Followers

Saturday, April 6, 2013

Jom Sibuk...



Apa khabar iman kita hari ini??
Semoga ianya semakin bertambah dan terus bertambah...
Tajuk entry kali ini 'Jom Sibuk'
Aik??Kenapa jom sibuk sedangkan orang lain nak lapangkan masa dan diri..
Rilekss..Jangan salah paham dulu..
Jom sama-sama selongkar entry ini..

Hari ini saya ingin memulakan entry kali ini dengan sepotong hadis yang berbunyi:
Rasul s.a.w. telah ajar kita dalam satu hadis yang mafhumnya :
“Sesungguhnya hati ini berkarat sebagaimana besi berkarat apabila terkena air.” Baginda s.a.w. ditanya, “Ya Rasulullah, apakah penggilapnya?” Rasul s.a.w. bersada : “Ingati mati dan membaca Al-Quran.” [HR Baihaqi]

Apa pula kaitan hadis ini dengan entry kali ini???
Meh sini Cik Qaseh nak explain..
Hati umpama raja dalam tubuh badan kita.. Segala keputusan yang diambil kebanyakan ditentukan oleh hati kita. Jika hati kita baik dan bersih in sha Allah keputusan-keputusan yang kita ambil adalah baik.. Jika hati berkarat dan kotor maka buruklah keputusan yang kita ambil itu..
Dan nanti bila kita pulang kepada Allah swt tiada lain yang kita bawa selain dari hati. Hati yang menjadi tempat bertakhtanya segala kebaikan dan kejahatan, dan tempat utama berkumpulnya dosa dan pahala..
Tipu kalau seseorang itu tidak pernah melakukan dosa kan???
Dosa itu tandanya hati kita sedang kotor.. Hati yang kototr perlu dicuci..
Nak cuci dengan apa??? CLOROX ker?? SABUN FAB ker???
Aiyoo..Bukanlah..
Kita berbalik pada Hadis yang mula-mula tadi.. Rasulullah saw mengajar kita menyucikan hati dengan 
1. Banyakkan mengingati MATI
2. Banyakkan membaca Al-quran
Nahh.. Gitu dong...
Hati kita ini memanglah terlalu sukar nak jaga.. Payah yang teramat payah..
Tapi Kita mohon pada Allah banyak-banyak agar Allah beri kita kekuatan untuk mendidik hati kita menjadi hati yang mencintai Allah swt, Hati yang sentiasa rindu pada Rasulullah saw
Kat c-ni juga cik Qaseh nak gtaw u ols semua.. Hati akan mudah kotor jika kita tidak berbuat apa-apa.. Jadi kita perlulah menyibukkan diri dengan kebaikan.. 
Banyakkan beribadat kepada Allah swt
Banyakkan berada di kebun-kebun syurga yakni Masjid,surau, Madrasah dan musolla
Sibukkan diri dengan kerja-kerja amal
Siapa kata Kalau sibuk tak boleh beribadat????
Yang cakap macam tu kalau sibuk dengan hal-hal dunia semata..
Meh nak share sikit:
1. Buat sesuatu tu Niat kerana Allah
2. Bila buat kerja ingat ganjaran PAHALA yang kita dapat (tapi pastikan hati ikhlas dan kerja yang dilakukan bukanlah kerja yang HARAM)
3.Sambil-sambil buat kerja basahkan lidah dengan zikir, dalam hati pun tkper..
Ok, saya sarankan sahabat-sahabat semua try lah.. Pasti dalam kesibukan anda itu akan akan bertemu dengan sebuah ketenangan..
Sebagai penutup 
Baik atau buruk puncanya dari hati, Maka bersihkanlah hati dengan menyibukkan diri dengan perkara-perkara kebaikan yang boleh memberi saham kepada kita di Akhirat kelak:
Rasul s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud :
“…Dalam hati kamu ada segumpal darah. Apabila baik segumpal darah itu, maka baiklah seluruh (tindakan yang lahir daripada) tubuh kamu. Apabila buruk segumpal darah itu, maka buruklah seluruh (tindakan yang lahir daripada) tubuh kamu. Ketahuilah bahawa segumpal darah itu adalah hati.” [HR Bukhari Muslim]
Hati adalah raja kepada segala keputusan yang lahir daripada diri kita. Memang kita menentukan baik buruknya suatu keputusan menggunakan akal kita, tetapi yang mempengaruhi keputusan akhir kita adalah hati kita.

Sebab itu Allah berfirman :
“Maka Allah telah mengilhamkan dengan jalan fujur dan jalan taqwa. Beruntunglah orang yang mensucikannya dan rugilah orang yang mengotorkannya.” [As-syams : 8-9]
Kerana pentingnya hati dalam kehidupan seorang manusia apalagi seorang yang beriman, maka sangat penting untuk kita menjaga dan membersihkan hati kita daripada karat-karat dosa yang menjauhkan lagi kita daripada Allah s.w.t.
Bersihkan hati kita daripada karat untuk menikmati hidup yang penuh nikmat !

Renung-renungkan dan Selamat Beramal








No comments:

Post a Comment