Sedang saya membelek2 laman sesawang saya terbaca satu entry yang bertajuk '5 Tips Berhubungan Dengan Lelaki'.. Huh..terasa diri ini sangat S.A.L.A.H dan Salah... WHY???? Sebabnya saya tak praktikkan 5 Tips tadi.. Yang saya tahu:
1. Nak Berurusan dengan lelaki mesti bawak muhrim
2. Kena jaga aurat
3. Jaga batas means x bertepuk tampar...
Ermm....apelah saya ni..ceteknya ilmu ni rasanya... YA ALLAH, ampunilah hambaMU...
BERUBAH???? bukan sesenang sebutannya tapi yang penting teruskan berusaha untuk berubah.. Saya pegang dengan 1 Prinsip yang saya ciptakan sendiri "KALAU NIAT KITA BAIK KERANA ALLAH, INSYALLAH, ALLAH AKAN PERMUDAHKANYA BAGI KITA"
So, tak kan ilmu nak makan sorang2 kan.. Jadi ingin saya berkongsi dengan rakan2 semua. Artikel ni saya petik dari seorang blogger muslimah Al-Mukminah Al-Solehah...
Jom sama2 kita baca yuk...!!!
Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disenangi oleh kaum wanita dan disegani oleh kaum lelaki. Semoga dengan mengamalkan perbatasan perhubungan ini, akan lebih suci bagi hati kita dan bagi hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati.
- Elakkan berurusan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta tolong dengan perempuan, mintalah tolong dari perempuan. Disebabkan limitation kemampuan perempuan seperti repair kereta, repair laptop dan lain-lain, maka terpaksalah minta tolong dari orang lelaki.
- Kalau terpaksa contact orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal, bukan bahasa pasar. Contoh: Maaf, (bukan sorrie..), Terima kasih (bukan time kaceh). Lagi satu tak payah la buat smiley face ke (^_^), gelak-gelak ke (hihihih), dan lain-lain yang kurang berfaedah. Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki.
Sampai Allah pun kena sound kat orang perempuan supaya keraskan suara. Rujuk qur’an surah Al-Ahzab ayat 32:
“Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik.
Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, lembut-lembutkanlah suaramu dan lihatlah kesannya. Apabila arahan ini diberi kepada isteri-isteri nabi, sepatutnya kita juga menyahut seruan itu untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka, darjat wanita-wanita yang bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best bukan?
- Tundukkan hati: Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang, kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tertarik kepada kita. Waktu berdepan dengan mereka, banyak-banyaklah berdoa, “Ya Allah, janganlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan.”
- Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan mata pelajaran communication skills yang kita belajar kat universiti dulu; “make eye contact with the person you’re talking to”. Benda tuapplicable kalau kita becakap dengan orang yang sama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati theory “dari mata turun ke hati” tu betul.
So, be careful dengan pandangan mata. Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dengan isteri-isteri nabi. Cuba rujuk surah al-ahzab ayat 53;
“….Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri-isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka..”
Kita bukan disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, ngan file ke. Kita lihat betapa Allah sangat ambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tak tewas ke dalam kemungkaran. Kalau kita pun nak jadi sehebat diorang, kenalah buat apa yang diorang buat. Takkan nak tunggu Allah sebut nama kita dalam Qur’an baru nak buat kot. Contoh: “Wahai Cik Hasni.. taatilah suamimu…” Isk2. tak layak nya…
- Cepatkan urusan. Ni mungkin applicable kepada students atau orang yang dah kerja yang terpaksa berurusan dengan team mate lelaki. Dah tak boleh elak, dia je team mate kita. So, apa-apa kerja yang nak dibuat bersama, buat je la keje tu. Takyah nak borak-borak, tanya hal peribadilah, gelak-gelaklah, buat lawaklah.. tak perlu dan tak perlu. Siapkan kerja cepat-cepat, then pergi. Perbincangan buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional.
Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat pada perintah Allah dan takutkan hari pembalasan.
Jaga diri, hiasi peribadi.