Followers

Wednesday, December 18, 2013

Adik itu

Saat pertama bertentang mata dengan adik itu
Aku rasakan dia seorang pemalu
Tapi aku tidak tahu
Memang benar pemalu
atau malu itu hanya didepan aku

Semalam aku jumpa dia
Wajah polos miliknya
Masih tetap sama 
seperti semalam-semalamnya yang aku jumpa

Adik itu,
sangat baik
sangat bijak
sangat kacak
sangat segak
Tetap sama dan mudahan takkan terubahkan sehingga selamanya

Semalam jua.
aku tergerak hati untuk bertanya
'Dik mau jadi apakah kamu di hari2 besarmu kelak??'

Adik itu menjawab
'Adik nok jadi askar mcm abah'

Arghh...Aku sentap
Tersentuh...
Jawapan tulus dr seorang anak yang begitu merindui abahnya
Abahnya yang kini sedang aman disisi Tuhan.

Aku tahu,
adik itu belajar bukan utk dirinya semata
Tapi juga utk keluarga
Aku tahu
Adik itu sangat mengerti jerih payah ibu
yang melahir dan medewasakanya

Adik.
Moga ada syurga menantimu di sana kelak
atas solehnya dirimu
Moga ada kejayaan menantimu sepanjang hari-harimu
Moga ada redha Tuhan di setiap hela nafasmu

Adik,
perlu tabah
perlu gagah
usah resah
usah goyah


Tentang jiwa seorang anak seorang adik yang mengerti kepayahan kesusahan keluarga dan tentang hati seorang anak yang menyimpan rindu yang menggunung pada seorang yang digelar 'abah'

Sunday, November 24, 2013

Handsome Like Jack Vs Sukun Benyek

Pernah dengar tak lirik lagu Ainan Tasneem 150 juta kali tue??

"Kau sangat manis aku ini pula dawai besi"

Dia selalu cakap
Oh!!My girls i'm handsome Like Jack

Dan saya pula selalu cakap
Hey you!! Im pretty like sukun benyek...

Lalu dia cakap
"Kau giler"

Itu lah dia..
Yang saya kenal
Selalu rasa diri hensem

Bila saya cakap
"Tolong jangan perasan"

Dia kata

"Apa yang Allah jadi itu semua indah semua cantik"
"Cantik tu kan subjektif"

Dia kata lagi

"Kebahagiaan bukan letaknya pada rupa tapi ditentukan oleh 'work hard'
Sejauh mana kita berkerja keras untuk memastikan kebahagiaan kita"



::Tentang satu pasangan yang punya karakter berbeza.Si teruna penuh sopan si dara penuh kekasaran..::

Thursday, November 21, 2013

Masih Mencintai

Jika Teringat tentang dirimu
Berlinang air mataku
Ku rindu saat-saat bersamamu
Kasih sayangmu padaku

Namun kini kau bukan milikki
dan berakhir sudah cintaku
biarkan saja hatiku bicara
ku masih sayang padamu

Aku selalu mendoakanmu
agar kau bahagia
bersama dirinya
Selamanya

Mengapa mudahnya hatimu mendua
kulapangkan dada walau aku terluka
semoga bahagia bersama dirinya
kerana kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang kurasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga kubisa untuk melupakanya
kerana ku masih mencintainya

::Ini sebenarnya lirik lagu dari kumpulan papinka yang bertajuk Masih mencintai... Pernah terjadi dalam kehidupan kita bila mana orang kita suka, orang yang kita harapkan untuk hidup bersama walaupun tanpa berbicara walaupun tanpa bersua..Tapi bila mana saat kita tahu si dia telah menduakan kita dalam diamnya...Si dia menduakan kita dalam wajah polosnya sungguh menyakitkan..sungguh memilukan kita. Walau seperit apa pun walau sepedih apa pun kita harus akur dengan ketentuan itu ::

Saturday, November 16, 2013

Doaku untuk bajingan

Doaku untuk bajingan itu
Semoga ada cinta tulus untukmu
Semoga ada cinta sejati untukmu
Semoga ada insan yang ikhlas menyayangimu

Doaku untuk bajingan itu
Semoga kau berbahagia dengan hidupmu
Semoga kau bergembira dengan pilihan hatimu
Semoga kau temui insan tulus mencintaimu

Doaku untuk bajingan itu
Semoga suatu hari kau akan sedar
Semoga suatu hari akan hilang butamu
Semoga suatu hari kau tak lelah mengejar

Aku maafkan segalanya
Aku halalkan semuanya
Aku redhakan apa-apa saja

Maafkan segalanya....



:: Pernah tak kau rasa bagaimana sakitnya ditipu hidup2 oleh orang yang kau percaya? Pernah tak kau rasa bagaimana si bajingan itu berkomplot dengan musuhmu untuk menikammu dari belakang?? Namun lebih baik memilih utk memaafkan dan berlalu dari hidup mereka jauh2....adioss::

Rindu

Bila rindu itu datang bertamu
Hatiku akan retak seribu

Bila rindu itu datang bertamu
Aku bisu

Bila rindu itu datang bertamu
Aku kaku

Bila rindu itu datang bertamu
Aku kelu

Rindu
Pergilah dikau dari hidupku
Jangan pernah ganggu aku
Biarkan aku sendiri
merawat luka sendiri


Rindu,
Aku minta kau pergi jauh-jauh
Aku mahu melangkah dengan penuh gagah
Sila pergi jauh-jauh
Tolong jangan buat aku lemah



:: Puisi ini ku garabkan dalam otakku semasa di dalam flight ke indonesia..::

Thursday, November 14, 2013

Lelaki Serabai Busuk dan Canggung itu

Hey Lelaki
Kau serabai
Kau busuk 
Kau canggung

Hey lelaki serabai busuk dan canggung
Aku minta kau jaga diri

Hey lelaki serabai busuk dan canggung
Aku minta kau hati-hati bawa hati

Hey lelaki serabai busuk dan canggung
Aku minta kau jangan lupakan ilahi

Hey lelaki serabai busuk dan canggung
Aku minta kau jaga solatmu kerana itu sendi agama

Hey lelaki serabai busuk dan canggung
Aku minta kau jaga diri
untuk aku yang tak pernah kau temui

Hey lelaki serabai busuk dan canggung
Aku akan tetap menanti
meski kau tak pernah aku jumpai

Hey lelaki serabai busuk dan canggung
Aku tahu kau gigih jiwanya
meski sering dikeji nista

Hey lelaki serabai busuk dan canggung
Terkadang aku kasihan
entah bagaimana kau mampu bertahan

Hey lelaki serabai busuk dan canggung
aku menyaksikan jatuh bangunmu
gagah lemahmu
tidur bangkitmu
patah tumbuhmu
dalam setiap mimpiku

Hey lelaki serabai busuk dan canggung
Sambutlah rasa hormatku
dari  seluruh wanita
moga nanti
akan datang hari
kau betul2 aku hargai
sebagai insan bergelar suami

#inicintabudubelacanku