Followers

Friday, October 28, 2011

Terima kasih kerana Tinggalkan saya....:)

Terima kasih kerana maninggalkan saya
Katanya awak "saya tinggalkan awak utk awak mengejar cinta Allah"
Terima kasih awak..
itulah yang saya nantikan dari awak...
Menyemai cinta bersama Sang Pencipta..
Meninggalkan apa yang kita cinta kerana mencari redha Allah


Kata awak lagi,
Allah faham hati kita, Allah mengerti hati kita, Allah tahu apa yang kita harapkan
Mungkin selama ni kita tak sedar yang DIA sebenarnya menguji kita
dengan cinta dunia di tambah pula nafsu dan godaan syaitan
Saya rasa macam nak menangis time awak cakap macam tue...


Awak pesan pada saya
Jaga auratmu..jaga maruahmu,jaga akhlakmu
berpeganglah pada Tali Allah dan landasan agamaNYA
pasti tidak akan sesat...
Terima kasih awak...


Awak, 
Sebenarnya memang telah lama saya mahukan semua ini
Terima Kasih awak..
ALLAH lah yang menguasai hati2 hambaNYA...
Allah mencintai hambaNYA dengan nikmat tetapi mengapa kita membalasnya dengan maksiat???


Awak,
Gelisahku memikirkan dirimu
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku
Aduhai pria
Maafkan aku.
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu
Jemput diriku pabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita
Jadilah dirimu kumbang yang hebat
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar





No comments:

Post a Comment