Sebagaimana yang kita tahu Hari ini adalah 8 Zulhijjah dan esok adalah 9 Zulhijjah dimana jemaah haji yang berada di mekah akan wukuf di arafah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).. bagi yang belum berpeluang menunaikan haji, kita jangan lupa turut merebut ganjaran yang di berikan ALLAH swt iaitu Puasa Sunat Arafah. Puasa sunat Hari Arafat ini hanya disunatkan kepada mereka yang tidak mengerjakan Haji. Mereka yang sedang mengerjakan Haji tidak disunatkan berpuasa pada tarikh tersebut. Terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.;“Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah” (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim).
Oleh itu, apa tunggu lagi sama2 lah kita merebut peluang ini. Sungguh Allah maha penyayang.Lihatlah bagi yang belum berkemampuan untuk ke mekah menyahut seruanNYA, diberinya ganjaran bagi mereka yang berpuasa sunat arafah ini Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda;
“(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim). dOnt forget to fast tommorow....:)
Hayati lagu ini...Siapa tahu lain Tahun kita dipilihNYA utk ke Sujud di Tanah Haram milikNYA....
No comments:
Post a Comment