Followers

Tuesday, May 31, 2011

menjenguk seketika..

Haiii to all my readers...
rasanya sudah lama tidak menjenguk blog ini
kesempitan waktu dan kepenatan yang melanda diri
sejak akhir2 ini membataskan aku untuk menulis..
Ini pun sekadar mencuri waktu utk menulis..
ermmm..rasanya masih belum ade idea utk menulis
tp aku ingin kongsikan dengan kalian semua ayat2 al-quran
dari juzuk pertama yang mudah nk baca dan ikut bacaannya..
aku pun selalu jugak belajar melaluinya...
harap semua mendapat manfaat darinya..





p/s: Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

Wednesday, May 4, 2011

Kemerdekaan yang hakiki..:p

Tanggal 4.4.2011 merupakan tarikh terakhir peperiksaan ADEA 3102
yang merupakan peperiksaan terakhir aku sepanjang bergelar pelajar Universiti Malaya..
Perasaan???
macam2..
EXCITED..SEDIH...TERHARU...
bnyk lagilah...
harap2 xdek yang sangkut lah...

inilah kemerdekaan yang xpernah aku rasakan sepanjang bergelar mahasiswa..
u know why??
bcoz No More Exam.. and no need to study...
tepat jam 10.30am then pengawas peperiksaan announce  "ATTENTION TO CANDIDATE ADEA3102..PLEASE STOP WRITING"    aku rasa macam nak jerit jer MERDEKAAAAAAAAAA!!!!!!!!
pas kuar dr bangunan peperiksaan
aku jalan pergi fakulti utk hantar xment yang last date submit 4.4.2011..heheheh
then balik2 bilik aku QADA tido aku smpai ptg...(Qada tido laju puasa haram x qada lagi):p
ngantuk kot...
hehehhehehehe

Bangun2 dari tido..
aku smayang then tetiba jer rasa sedey dan sayu..
yerlah..dh nk tnglkan life D' CAMPUS...
huh!!! ni yang nk touching lebey ni..
adoiii....
bila tgk muka kekwn sorang2..
perkhh...cm x cy pas ni dah nk berpisah ngan diorang...
paling x cy nk berpisah ngn rumate2 aku...
huh!!!! tu lah orang kata setiap pertemuan pasti ada perpisahan...
tp tkper...
klu der kelapangan n duet
aku merantau kat tmpt korang k...
klu x g ngn genk aku g ngn laki aku...
heheheheheh
Yang pasti kawin jgn lupa jemput aku..hehehehhe

Rasanya ckuplah smpai dc-ni coretan aku sebagai seorang pelajar..
pasni mungkin coretan aku lebih matang (barangkali...siapa tahu)..huah..huah..huah...
Poyo jer kan...!!
huhuhuhu
pe pun aku pasti akan merindui kalian semua...

ini untuk kekwn UM aku...

Tak mampu nak kata apa...
Tapi hati sedih sangat...
Biarlah hati, hanya kita yang tahu...

Besok, lusa, minggu depan...
semua orang akan berangkat pulang...
semua kawan-kawan aku akan pulang,
akan tinggalkan bumi UM ni....


Bila esok, lusa, dan seterusnya...

Sayang....sayang...sayangggggggg...
Korang kat mana semua?
Yang, darling, u, awak, kamooo,........
Korang kat manaaa??

Sunyi sepi.....
Baru terfikir betapa pedihnya sebuah perpisahan...
Dulu...bila bersama,,,
macam-macam...
gaduh sana, gaduh sini,
ngumpat sana, ngumpat sini,
gelak sana,gelak sini,
ketawa sana, ketawa sini...

Tanpa sedar keberlaluan masa...
dulu, kita renggang, kini jadi kawan, rapat,
dulu kita gaduh, kini dah baik semula...

tapi, apa makna semua tu?
andai perpisahan jua yang menanti???

Ya Allah!!!Tak tergambar pedihnya rasa hati...
Sungguh aku akan merindui saat-saat manis bersama kalian...
biarpun seketika dan sekelumit cuma...
tapi, kerana kalian, hidup aku di UM menjadi sangat bahagia...

Besok, lusa dan seterusnya....
tak ada lagi wajah-wajah itu...
tak ada lagi suara-suara itu,

Sungguh aku sayang korang semua!!!
walaupun aku bukan seorang yang banyak cakap, atau suka buat lawak,
tapi aku cuba mendekati semua agar aku dapat merasa kegembiraan bersama semua.

detik-detik yang terakhir ini...
sebelum semua sibuk dengan urusan masing-masing,
aku cuma nak mengaku bahawa sejujurnya.........

AKU PASTI MERINDUI KENANGAN MANIS BERSAMA KALIAN DI BUMI UM INI!!!!
AKU SAYANGGGGGG SANGATTTTTT PADA KORANG SEMUA!

Terima kasih menerangi kegelapan hidupku,
terima kasih menceriakan suasana hidupku,
terima kasih menjadi sahabatku!!!

------SELAMAT TINGGAL SEMUA n GUD LUCK PADA KEKWN YG MASIH DER PAPER LG------

p/s : bila dah balik kg, ingat2kanlah diriku kat sini ye semua!=)




Lagu UM dan Kolej Kediamanku iaitu 'KOLEJ ZA'BA'

Sunday, May 1, 2011

Aku ingin seperti.....

Aku ingin menjadi seperti Siti Khadijah,
Menjalinkan sebuah cinta yang agung,
Manginfakkan hartanya untuk fisabilillah.
Aku ingin sepatuh Fatimah,
Yang sentiasa akur tanpa menolak perintah,
Aku kagumi gedung ilmu Siti Aisyah,
Mahukan kejayaan mengiringi langkah.

Aku ingin menyelami ketabahan Siti Hajar,
Di padang pasir yang merekah,
Mengendong putera yang masih merah.
Tidak aku ingin menjadi wanita penggoda,
Fitrah dari sejarah Zuklaikha.


Jiwa ku ingin sekudus Rabiatul Adawiyah,
Tenggelam asyik dalam nikmat ubudiyah.
Ingin aku secekal Zainab Al-Ghazali,
Terkurung jasadnya di celah jeriji,
Teguh menjunjung akidah suci.


Tetapi aku hanyalah perawan..
Yang jiwanya tidak sekental Asma’
Belum teruji dengan deraian airmata Atiqah,
Yang mampu tersenyum dengan tabah.


Namun izinkan aku Ya Allah..
Izinkan aku menjadi wanita solehah,
Izinkan aku menjadi sayap kiri perjuangan,
Yang rela mati dalam keunggulan iman,
Kerana Islam merindukan kemunculan,
Muslimah, mukminah, mujahidah
Mewarisi kegemilangan serikandi ummah..

Izinkan aku Ya Allah..
Menjadi penyemarak obornya….

Atas nama Cinta

Tika mata di uji manisnya senyuman
terpamit rasa menyubur harapan
dan seketika terlontar ke dunia khanyalan
hingga terlupa singkat perjalanan
tersedar aku dr terlena
dibuai lembut  belaian cinta
Rela aku pendamkan
impian yg tersimpan
engganku keasyikan
gusar keindahannya merampas rasa cinta
pada DIA yang lebih sempurna

bukan mudah
bernafas dalam jiwa hamba
dan ku cuba menghindarkan pesona maya
kerana x upaya ku hadapinya
andai lukanya menghukum leka
diatas nama cinta
pada yang selayaknya
ku nafikan yang fana
moga dalam hitungan
setiap pengorbanan agar di suluh cahaya redhaNYA

biar sendiri hingga hujung nyawa
asal tak sepi dari kasihNYA
kerana sesungguhnya hakikat cinta
hanya DIA YANG ESA...

Mahligai Qaseh Al-Waleed

Duhai kasih,
cuba kau dengarkan
bisikan hati penuh kejujuran
dgn sepenuh keikhlasan ku dambakan pengertian
jangan kau dengar fitnah dunia kerana ianya dusta semata
menghancurkan kesucian jalinan kebahagiaan
sebenarnya aku merasa sinar cahaya yang gemilang
ketika kau beriku harapan
dan sering aku harapkan
cinta berlandaskan keimanan
dan cinta suci kita kan berkati
ku cuba sedaya agr dirahmati
perhubungan yang telah terbina
kerana pasti aku
yang akan merasa pedihnya kehilangan
insan sepertimu..

Tuhan berikanlah ketabahan hatiku
untuk membina impian kasihku