Followers

Wednesday, November 12, 2014

Cinta pada yang SATU



C.I.N.T.A

adalah satu topik yang akan evergreen sampai bila-bila


Nak bercerita tentang cinta kepada pasangan
Tak semua orang akan berkahwin..
Mariam tidak pernah bernikah tetapi layak juga menjadi orang VIP 
dekat syurga


Kalau nak bercerita tentang cinta kepada anak-anak
Tak semua orang akan ada anak
Aisyah tidak punya anak
tapi layak juga menjadi insan terhebat di syurga sana..


Tapi CINTA pada YANG SATU
semua orang tak boleh menipu
semua orang hajat kepada Cinta pada Yang Satu
Kalau sekarang kita tak mengaku
balik nanti kita Jumpa yang satu
kiat terpaksa mengaku
memang itulah cinta yang perlu dituju
iaitu
Cinta Pada Yang SATU...




Fesyen dalam Islam


Saya ingin berkongsi sedikit ilmu berkaitan dengan fesyen wanita islam (Pakaian wanita islam)

Sungguh..
Diingatkan saya bukan Ustazah...
Tapi sekadar berkongsi serba sedikit 
melalui pembacaan saya

Kalau kita ada dalil yang sempit maka cara kita melihat fesyen dlm islam juga jd sempit...
Kalau kita jumpa dalil yang luas maka cara kita melihat  fesyen dalam islam juga luas

Pakaian wanita sebenarnya bukanlah di hadkan kepada warna hitam semata-mata.
Pakaian wanita pada zaman Nabi lagi ada pelbagai fesyen dan berbagai warna.

Aisyah R.A mengatakan wanita sahabiah pada zaman Rasulullah juga memakai pakaian warna hijau..
Ummu Kalsum ada selendang sutera bersulam keemasan malah Saidatina Aisyah dikatakan ada selendang cantik yang sering dipinjam oleh wanita2 pada zaman itu yang digunakan sebagai alat utk berhias.

Jadi nak pakai hijau boleh,biru boleh, pink boleh, merah pun boleh... Pakai jerlah..
Janji ikot syariat..janji tak dedah aurat,,,

Begitu juga tabbaruj,
Kalau kita amik tabbaruj ikot persepsi kita sendiri tak pernah rujuk tafsir..tak pernah rujuk perbahasan para ulamak jadi sempitlah...

Nampak orang pakai fesyen lain sikit
kita dah cop orang tabaruj
Nampak orang pakai warna terang-terang
kita dah label orang tabbaruj
Nampak orang pakai niqob warna-warni 
kita dah label orang tabbaruj..

Ni lagi satu hal pasal niqob
Ulamak Kotemporari (Fuqahah Kontemporari)
bersepakat mengatakan niqob tidak wajib
Nak pakai silakan
Tak nak pakai duk diam2

Kita jangan terlalu cepat menghukum
Kita jangan sesenang hati melabel
Banyak kali kite pesan kat diri kite dan awak
Tiket syurga neraka
bukan kerja kita agihkannya
Dosa pahala orang
bukan kerja kita nak timbang tara..

Islam ini luas...
Yang luas kita luaskan
Yang sempit kita hadam dan paham..

Sumber rujukan : kitab tahrir al-mar'ah fi ‘asr al-risalah




Saturday, October 25, 2014

No Title in my life







Lama sudah kita tak mengarang 
terasa kekok pun ada...
sebelum ini terlalu sibuk hingga lupa diri sebenarnya 
ade blog...

Hari Cik Qaseh nak mengarang
panjang sikitlah..
Maaf ler kalo merapu meraban... :p

first of all Cik Qaseh nak ucapkan
Selamat Tahun Baru Islam kepada seluruh umat islam diseluruh dunia
dan selamat menyambut maal hijrah...
Hijrah itu menuntut pengorbanan..

Blog ni wujud sejak second year Cik Qaseh 
menuntut di Universiti Malaya... itupun sebab terpengaruh dengan
osmate...dan dia ajor sdari A to Z tentang blog
maka jadilah blog ni...

ENtry kali nak buat comparison sikit
ape perubahan dari zaman muda mudi sampai sekarang
dah tuo bangka ni..

Jadi..
Kita biarkan gambar berbicara..


2005:: Ni masa pergi kursus utk SPM dkt kolej multimedia Dungun

2005:: Bergombo dengan genk2 gegurl. Tahun ni tahun Cik Qaseh SPM

2006 :: Zaman ni zaman malas pergi sekolah.. Tahun ni cik Qaseh berada di Lower Six.
::Gambar kenangan bersama Mekno merangkap genk 6 jahanam::

2007 :: Tahun ni Cik Qaseh di Upper Six..Tahun STPM, dan ni lah ahli2 genk 6 Jahanam. Semua pengawas sekolah
Cikgu lantik kiteorang nak suruh jadi baik agknya..

2008 :: Tahun ini adalah tahun pertama Cik Qaseh di UM... Junior lagi...
::Gambar kenangan bersama rumate sejati...3 years duk dengan osmate sama...bilik sama dan katil yang sama::

2009 :: Dinner pertama Cik Qaseh bersama Roomatedi Hotel ape ntah...
::Gambar kenangan bersama Roomate yang bengong::

2011 :: Tahun terakhir Cik Qaseh jadi atlet Bola Jaring di UM..dan merupakan tahun akhir juga di UM..
Tahun akhir adalah tahun haru biru muntah hijau sebab terpkasa bahagikan masa dengan research + Sukan + Kelas + Tutorial + Lab + Field work


2012 :: Gambar First dengan pekerja-pekerja Aneka Prestij Construction
:: Gambar kenangan pergi picnic di Sekayu::



Hokey...
Dah...
Kat bawah ni dah tak ikot susunan Tahun.. heheh



2012:: I'm not pretty girl but i'm just beautiful me..
:: Gambar kenangan di Lagoon Terengganu::


2010:: Sukarelawan OHTA (Operasi Haji Tabung Haji)
::Gambar kenangan bersama genk2 Sukarelawan OHTA Universiti Malaya, gambar dirakam di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya::

2010:: Gambar pergi bercuti ke Pulau Kapas dengan Genk  6 Jahanam...
Gambar di rakam di atas Bot::

2010:: Percutian ke Pulau Kapas bersama genk 6 Jahanam..tapi tak cukup sorang...::

2010 :: Percutian di pangkor bersama rumate

2010:: Layan steamboat di P.Pangkor with lovely roomate

2010:: Percutian di Sarawak bersama Tee Jay dan Anne

2011 :: Dinner Last Kolej Za'ba UM dan Dinner last jugak Cik Qaseh bersama teman-teman

Okey,
Sekian dulu entry Cik Qaseh untuk kali ini...
Semoga kita bertemu lagi di lain entry yang entah bila kan...

sebelum berpisah

:: Tiada yang lebih indah selain dari kita punya ramai teman yang baik di dalam kehidupan kita, maka hargailah setiap satunya yang hadir meski dalam keadaan terpahit::


-Salam Maal Hijrah-



Monday, September 22, 2014

Moment Indah di Bukit Tinggi...

Assalamualaikum,,,,

Sebagai Mukadimmahnya, Terimalah
:: Ada Dia,
Tiada kecewa,
yang ada cuma...
bahagia,
dalam gembira,
atau duka.

Jangan biarkan hati kita,
terpisah lama,
dari Dia,
Yang Maha Sempurna. ::

Weekend bonding with my bestiest di Bukit Tinggi..
Merancang bukan main lagi awal 
tapi dh baru sekarang dapat pergi...

By the way,
Tanks to my sweetie friend 
for spending your time with me...

Actually kiteorg pergi weekend
tapi baru hari ni ada mood nak tulis dalam blog
setelah sekian lama menyepi...

Not bad lah tempat dia..
kitaorg pergi ke Japanese Village..
Kat cni agk terkilan sebab x sempat pakai kimono...
malas nak beratur panjang..kikikiki

Then, ke botanical garden pastu ke Cheatau (tak sure ejaan betul ke idokkk)
Anda2 yang dah tak tahu nak kemana
Boleh lah ke Bukit Tinggi,Pahang




Di Japanese Village.. :)

Tuesday, July 8, 2014

Bufday terlewat.... 30062014


Assalamualaikum wtb...

Sudah lama rasanya tidak menjengah Kisah Qaseh ini..
Ini entry first untuk bulan julai setelah beberapa bulan tidak menulis

30 June 2014 
bersamaan
2 ramadhan
aku telah menyambut hari tua ku yang ke 26
Ligat kepala berpusing hadiah apa yang aku mahu berikah buat ibu dan ayahku
kerana telah melahir dan membesarkan aku
sehingga ke usia ini
Mereka sabar dengan kerenahku
Mereka sentiasa mengingatkan anknya yang nakal dan degil ini

Aku menerima ucap selamat dari pelbagai media sosial
Terima kasih ats ingatan tulus dan doa kalian untukku

Alhamdulilah
26 tahun hidup banyak suka duka
caci maki
fitnah orang
yang aku telah telan...
semua itu mematangkan hidup aku...

Syukur pd Allah swt
yang masih sudi meminjamkan segala nikmatnya buatku
meskipun aku sering lalai dan alpa...
Allah, ampuni dosaku...


Thursday, January 9, 2014

Mampu...Risau..

INTRO:
Rasanya belum terlambat nak Ucap Ahlan Wa sahlan to 2014...
First entry di tahun 2014
Beselerrr...saya selalu lambat...

2013 banyak kisah suka duka
yang tak perlu aku kongsikan disini...
Bahagiaku biar aku saja yang tahu... ;p

Susah juga rupanya...
Bukan..Bukan..Bukan... susah nak berniqob..
Tapi rasa pelik nak berdepan dengan caci maki manusia yang selalu memandang pelik pada golongan yang dilabel 'NINJA'... Hahahah sebab fitnah manusia itu bukan setakat dibibir semata-mata
Seriously,, I'm not niqobis, purdahnis, or Kubis tp aku cuma punya ramai kenalan yang berpurdah.. Alhamdulilah Allah beri pinjam sahabat yang sangat menjaga agamaNYA..

Cop...
Stop asking me soalan2 merepek

'Kak..betulker pakai purdah kena pakai hitam jer!!'
'Kak.. orang pakai purdah memang kena pandai agama ek!!'


Seroiusly sepanjang perjalanan ku mendekati golongan2 purdahnis dan Niqobis
samada dalam FB atau bertentang mata
mengajar aku tentang sesuatu yang bernama 'MANUSIA'
Bertutup lar mcm mana sekalipun selagi nama manusia ia tetap manusia
Terbuka lar mcm mane pun selagi tak tutup tetap terjun neraka

Berpurdah bermulut celaka --> BIASA
Yang seksi bermulut longkang --> BANYAK
Berpurdah sungguh manis dan sopan --> INDAH
Seksi dan nak berhijrah --> ALHAMDULILAH

PERSOALAN MAMPUKAH??

Aku juga terasa ingin berhijrah menjadi muslimah..

Tapi..

Aku risau...
aku gusar tidak mampu untuk istiqamahkan diri.
aku gerun tidak layak menghormatkan cebis kain di kepala ini.
aku gentar tidak bisa mengotakan pada tuhan apa yang aku janji.


PENGHARGAAN

tuhan,
kau paling baik hati.
kau kekasih aku.
kau teman baik aku.


terima kasih kerana sudi berikan tenang dalam hidup biasa2 aku ini, wahai tuhan.
dan berikan anak2 bumi palestin itu kekuatan, kalau kau masih belum mahu berikan kemenangan.

terima kasih kerana sudi beri aku sehari saja lagi untuk memperbetul hina selama dahulu.
dan kalau ada lagi lebihannya, berikan aku satu lagi esok, untuk aku kukuhkan iman aku.

aku tidak mahu jauh lagi dari kamu.


HARAPAN


istiqamah aku, insyaAllah (doakanlah untuk selamanya)


pedulilah kalau aku tidak hot seperti kekasih kamu, biarlah kalau aku tidak kool seperti kamu.
zaman saya sudah berlalu.
ai dah rasa dah semua itu.
:)

kedengaran tua sekali.
haha.

*senyum*