Jangan bersedih, Perbanyakkanlah istighfar, sesungguhnya Tuhan Kamu Maha Pengampun.. Firman Allah swt di dalam surah Nuh, ayat 10 hingga 12:
..........."Maka aku katakan kepada mereka: 'Mohon ampunlah kepada Rabbmu' Sesungguhnya DIA adalah Maha Pengampun.Nescaya DIA akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat. Dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan pula di dalamnya untukmu sungai-sungai"...............
Perbanyakkan istighfar, agar anda menemui jalan keluar, memperolehi ketenangan batin, rezeki yang halal, zuriat yang soleh dan hujan lebat yang membawa berkat. Allah swt berfirman didalam surah Hud, ayat 3
..................." Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Rabbmu dan bertaubat kepadaNya (Jika kamu mengerjakan yang demikian), nescaya DIA akan memberi kenikmatan yang baik ) (terus-menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan DIA akan memberi kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaanya"........................
Dalam sebuah hadis disebutkan:
"barangsiapa memperbanyakkan istighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kelapangan untuk setiap kesempitan dan jalan keluar untuk setiap kesulitan."
Teman,
Jangan bersedih, maafkan orang yang menyakitimu itu lebih baik. Harga hukuman sangatlah mahal dan itulah yang harus dibayarkan oleh seseorang pendendam dan pedengki, iaitu orang yang menderita kerana memelihara dendam dalam hatinya. Jika dia ingin membalas dendamnya dia harus mengorbankan hatinya, dagingnya darahnya perasaanya kedamaiannya, ketenteramanya dan kebahagiaanya.Akhirnya hanya kerugian yang akan diperolehinya. Dan sesungguhnya Allah swt telah mengkhabarkan kepada kita tentang ubat dan penyembuhan dari penyakit ini sebagaimana di dalam surah Ali-'Imran ayat 134
........."iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan orang-orang yang memaafkan keslahan orang. Dan Ingatlah Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik'............
Kau pandang wajahku yang pucat
kerana mencari kebenaran
dan kebenaran selalu menyertai orang yang tekun
ku bagi jasadku kepada banyak jasad
demi ku teguk kejernihan air kebaikan...
p/s :Jangan bersedih!!!sesungguhnya Allah sentiasa membela kita,para malaikat selalu meminta keampunan untuk kita dan orang mukmin bersatu mendoakan kita setaip kali selesai solat, Nabi memberikan syafaat dan Al-quran memberikan janji yang baik dan di atas semua itu rahmat Allah selalu menyertai...
No comments:
Post a Comment