Saya ingin berkongsi sedikit ilmu berkaitan dengan fesyen wanita islam (Pakaian wanita islam)
Sungguh..
Diingatkan saya bukan Ustazah...
Tapi sekadar berkongsi serba sedikit
melalui pembacaan saya
Kalau kita ada dalil yang sempit maka cara kita melihat fesyen dlm islam juga jd sempit...
Kalau kita jumpa dalil yang luas maka cara kita melihat fesyen dalam islam juga luas
Pakaian wanita sebenarnya bukanlah di hadkan kepada warna hitam semata-mata.
Pakaian wanita pada zaman Nabi lagi ada pelbagai fesyen dan berbagai warna.
Aisyah R.A mengatakan wanita sahabiah pada zaman Rasulullah juga memakai pakaian warna hijau..
Ummu Kalsum ada selendang sutera bersulam keemasan malah Saidatina Aisyah dikatakan ada selendang cantik yang sering dipinjam oleh wanita2 pada zaman itu yang digunakan sebagai alat utk berhias.
Jadi nak pakai hijau boleh,biru boleh, pink boleh, merah pun boleh... Pakai jerlah..
Janji ikot syariat..janji tak dedah aurat,,,
Begitu juga tabbaruj,
Kalau kita amik tabbaruj ikot persepsi kita sendiri tak pernah rujuk tafsir..tak pernah rujuk perbahasan para ulamak jadi sempitlah...
Nampak orang pakai fesyen lain sikit
kita dah cop orang tabaruj
Nampak orang pakai warna terang-terang
kita dah label orang tabbaruj
Nampak orang pakai niqob warna-warni
kita dah label orang tabbaruj..
Ni lagi satu hal pasal niqob
Ulamak Kotemporari (Fuqahah Kontemporari)
bersepakat mengatakan niqob tidak wajib
Nak pakai silakan
Tak nak pakai duk diam2
Kita jangan terlalu cepat menghukum
Kita jangan sesenang hati melabel
Banyak kali kite pesan kat diri kite dan awak
Tiket syurga neraka
bukan kerja kita agihkannya
Dosa pahala orang
bukan kerja kita nak timbang tara..
Islam ini luas...
Yang luas kita luaskan
Yang sempit kita hadam dan paham..
Sumber rujukan : kitab tahrir al-mar'ah fi ‘asr al-risalah