hari ini aku ke kuliah seperti biasa...
seawal 7.00 pagi aku bangun..lalu menuju ke bilik air
dengan langkah yg lemah sekali..
seusai bersiram
ku capai jubah pink yang telah siap ku iron dan aku padankan dengan tudung senada..
tetiba fikiran ku teringat pada mama lalu ku kirimkan sms ucpn selamat pagi namun x berbalas..
mungkin masih tido agaknya..
tak mengapalah..lagipun dia sdg sakit...
dan perlukan rehat yang secukupnya...
perlahan ku ke meja solek ku tilik satu persatu wajahku..
di hati berbisik "Terima kasih ats anugerah yang telah KAU berikan..mudahan KAU perelokkanlah budi perkertiku sebagaimana KAU perelokkan wajahku"
ku sapu toner dan sunlblok dan moisturizer di muka
dan ku lapiskan dengan bedak compact senipis yang mungkin...
setelah selesai ku capai beg dan fail yang memuatkan nota2 kuliah
dan kucapai kunci kereta..
wedges putih ku sarungkan lalu satu persatu ank tangga ku turuni..
setibanya di dewan kuliah aku mengambil tempat dudukku spt biasa di barisan belakang
ku amati satu persatu kuliah yang diberikan..
jari jemari laju mencoretkan sesuatu di atas kertas...
mataku semakin lama semakin layu..
mgkin kerana aku tido lewat semalam...
fikiranku melayang..
tetiba aku teringatkan sesuatu yang menyentapkan rasa mangantuk
TESIS...PRESENTATION...XMENT..
arghhh..beratnya rasa...
otakku terus berserabut..
ku sedapkan hati dgn berbisik..
SABAR..nanti wat pecutan...
insyaALLAH dgn izinNYA akan siap...
jam didinding dewan kuliah A sudah menunjukkan pukul 11..
Prof.Jamilah menamatkan kuliahnya
aku tak terburu keluar...ku duduk sebentar sambil membelek2 nota yang kutulis tadi...
setelah DKA lengang barulah
aku mengangkat kaki dengan gagah sekali keluar dr dewan...
diluar dewan kuliah..
aku terus ke pejabat SKET untuk menghantar borang perkerjaan yang ku isi 2..3 hari yang lalu
aku bersama sahabatku ida melangkah menuju ke sket..
satu persatu anak tangga di panjat sambil bercerita..
bila melihat ida gembira aku turut gembira
cukup untuk aku epy bersamanya ...
melihatnya tersenyum
aku teringat pada kisah di blognya "dia suamiku"
begitu rajin dia mengarang kisah2 cinta
untuk dijadikan cerpen..
isu tokok tambah..itu biasa dlm cerpen..
kadang2 ceritanya membuatkan aku gelak besar...
hehehhehe
aku terkesan dengan kisahnya tentang keluarga ke-2 nya..
katanya tntg soal pinang meminang...jodoh..
membuatkan aku berasa gembira..
aku berdoa mudahan2 dia mendpt apa yg diinginkannya
setelah menghantar borang perkejaan 2..
ida meminta diri utk ke library menghntr buku
aku pun berlalu
pulang ke kolej...
dlm perjalanan ku terfikir tentang pertanyaan mamaku
"awk bila lg"
hahhahaha..aku gelak besar..
kata mamaku
angah dh bertunang..cik nadia dah kawin..fariha nk bertunang jugak mak teh kabo...
angah ngn orang perlis..dgr fariha ngn orang kedah..
warghhhh...sentap!!!..
sabarlah dulu..br yang sepatutnya dahulu brlh mendahuluinya..aku??msh belum terpikir soal itu..mama juga lebih mengenali anknya
ayah pula...sibuk menyuruh aku menyambung pengajianku ke peringkat yg lebih tinggi..bukan xmahu tp brlah dulu..aku mahu mencri kerja menggantikan ayah..membls jasa dan pengorbanan mama dan ayh serta adik2 yang bnyk berkorban utk aku sepanjang pengajianku ini..brlah aku pula yang menggantikan tempat ayh menyara adik2 yang masih lagi belajar satu masa kelak...
setibanya di bilik..
terasa penat sekali..
lalu ku rebah punggung di atas katil sambil melihat rumateku laju menghilight nota2nya
aku berlalu ke meja tulis dan membuka fesbOok dan mencoretkan sedikit kata2 di wallku
dan meluahhkan rasa dijiwa pada blog kisah qaseh ini..
jika dihitung persoalan dan penceritaan dlm diri pasti jari xberhenti
meneruskan coretan ini..
cukuplah..
yang pasti
hari ini akn jd semlm dan esk bakal menjd hari ini...hari yang berlalu xkan mungkin bertemu lg..kisah2 yang berlalu akan terus berlalu..
jd biarlah hari yang berlalu itu dijadikan suatu pengalaman..pengajaran dan kenangan dalam kehidupan.