untuk percaya pada cinta!!!

To be continued...

Ceh!!! mcmlah story ko ni best sangat moon nak kena siap episod2 bagai...
Hahahhaha







No comments:

Post a Comment