Followers

Tuesday, October 4, 2011

YA ALLAH,Terima Kasih atas Pertemuan ini

   Setiap hari adalah perjuangan dan perjuangan sejati adalah perjuangan yang menuju kepada ALLAH dan RASUL.  Assalamualaikum semua, ingin saya ceritakan sebuah kisah benar yang saya sendiri alami, Yang pasti ini bukan cerita hantu atau apa2...Kisah ini bukalah berlaku di dlm Gua atau di mana2 tapi tempat biasa sahaja. Tanggal 3 Oktober 2011 saya, adiik dan ibu menaiki Kapal Terbang dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur pada jam 9.30 malam dan tiba di sana dalam jam 10.45 malam. Kami mencari2 tempat untuk berehat sementara menunggu penerbangan yang seterusnya. Cari punya cari kami duduk di Tingkat 5 berhadapan dengan surau yang berada berhampiran KFC. 

   Kami berbual2 kosong dan tetiba perut ku berbunyi lalu ku alunkan pertanyaanku kepada adik dalam loghat utara walau saya sendiri tidak paham dengan loghat utara ini "Hang tak lapaq ka wei"... Tetiba ada seorang nenek lingkungan 60 an menyapa kami, "Assalamualaikum"..'waalaikumuassalam'... "ampa semua dari mana"...Lalu hatiku berdetik  'Tuuuudiaaaa, jgn2 nenek tadi dengar kot apa yang aku tanya adik aku' 
Kami dari Terengganu nek...Lalu nenek yang sedang membaca al-quran tadi  berbual dgn kami.. Mula2 bertanya tentang latar belakang kemudian dia memberi sedikit ilmu kepadaku. Mulutku ringan untuk bertanya kpd nenek tadi memandangkan nenek memegang al-quran 'baca surah pa nek???' ' Nek duk baca surah2 haa miim, tabarakalazi...alhamdulilah.." Ermmm..aku dapat menangkap surah apa yang di baca nenek tadi walau dia hanya menyebut pangkal surah sahaja...Nenek sedang membaca surah ad-dukhan,al-mulk, dan surah kahfi'  Nenek banyak menceritakan kelebihan dan fadilat al-quran yang kini aku jua sedang menuntut ilmu dalam bidang itu juga. Walaupun aku bakal mengenggam ijazahku beberapa hari saja lagi tapi bgku Ilmu ALLAH tidak harus berehnti dari mempelajarinya... Katanya nenek "Ilmu yang ada pada kita ibarat bila kita celup jari dilaut dan air yang melakat pada jari itulah ilmu manusia..Mengapa kita tak rebut ilmu ALLAH yang selautan lagi.... Betul juga kata nenek 2

   Larut kami bersembang, nenek menghulurkan sehelai kertas, ni nenek bagi kat ank.. Dalam kertas tue ada tertulis doa yang di baca sebelum menunaikan solat sunat awaabin.. dan di belakangnya mengandungi doa solat sunat awwabin..Subhanaallah...Aku teramat terharu dengan pertemuan ini.Sebelum nenek berlalu dari situ kerana anaknya sudah datang untuk mengambilnya sempat dia berpesan "klu ank p kedah mai lah umah nek" Perkhhh...sentap habis...Sudahlah dia berikan saya sesuatu yang x ternilai harganya lps 2 jemput ke rumah.. Tapi saya tak sempat untk bertanya lebih2... Cuma saya berharap Tuhan pertemukan saya sekali lagi dengan nenek itu.

    Baru hari ini ku rasai nikmat dan hikmah sebuah pertemuan yang di aturkan olehMU
Pertemuan itu membangkitkan lagi semangat hijrahku YA ALLAH.
sering aku berdoa padaMU agar di pertemukan dengan insan2 yang boleh mendekatkan aku padaMU
Insan2 yang mampu membawaku ke jalan Yang kau Redhai
dan hari ini aku berasa bertuah kerana KAU perkenankan doaku
walau pertemuan hanya seketika, tetapi berbekas di lubuk hatiku...
Mudahan muncul lagi pertemuan itu suatu hari nanti..
Syukur padaMU Tuhan kerana pertemuan itu...



No comments:

Post a Comment