Followers

Tuesday, February 14, 2012

Kehilangan Yang diAmbil Tuhan...

Tak Pernah terfikir olehku
tak sedikitpun ku bayangkan
Kau akan pergi tinggalkan ku sendiri
Begitu sulit kubayangkan
begitu sakit kurasakan 
Kau akan pergi tinggalkan ku sendiri..
Dibawah batu nisan kini
Kau telah sandarkan 
kasih sayang kamu
bagitu dalam 
sungguh ku tak sanggup ini terjadi
kerna ku sangat cinta
Inilah saat terakhirku melihat kamu
Jatuh airmataku
Menangis pilu
hanya mampu ucapkan SELAMAT JALAN KASIH..
1 Jam saja kutelah bisa mencintai kamu dihatiku
namun bagiku melupakanmu butuh waktuku seumur hidup...

Wah3..feeling jer dengar lagu ini 'Saat Terakhir' oleh ST12....
Memang payah untuk menerima kenyataan bila kita kehilangan orang tersayang atau teman rapat untuk selamanya...Namun walau sepahit apa pun kenyataan itu kita terpaksa menelan dan terpaksa berdiri sendiri di dunia realiti...Berharap orang telah pergi itu kembali semula ke pangkuan kita seperti lirik lagu Kangen Band 'Kekasih yang dulu hilang kini telah kembali pulang' adalah sesuatu yang mustahil.. Yang pergi biarkanlah pergi kita yang hidup perlu teruskan hidup...Perlu mencari kebahagiaan disisi yang lain semoga Kepergianmu tak akan merubah apa pun, Semoga mampu ku lawan kesepianku... 

7 Tahun hidup tanpa kasih sayang dari seseorang yang disayangi..tanpa perhatian dan tatapan membuatkan hatinya benar-benar beku untuk menerima kehadiran insan lain dihati... Bukan tiada yang datang menawarkan cinta tapi entah mengapa hatinya tidak sedikitpun tercuit untuk menerima semua insan-insan tersebut. Baginya hanya insan itu yang selayaknya menerima cinta dan kasih sayangnya,, hatinya sentiasa berharap bahawa insan itu akan datang menjemputnya suatu saat nanti tanpa di sedari bahawa semua itu adalah mustahil... Dia juga takut untuk menerima cinta-cinta yang hadir kerana bimbang insan yang disayangi itu akan bersedih..Sehinggalah kehadiran seorang insan yang begitu asing dalam hidupnya datang menawarkan cinta yang sangat diragui ketulusannya dan keinkhlasanya... Persahabatan dan gurauan insan tersebut membuatkan dia berfikir bahawa yang pergi tetap pergi... Namun, ingatanya pada yang telah pergi tetap utuh.. Saat bersendirian dan kesunyian bertandang akan mengingatkan dia pada yang telah diambil Tuhan... Dia tidak mahu cintanya dirampas... Jauh disudut hatinya dia berharap bahawa dia dapat membuka pintu hatinya utk insan baru dan dia berharap agar agar insan baru sabar menanti dan melayan kerenahnya yang terkadang tidak mahu tunduk pada perasaanya yang ingin dicintai dan mencintai, dia juga berharap insan baru itu hadir membawa sinar baru dalam kehidupanya dan mampu menundukkan egooan yang setelah sekian lama tertanam dilubuk hati itu... 

Cinta dengarkanlah ku ingin mendegar suaramu 
nyanyikan lagu-lagumu bila ku rindukan kamu
Cinta relakanlah akhiri cerita tentang kita
ku tahu berat bagiku untuk melepaskanmu
Kutahu berat bagiku melupakanmu
Sesungguhnya kasih sayangku tiada batas
Namun secepatnya engkau harus kulepas
Sesungguhnya engkaulah makhluk yang ku sayang
Cinta maafkanku kerana aku terpaksa melupakanmu
kerana anganku untuk bersamamu 
tak kan bisa tercapai..
Cinta relakanlah aku mencari cinta pada insan lain
Maaf kerana terpaksa melupakanmu...

Begitulah rintihan hatinya setiap hari, Dia sedang berusaha dan terus berusaha untuk meneruskan hidupnya yang baru tanpa kenangan-kenangan sedih yang ditinggalkan... Dia cuba berjanji pada dirinya untuk melupakan segala peristiwa hitam yang berlaku itu... Semoga akan hadir insan yang berjaya membuka pintu hatinya...







Wednesday, February 8, 2012

Kenapa Mesti Wujud 2 Pilihan dalaM 1 Masa...???

Assalammualaikum....
Kalau tak silap saya ini entry pertama sejak 2012 menjelma.
Errmmm...maklumlah busy lah katakan...hehehehe
Hari ini ingin meluahkan sesuatu yang terbuku dihati..
Jam 9.00 pagi  aku mendapat call dari Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu..
"Hello, Cik, saya bagi awak 10 minit untuk fikir samada awak terima atau tak tawaran guru sementara ini"
Ya Allah, satu-satunya bidang perguruan Geografi yang aku minati..
Hanya Allah yang mengerti akan perasaan yang bergelodak di jiwa...

Teringin nak flashback balik kenangan2 lama mengenai 2 choice in 1 time...

1. Masa selepas SPM dpt tawaran nurse KPJ Helath care dan daftar Form 6..Huh.. menyirap jugak darah bila tahu org yang call time bg masa 10 minit nak jawapan...

2. Exam STPM last paper dengan interview pegawai penjara..last-last aku pilih teruskan dengan STPM..

3. Outborn India dan Kerja ngan Rayhar... Ya Allah time tu jugaklah diaorang nak jawapan... sehari bagi masa untuk pikir...Sabar jerlah...

Tapi Alhamdulillah, setiap pilihan yang aku buat tidaklah aku menyesal kerana aku sedar tidak semua yang kita harapkan itu kita akan dapat..Kerana Firman Allah yang bermaksud:
"barangkali kamu tidak menyukai sesuatu sdgkan ia baik bagimu, kamu tidak mengetahui sedang Allah mengetahui"

Tak mengapalah mungkin ini ujian buatku..mudahan dapat menambah sahamku diakhirat kelak.... 

Sayu bertandang lagi..
Menguji kekuatan hati,
Walau berdiri dalam ramai..
Sepi itu datang,
Wahai hati, cuba bersabarlah,

Dalam santun Allah hadirkan penghibur,
Dalam senyap Allah takdirkan pelita,
Dalam sopan Allah kurniakan darjat istimewa,
Yang tidak diduga oleh hati..

Ya ALLAH, Ya Rahman, Ya Rahim..
Kasihku tetap satu pada jalan yang telah KAU tetapkan,
Aku tidak pernah berputus asa pada jalan ini..
Aku bahagia dalam kelam,
Aku cekal dalam kepayahan,
Aku tenang dalam sukar,
Kerana ini yang mengajar aku erti hidup

Biar jutaan manusia berkata,
Biarlah...
Yang pasti ku pohon redhaMU..
RahmatMU agar senantiasa mengiringi jalanku
Kerana tanpaMU aku pasti rebah..
TanpaMU aku pasti lelah
Tanpa cahayaMU aku pasti hilang arah..

Ya Malikul Mulk,
Kuatkanlah semangatku dalam lemah
Berilah kasihmu dalam tiap kesukaran
Agar ianya menjadi mudah
Melayari sebuah kehidupan yang berliku
Sesungguhnya kasih sayangMU tidak bertepi
Kirimkanlah aku kasihMU,
Agar hidup lebih sempurna dan bahagia...
Amin...