Followers

Tuesday, April 9, 2013

Kebahagiian


KEBAHAGIAAN

Kebahagian itu bukanlah satu destinasi
yang belum pasti
tapi ianya dirasai oleh setiap hati
yang mencari dengan tulus hati

Kebahagiaan itu bukanlah datang sendiri
Tapi haruslah dicari
walau harus mati
kerana kebahagiaan sejati
adalah dengan mencintai Ilahi...

Bahagia sejati letaknya pada ketenangan
bukan pada harta bangsawan
bukan jua pada rupawan
tapi boleh dijumpakan
dengan hanya mengingati Tuhan

Kebahagiaan perlukan pengorbanan
seperti mana Allah menjanjikan
Syurga buat hambaNYA yang tulus berjuang
demi menegakkan Islam tersayang

Created by : ct_moonirah.. :)


Sunday, April 7, 2013

PENDOSA.. Who am i to judge other person???




Apa khabar iman kita hari ini???
Mudahan ianya semakin meningkat yerk..

Hari ini saya ingin mengupas sedikit mengenai masalah 'Label-melabel'
Apa kaitanya dengan tajuk entry hari ini "PENDOSA"
Sabar yer sayang2 semua 
nanti antum semua scroll down jerk..
Baca sampai habis
harapnya dapat membuka fikiran saya dan kita semua untuk terus berfikir..

Siapakah kita untuk menghukum manusia lain???
Jangan sewenang-wenangnya melabelkan seseorang itu 'PENDOSA"
Fikir sejenak!!!
'Apa aku ini tiada dosa??'
@
'Adakah aku ini hamba Allah yang suci tanpa dosa'

Jika jawapan anda 'YA' itu bermakna anda seorang yang riak!!!!
Jangan sangka kita yang berilmu agama tinggi kita bebas dari dosa
Jangan ingat kita yang baru sebulan dua berhijrah boleh melabelkan seseorang itu 'PENDOSA'

'Malaslah aku nak bercampur dengan korang ni.. Lantak koranglah dengan dosa korang'

'Ish, itu semua maksiat, Dia tu memag suka benda-benda maksiat ni'

Wo..wo..woooo
sebelum menilai orang nilai diri kita sendiri
tak salh nak berdakwah..Tapi gunalah cara berhemah kan
Jangan sewenang-wenangnya label orang manusia pendosa
Sila baca kata-kata dalam gambar dibawah..


Ok,, JELAS????

Cuba kita selami jiwa mereka yang masih susah meninggalkan maksiat
Bukan mudah untuk meninggalkan sesuatu yang kita cintai..
Bukan mudah melupakan sesuatu yang menjadi kebiasaan kita..

Lupakah kita,
betapa payahnya kita meninggalkan sesuatu yang kita cintai untuk berhijrah??
Lupakah kita
betapa peritnya kita di hina di caci dan di maki gara-gara ingin menutup aurat dengan sempurna??
Lupakah kita
betapa lelahnya kita merangkak mencari ilmu untuk menampal segala kejahilan kita??
Lupakah kita
betapa kita butuh sokongan orang-orang yang kita cintai untuk melakukan penghijrahan??

Saya TIDAK!! TIDAK!! dan TIDAK
pernah melupakan hal itu...

Jadi, jangan sesekali
menghina mereka yang berbuat dosa kerana kita tidak tahu bagaimana pengakhiran hidupnya
Jangan sesekali
mengumpat, mengeji mereka yang masih lalai dengan maksiat..
Jangan..Jangan..dan Jangan!!!

Kita sepatutnya
- berlapang dada menerima mereka
-Sentiasa memberi sokongan kepada mereka untuk berhijrah
-Mengajak mereka untuk sama-sama berhijrah
-lebih kreatif dalam menyampaikan kebaikan kepada golongan-golongan ini
-Kita cuba selami jiwa dan nurani mereka
-Layan mereka dengan lebih baik, Bukankah Rasulullah menunjukkan keindahan islam melalui akhlaknya??

Jadi, apa yang harus kita buat adalah sentiasalah bermuhasabah diri, dan Ber 'husnu zon' dengan keadaan sekeliling.. STOP judge other person
Jangan menjadi pelabel kejam..
Ingat setiap pendosa seperti kita punya harapan untuk kembali ke Jalan Yang Benar..
Siapa kita, siapa mereka disisi Allah tidak ada siapa yang ketahui.. Hanya Allah yang layak menilai, menghukum kerana DIA lebih tahu apa yang kita tak tahu...

So, conclusion:
Tak mungkin manusia yang punya nafsu bisa terlari walau secebis dosa
apa yang mampu kejar pahala
biarlah Yang Esa menghitungkanya




Wallahualam...






Saturday, April 6, 2013

Jom Sibuk...



Apa khabar iman kita hari ini??
Semoga ianya semakin bertambah dan terus bertambah...
Tajuk entry kali ini 'Jom Sibuk'
Aik??Kenapa jom sibuk sedangkan orang lain nak lapangkan masa dan diri..
Rilekss..Jangan salah paham dulu..
Jom sama-sama selongkar entry ini..

Hari ini saya ingin memulakan entry kali ini dengan sepotong hadis yang berbunyi:
Rasul s.a.w. telah ajar kita dalam satu hadis yang mafhumnya :
“Sesungguhnya hati ini berkarat sebagaimana besi berkarat apabila terkena air.” Baginda s.a.w. ditanya, “Ya Rasulullah, apakah penggilapnya?” Rasul s.a.w. bersada : “Ingati mati dan membaca Al-Quran.” [HR Baihaqi]

Apa pula kaitan hadis ini dengan entry kali ini???
Meh sini Cik Qaseh nak explain..
Hati umpama raja dalam tubuh badan kita.. Segala keputusan yang diambil kebanyakan ditentukan oleh hati kita. Jika hati kita baik dan bersih in sha Allah keputusan-keputusan yang kita ambil adalah baik.. Jika hati berkarat dan kotor maka buruklah keputusan yang kita ambil itu..
Dan nanti bila kita pulang kepada Allah swt tiada lain yang kita bawa selain dari hati. Hati yang menjadi tempat bertakhtanya segala kebaikan dan kejahatan, dan tempat utama berkumpulnya dosa dan pahala..
Tipu kalau seseorang itu tidak pernah melakukan dosa kan???
Dosa itu tandanya hati kita sedang kotor.. Hati yang kototr perlu dicuci..
Nak cuci dengan apa??? CLOROX ker?? SABUN FAB ker???
Aiyoo..Bukanlah..
Kita berbalik pada Hadis yang mula-mula tadi.. Rasulullah saw mengajar kita menyucikan hati dengan 
1. Banyakkan mengingati MATI
2. Banyakkan membaca Al-quran
Nahh.. Gitu dong...
Hati kita ini memanglah terlalu sukar nak jaga.. Payah yang teramat payah..
Tapi Kita mohon pada Allah banyak-banyak agar Allah beri kita kekuatan untuk mendidik hati kita menjadi hati yang mencintai Allah swt, Hati yang sentiasa rindu pada Rasulullah saw
Kat c-ni juga cik Qaseh nak gtaw u ols semua.. Hati akan mudah kotor jika kita tidak berbuat apa-apa.. Jadi kita perlulah menyibukkan diri dengan kebaikan.. 
Banyakkan beribadat kepada Allah swt
Banyakkan berada di kebun-kebun syurga yakni Masjid,surau, Madrasah dan musolla
Sibukkan diri dengan kerja-kerja amal
Siapa kata Kalau sibuk tak boleh beribadat????
Yang cakap macam tu kalau sibuk dengan hal-hal dunia semata..
Meh nak share sikit:
1. Buat sesuatu tu Niat kerana Allah
2. Bila buat kerja ingat ganjaran PAHALA yang kita dapat (tapi pastikan hati ikhlas dan kerja yang dilakukan bukanlah kerja yang HARAM)
3.Sambil-sambil buat kerja basahkan lidah dengan zikir, dalam hati pun tkper..
Ok, saya sarankan sahabat-sahabat semua try lah.. Pasti dalam kesibukan anda itu akan akan bertemu dengan sebuah ketenangan..
Sebagai penutup 
Baik atau buruk puncanya dari hati, Maka bersihkanlah hati dengan menyibukkan diri dengan perkara-perkara kebaikan yang boleh memberi saham kepada kita di Akhirat kelak:
Rasul s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud :
“…Dalam hati kamu ada segumpal darah. Apabila baik segumpal darah itu, maka baiklah seluruh (tindakan yang lahir daripada) tubuh kamu. Apabila buruk segumpal darah itu, maka buruklah seluruh (tindakan yang lahir daripada) tubuh kamu. Ketahuilah bahawa segumpal darah itu adalah hati.” [HR Bukhari Muslim]
Hati adalah raja kepada segala keputusan yang lahir daripada diri kita. Memang kita menentukan baik buruknya suatu keputusan menggunakan akal kita, tetapi yang mempengaruhi keputusan akhir kita adalah hati kita.

Sebab itu Allah berfirman :
“Maka Allah telah mengilhamkan dengan jalan fujur dan jalan taqwa. Beruntunglah orang yang mensucikannya dan rugilah orang yang mengotorkannya.” [As-syams : 8-9]
Kerana pentingnya hati dalam kehidupan seorang manusia apalagi seorang yang beriman, maka sangat penting untuk kita menjaga dan membersihkan hati kita daripada karat-karat dosa yang menjauhkan lagi kita daripada Allah s.w.t.
Bersihkan hati kita daripada karat untuk menikmati hidup yang penuh nikmat !

Renung-renungkan dan Selamat Beramal