Followers

Thursday, November 14, 2013

Mr.Everything


Mr. Everything said::

'Ini bukan soal hidup dan mati

Tapi ini soal pompuan yang aku pilih untuk aku hidup sampai mati'



#cintabudubelacan

Wednesday, November 13, 2013

Caci vs Maki vs Seranah


Mereka tanya
Mengapa aku begini
Jawab aku..
Aku selesa begini
Kau apa peduli???

Mereka tanya
APa kau tak risau
Sama caci maki orang??
Jawab aku
Aku pernah diseranah
Aku bekasan cacian orang
Aku dituduh perosak hubungan...

Biarkan mereka berkata
Aku tak kisah
sebab aku tahu
Aku ada Tuhan
Tuhan Tahu niat aku

Dipersilakan mahu membantai
Selagi Allah sudi sayang aku
Aku KEBAL!!!!

Untukmu si mulut neraka

aku simpan seranahmu dalam liang telinga
dengan harap yang aku gunungkan dari sebutir zarah hati,
semoga diciptakan tuhan suatu hari nanti untuk aku
ambilkan semula dan paksa kau jilat kembali.

aku pegang cacianmu dalam salur kerongkong
dengan mimpi yang aku campingkan dari secebis ngilu,
semoga dikenankan tuhan suatu hari nanti untuk engkau
dapatkan semula dan kunyah setiap satu persatu.

kerana bahasamu yang kau pinjam dari iblis itu,
terlalu indah bunyinya sehinggakan aku mahu sekali
simpankan dan pegangkan sehingga suatu masa
yang kau jilat dan kunyahkan dengan hina.

kerana aku tidak reti untuk mati,
semata2 untuk lidah yang kau sewa dari neraka.


Dan 1 hal yang kau harus ingat
Suatu saat kau bisa berdepan
dengan apa yang telah kau bahasakan


pernah tak bila kau dimaki orang, yang kau sudah tidak mampu lagi utk berbuat apa2, yang kau senyum sahaja dan terbayangkan di suatu hari nanti bila si mulut cacar itu terpaksa menelan semula bahasanya? oh betapa indah hari kebenaran terongkar.

Aku Perempuan Keding!!! TQ Mealshake

Kau sudah tahu aku perempuan keding
Pergilah!!
Kau sudah tahu aku perempuan keding
Berambuslah!!!
Kau sudah tahu aku perempuan keding
Jauhlah!!!
Kau sudah tahu aku perempuan keding
Blah lah!!!!

Kau kata aku tak makan
Kau kata aku dibuat orang
Kau kata aku macam2
Kau kata aku giler bayang

Persoalan aku mengapa kau masih disitu??
Persoalan aku mengapa kau masih dekat aku??
Aku yang gila atau kau yang dah nak kaku!!!

kau tau bila aku bencikan sesuatu itu akan aku katakan dengan bahasa yang sepedas-pedasnya
kau tau di setiap kemarahan itu aku hamburkan segala nista
kau tau bila aku benci akan aku katakan terus pada mata itu
kau tau bila aku marah aku akan ludah, aku akan katakan "berambuslah!"


Hari ini aku cuba ubah diri

Dari keding kepada bambam
Itu azam aku setiap tahun
Yang entah bila akan berakhir
KAU APA TAHU!!!!

Hari ini aku cari makan

Aku tibai Mealshake..Aku balun ESP..Aku telan Vitalea
Perkhh...Bulan ni aku naik 2 kg...
Apedehall
Jadi aku pulun lagi utk next order

Hey Kau...

Si mulut Longkang
Hey Kau
Si mulut tongkang
Hay Kau
Si mulut tong dram

Jangan heran jangan pengong

Kalau orang gelar aku ratu 
Ratu sihat Ratu cantik Ratu agama 
Suatu hari nanti..
kohkohkohkoh













Tuesday, November 12, 2013

Oh!! Cikgu-cikgi



Sebab ape orang dulu2 belajar cerdik..Tak bebal..yang bebal kepala besi pun boleh lentok jadi menteri sekarang...
Sebab dulu cikgu garang/bekeng/tegas
Kalau kena sound ngan cikgu pun dah rasa mcm nak sorok muka dalam lubang jamban ini kan lagi kene denda... xtaw nak sorok mana muka...

Sebab dulu cikgu garang..
Kalau kena sound ngan cikgu pun dah rasa mcm nak sorok muka dalam lubang jamban ini kan lagi kene denda... xtaw nak sorok mana muka...

Pernah sekali kena denda jalan itik waktu xlulus fizik.. Awk hengat kena jalan dalam makmal jer ker!!! Hotak dia..saya kena pusing satu bangunan makmal kot.. Sebelah bangunan tu kelas.. Satu sekolah menyaksikan hari bersejarah dalam idop..!!! Bila balik umah adik saya lapor kat mak ayh saya yang sy kne jln itik kat skolah..Memang bala btol kalau adik duk satu skolah nie.. Tapi xdek plak mak sy nak back up  siap angkat 'Thumbs up' lagi. hadoo. Silap ari bulan kne tibai lagi ngan bapak sy...Malu giler...

Budak skarang org ganu kata lenjeee/Manja/Lembek
ckit2 balik ngadu kat mak bapak
Jenis mak bapak yg skolah takpe ler.. Selidik dulu asal cikgu tibai anak dia
Kalau kne jenis yang mak bapak terlebey educated.. Siap lar ko cikgu.. Ko tibai  ank aku..aku tibai ko kat court...Hahhaha
Oh..donya3

Ape ler pekdahnya ko saman cikgu
Nak kata cikgu ni golongan yang tak guna ke cmne??
Sekarang bila ade kes cikgu kne saman kat akhbar sy sengeh jer ler...
standard lar rakyat malaysia tak suka cikgu..Biasa benor dgn difficult parents yang suka cari salah cikgu...

Pernah ler masa ngajo dulu
Time temu murni dh jd lumrah mak bapak sound cikgu xreti didik ank.
Paling best pergi serang cikgu.. Giler betol!!!
dear parents,
if your kids fuck up
dont blame others.
you send them to school
ALL FUCT UP
pastu marah kenapa dia create problem kat sekolah.

Aiyoo..Kita nak pandaikan ank2 kita
kne lar ade kerjasama
not poiting fingers.
Kids learn at home first..

Tuduh2 ni memang senang
Ibaratnya ko nak kaya tapi ko salahkan bank negara sebab tak bagi ko duit..
 contoh : Aku tak kaya sebab salah orang tak bagi aku duit..
Bapak bodohnya org berpikiran cmni...

Bawak bersabo ler cikguuu oiii...

Aku Percaya





Kata Syeikh::

'barangkali suatu dosa yang merendahkan dongak 

adalah lebih mulia dari pahala yang membesarkan diri."




To lose a habit is to lose a friend



to lose a habit is to lose a friend.

hakikatnya

tak ada satu manusia pun dalam dunia ni yang jahat secara total.

macammana samseng pun seorang penyangak

dia bayar nasik campur yang dia order disulamkan lafaz 'terima kasih'.

macam mana tahi pun seorang perompak

dia pernah belanja kawan dia kfc
.
tak kiralah belanja pakai duit haram.

niat dia nak belanja.

kerana itu

setiap apa yang terzahir

bukan milik kita untuk mempersoalnya. kecuali tuhan.

maka hati2 ketika bercakap2 tentang dosa orang.

hati2..kerana ada kemungkinan yang memberitahu engkau untuk bercakap tentangnya 

bukanlah hati engkau namun syaitan juga.

kita tak pernah tahu tentang orang.

siapa dia.

bagaimana mereka.

kita takkan pernah tau.

tak ada manusia normal tidak kisah merasa palat.

mana2 manusia ada akal tak suka jadi jahat.

but we have to...

Gadis itu!!! Kenalkah???


kenalkah kalian pada gadis itu
yang mukanya manis suaranya merdu
ke mana pergi mentari kan menari
hadirnya dia sepi kan pasti pergi

gadis itu sanggup memberi jika kau pinta
akan cebisan akhir rotinya walau engkau siapa
tiada balasan melainkan satu
kau sudi mencintanya ke akhir waktu

kenal atau tidak kau akan gadis itu
yang ketawanya ceria menutup sendu
taukah kau tentang renungnya yg tembus ke tujuh langit
sedarkah kamu akan hatinya yg merintih sakit

semua berkata ‘akulah temannya’ ‘akulah sahabatnya’
namun hakikat kenalkah kau dia
apa kau tau yang gelaknya nan riang
sekadar luaran yg tentunya jelas di tika terang

jujur sajalah, taukah kau yang di balik segala
di penjuru malam, tika bulan berselimut, setelah habis semua ketawa
sendirian gadis itu mengalirkan kesepian
lewat mata bundar yg asalnya kau kira menawan

mariku perikan kisah gadis ini
yang di sekian gelap jiwanya bernyanyi
menzikir nama kekasih yang tak pernah ujud
menanti kehadiran seorng pecinta untuk mencintanya dgn zuhud

dia ingin disayang dia mau dikasih
dia hendak dimanja diulit cinta bersih
namun tahukah kamu keinginan hatinya
atau sudahkah manis bicaranya buat kau buta

dia menyeru untuk ketemu di syurgawi
bosan amat dgn segala topeng hipokrasi
yang dia pakai sekian lama membahagia manusia
selain dia selain dirinya

kenalkah dikau pada kepenatan semangat si gadis
terlalu penat sehingga akalnya mengeluh sadis
zahir dia punya ramai taulan berjuta teman
hakiki, di hujung malam tetap dia sendirian

biar aku khabar pada kamu
gadis itu sedang menunggu dan sentiasa menunggu
datangnya satu lelaki yg bisa merangkul jiwanya
dan membawanya pulang ke desa asmara

kau takkan kenal gadis itu
kerana bijak benar dia menipu
kau takkan tau kerna dia malu menunjuk kosong hidupnya
kau takkan bisa kerna kau takkan mau percaya

di balik senyum yg kau suka lihat pada si wajah
ada sembunyi satu tangisan yang tak pernah sudah
di antara tawa yg dia pamer untuk kau puja
ada wujud rasa bohong yg entah bila akhirnya

kenalkah kalian padanya
gadis yg mencintai semua kecuali dirinya
kenalkah kalian pada gadis itu
dia ada di dekat di sini cuma kau yg tak tau.