Followers

Saturday, November 16, 2013

Doaku untuk bajingan

Doaku untuk bajingan itu
Semoga ada cinta tulus untukmu
Semoga ada cinta sejati untukmu
Semoga ada insan yang ikhlas menyayangimu

Doaku untuk bajingan itu
Semoga kau berbahagia dengan hidupmu
Semoga kau bergembira dengan pilihan hatimu
Semoga kau temui insan tulus mencintaimu

Doaku untuk bajingan itu
Semoga suatu hari kau akan sedar
Semoga suatu hari akan hilang butamu
Semoga suatu hari kau tak lelah mengejar

Aku maafkan segalanya
Aku halalkan semuanya
Aku redhakan apa-apa saja

Maafkan segalanya....



:: Pernah tak kau rasa bagaimana sakitnya ditipu hidup2 oleh orang yang kau percaya? Pernah tak kau rasa bagaimana si bajingan itu berkomplot dengan musuhmu untuk menikammu dari belakang?? Namun lebih baik memilih utk memaafkan dan berlalu dari hidup mereka jauh2....adioss::

Rindu

Bila rindu itu datang bertamu
Hatiku akan retak seribu

Bila rindu itu datang bertamu
Aku bisu

Bila rindu itu datang bertamu
Aku kaku

Bila rindu itu datang bertamu
Aku kelu

Rindu
Pergilah dikau dari hidupku
Jangan pernah ganggu aku
Biarkan aku sendiri
merawat luka sendiri


Rindu,
Aku minta kau pergi jauh-jauh
Aku mahu melangkah dengan penuh gagah
Sila pergi jauh-jauh
Tolong jangan buat aku lemah



:: Puisi ini ku garabkan dalam otakku semasa di dalam flight ke indonesia..::

Thursday, November 14, 2013

Lelaki Serabai Busuk dan Canggung itu

Hey Lelaki
Kau serabai
Kau busuk 
Kau canggung

Hey lelaki serabai busuk dan canggung
Aku minta kau jaga diri

Hey lelaki serabai busuk dan canggung
Aku minta kau hati-hati bawa hati

Hey lelaki serabai busuk dan canggung
Aku minta kau jangan lupakan ilahi

Hey lelaki serabai busuk dan canggung
Aku minta kau jaga solatmu kerana itu sendi agama

Hey lelaki serabai busuk dan canggung
Aku minta kau jaga diri
untuk aku yang tak pernah kau temui

Hey lelaki serabai busuk dan canggung
Aku akan tetap menanti
meski kau tak pernah aku jumpai

Hey lelaki serabai busuk dan canggung
Aku tahu kau gigih jiwanya
meski sering dikeji nista

Hey lelaki serabai busuk dan canggung
Terkadang aku kasihan
entah bagaimana kau mampu bertahan

Hey lelaki serabai busuk dan canggung
aku menyaksikan jatuh bangunmu
gagah lemahmu
tidur bangkitmu
patah tumbuhmu
dalam setiap mimpiku

Hey lelaki serabai busuk dan canggung
Sambutlah rasa hormatku
dari  seluruh wanita
moga nanti
akan datang hari
kau betul2 aku hargai
sebagai insan bergelar suami

#inicintabudubelacanku

R vs L


Lelaki,
Hal teratas dalam hidup dia adalah 'Respect'

Wanita
Perkara paling utama dalam hidup dia adalah 'Love'

Itu sebablah Allah suruh kita sebagai isteri hormat dan taat suami
selagi tidak melanggar syarak

dan Sebab itu jualah Allah suruh suami cintakan isteri

Nampak tak???

Apa yang Allah suruh itu sungguhlah indah
sebab Allah yang ciptakan kita
jadi Allah lebih tahu dan faham kita lebih dari kita faham diri kita sendiri..

p/s: Sayang Isteri bukan sayang awek Hokeey!!!

#Inicintabudubelacanku

Reunion di Wedding kawan..


Nak jumpa memang payah
Sebab masing-masig punya tanggungjawab
Kalau dah jumpa memang bawak masalah
Sorang-sorang perangai macam ape daaa..

2 November menyaksikan hari bersejarah
Bff aku sudah dikebas orang
Takper aku redha
Sebab laki dia ustaz

Dah nama wedding Bff
Yang busy nak mati pun
Semua amik cuti
Sebab dah tahu
Time wedding lar semua 
pakat nak peluk2 cium2

Barakallahulakuma wabaraka a'laikuma wajama'a bainakuma fikhoir


Kawan sampai mati
Itu satu janji

Fynn Jamal Said

Fynn Jamal Said:

Kita 

Tak

Perlukan

Degree

Untuk

Buat 

Sesuatu

Menjadi 

sesuatu