Followers

Tuesday, November 22, 2011

Surah Al-Furqaan

Bismillah...

      Surah ini diturunkan di Mekah mengandungi 77 ayat. Dinamakan surah 'Al-Furqan; (Al-Quran) kerana Allah Ta'ala menerangkan tujuan diturunkan Al-Quran kepada hambaNYA Nabi Muhammad SAW untuk peringatan dan amaran bagi penduduk seluruh alam, sebagaimana yang tersebut pada ayat yang pertama yang bermaksud:

  "Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al_Furqaan kepada hambaNYA (Muhammad) untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam"
     
        Intisari kandunganya: Menerangkan dalil-dalil tauhid yang membuktikan keesaan Allah Ta'ala dan kekuasaanNYA. Menerangkan kebenaran RasulNYA dan kesesatan kaum kafir musyrik. Menegaskan bahawa orang bertuhankan hawa nafsu akan melakukan apa sahaja yang dikehendakinya dengan tidak tersekat-sekat lagi, dan tidak pula mahu mendengar nasihat pengajaran.

         Kemudian Allah swt menunjukkan firmanNYA kepada Nabi Muhammad saw dengan menegaskan bahawa kalau ia mahu mengutuskan kepada penduduk tiap-tiap sebuah negeri seorang rasul, tentulah ia akan melakukanya dan akan ringanlah tugas Nabi Muhammad saw tetapi ia telah mengutus Baginda kepada seluruh penduduk dunia lalu diperintahkan supaya baginda berusaha dengan bersungguh-sungguh serta bersabar dalam perjuangan menyiarkan Islam.

         Diperintahkan lagi bahawa dalam masa baginda menegakkan kebenaran islam, janganlah ia bertolak ansur dengan orang-orang kafir tetapi hendaklah ia menentang mereka dengan bersungguh-sungguh berdasarkan hujah-hujah dan keterangan Al-Quran.

         Kemudian Allah Ta'ala menerangkan bahawa hamba-hambaNYA yang diredhaiNYA, yang merupakan orang-orang Islam sejati ialah mereka yang berakhlak mulia yang tekun mengerjakan ibadat kepada Allah pada malam hari, yang berdoa semoga Allah Ta'ala menjauhkan mereka dr azab neraka, yang membelanjakan hartanya pada jalan kebajikan serta tidak pula berlaku boros atau bakhil kedekut, yang tidak melakukan syirik dan tidak melakukan jenayah membunuh orang dan tidak pula melakukan zina dan yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya dan apabila diberi peringatan dengan Ayat-ayat Tuhannya tidaklah mereka mendengarnya secaa orang-orang pekak dan buta bahkan mereka akan mendengar dan melihatnya bersungguh-sungguh dengan pendengaran dan penglihatanya yang terang dan jelas nyata, dan yang berdoa semoga mereka beroleh isteri-isteri dan zuriat keturunan mereka perkara2 yang menyukakan hati melihatnya dan berharap semoga mereka dijadikan imam ikutan bagi orang-orang yang mahu bertaqwa. Mereka itu semuanya akan ditempatkan didalam Syurga yang tidak terperi nikmat kesenangannya.
   
        Sebaliknya orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang diharamkan, buruklah balasanya kecuali mereka yang bertaubat dan beriman serta beramal salih maka Allah akan menggantikan kejahatan mereka dengan kebaikan, kerana Allah maha Pengampun lagi maha mengasihani.

         Fadilat: Salah satu yang diketahui fadilat surah ini ialah:

"Barang siapa yang membaca surah ini 3 kali keats air yang bersih lalu dipercikan didalm rumah nescaya rumah itu akan terselamat daripada binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa"


Jazakallahu ahsanal jaza'..


Sumber: 1.Tafsir pimpinan Ar-Rahman 
              2.www.binamodal.com/kelebihan surah al-furqan 

No comments:

Post a Comment