Followers

Thursday, July 28, 2011

Berubahlah walaupun sedikit....

Selalu aku berdoa kepada YANG MAHA ESA
moga dikurniakan seorang suami yang mampu membimbingku kejalan yang diredhaiNYA
Suami yang blh kusandarkan segala rasa perasaan yang menyimpan 1001 makna..
dikala aku keseorangan dia boleh jd penghibur dan jua peneman..jati yang sayu tak kesepian dan luka lara tiada keresahan...Tapi aku x mengharapkan insan yang hartawan tak juga yang menawan cuma aku damba insan yang sepadan...Aku bersyukur dengan apa yang ALLAH kurniakan padaku...Tapi aku tak pasti adakah dia benar jodohku...???? Mcm mane aku nk ckp yerk... Aku bknlah seorang wanita solehah tapi aku ingin menjadi seperti itu...dan aku rasa semua orang juga ingin menjdi soleh dan solehah... Firman ALLAH yang bermaksud "sesungguhnya wanita yang baik itu hanya untuk lelaki yang baik".. Ermm..Mendapatkan suami soleh bknlah beerti kita berusaha mencari smpai dapat tetapi berusaha meperbaiki diri kearah menjadi soleh dan solehah mudahan dengan itu, kita mendapat apa yang dijanjikan ALLAH...

Dear bakal suamiku, Marilah sama2 kita berubah kearah jalan yang diredhaiNYA..menjalani kehidupan spt mana yang telah diperintahkan.. Aku pasti akan menungggumu datang menjemputku utk menjadi yang halal diccmu...Mudahan akan lahir anak2 yang  mampu membantu kita setelah kita dipanggil nanti... Lengkapkan diri kita dengan ilmu agama terlebih dahulu sebelum kita medidik anak2 kita... saya cuma nak awak jd halal buat saya.saya cuma nak awak jadi ayah yang baik pd anak2 saya...saya cuma nak awak jd imam kepada keluarga kita nanti dan saya juga nak bina sakinah mawaddah warahmah dengan awk kelak..itu sj yang sy pinta pd awk...:)

Saya nak berubah..seperti ustazah saya cakap :lakukan perubahan kearah kebaikan hari demi hari wlaupun sedikit, jadi saya juga nak awk berubah mudahan, supaya ALLAH temukan kita kelak..

p/s: Perubahan perlukan masa, kekuatan dan sokongan..

Tuesday, July 26, 2011

Dimana Jodohku???

Ya Allah..


Seandainya telah kau catatkan dia milikku...
Tercipta buatku, dekatkan dia padaku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kemesraan antara kami agar kebahagiaan itu abadi…
Seiringan kami dalam melayari…
Hidup kesepian yang sejahtera…

Tetapi Tuhanku…

Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku…
Luputkan dia dari ingatanku…
Ya Tuhan…Maha Mengerti
Gantikanlah yang telah hilang,
Meskipun tak akan sama dengan dirinya…

Ya Tuhanku…
Berikanlah kekuatan agar aku rasa bahagia walaupun tanpa dirinya…
Jika benar cinta itu cinta sejati…maka bebaskan itu.
Jika benar cinta itu suci…ia akan datang dengan sendirinya…
Tetapi jika cinta itu pergi dan tidak berkunjung lagi,
Maka anggaplah cinta itu memang tidak wujud dari awal lagi…

Jika benar dia dijadikan untukku…
Maka rapatkanlah hubunganku dengannya…

Tetapi…

Jika dia bukan dijadikan untukku, maka jauhkan aku daripadanya dan
Hapuskanlah perasaanku terhadapnya.
p/s: Semoga Allah mendekatkan aku dengan jodohku dan menjauhkan aku dari orang bukan ditakdirkan utkku agar aku tidak serik dalam mengenal dan memahami manusia..

Friday, July 22, 2011

Isthikharah Cinta

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..

p/s: Walau aku senyum bukan beerti aku saling bahagia dalam hari..ada yg x ada dlm hati...Ada saja cubaan hidup seakan aku hina...Tuhan berkanlah aku cinta utk membimbingku, temani aku kala sepi..

Thursday, July 21, 2011

Cinta tak kan pernah habis waktu memikirkanmu

Becakap soal cinta
kita takkan punya waktu yang cukup utk memikirkannya
kadang-kadang ia datang tanpa di undang
Kita takkan dapat menafikan cinta yang hadir dalam hati
kerana sudah fitrah manusia yang sentiasa ingin dicintai dan mencintai
'CINTA ITU BUTA'..
BENARKAH????????
cinta tak pernah buta tp manusia itu yang membutakan cinta..
dek kerana manusia yang buta mencemarkan cinta yang di anugerahkan Tuhan
Mereka tidak tahu menilai mana satu hak dan mana satu batil..
Cintailah insan yang anda cintai mengikut lunas yang dibenarkan dalam islam
dengan itu maka dunia hari ini tidak punya 'anak luar nikah'
Sebagai manusia kita tidak lepas dari memandang serong pada ibu2 yang melahirkan anak luar nikah dan memandang hina pada anak kecil itu sdgkan mereka sbnrnya langsung tidak bersalah..
siapalah kita untuk menilai mereka2 ini diCC ALLAH swt
mungkin mereka ini lebih baik dari kita..
menginsafi dan bertaubat pada penciptaNYA
tapi kita tidak habis2 menunding jari pada mereka...
bukan hendak membela atau mengiakan perbuatan mereka tapi berilah mereka ruang dan peluang untuk menjalani kehidupan di muka bumi ALLAH ini
Rasul kita juga tidak mengajar kita membenci orang yang berdosa atau melakukan perbuatan buruk malah Rasul kita mengajar utk menegur mereka dengan cara berhemah..
Lebih baik lagi jika kita menegur mereka dengan cara kita memperbaiki diri kita terlebih dahulu..
Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hambaNYA....

Berbalik tentang soal cinta,
Bila dofikirkan balik
x sudah rasanya jika hanya berkapel dan cinta
sudah semestinya menjadi impian setiap pasangan utk mendirikan rumahtangga secara halal
membina ikatan yang lebih mulia dCCNYA...
Jadi sama2lah kita muhasabah diri..
Cinta biarlah sampai kehujungnya..
Cinta biarlah hingga hujung nyawa
Cinta biarlah cinta yang diredhaiNYA..

Sekian, dari Kisah Qaseh


p/s:Love has no desire but to fulfill itself.  To melt and be like a running brook that sings its melody to the night.  To wake at dawn with a winged heart and give thanks for another day of loving.  ~