Followers

Tuesday, November 12, 2013

Hey Gadis!!



menjadi gadis itu memenatkan
menjadi gadis itu merimaskan
suatu kerja berat dan membeban
menjadi gadis yang ingin sendirian berjalan

keterlaluan berani akan dibenci
keterlaluan lemah akan dikeji
perlu gagah dan tak reti tewas
perlu kuat dihenyak dicantas

Hey gadis!!
bukan tugasmu memuas
manusia berbeza minda
tak akan sama
biar nalurimu beraja
mana hujung sempurna pada manusia?

kita gadis memang sering menyongsang rasa
mana cinta, mana rasa, mana dia?
dengar sini, mahalkan air jiwa kamu
simpankanlah dan hulurkan hanya pada dia itu

Hey!!!
Kita gadis
perlu tabah
perlu gagah
usah resah
usah goyah

ayuh gadis,
berhentilah kau menangis


Sunday, November 10, 2013

Cerita Breakfast..


Cik Qaseh tahu lar sekarang dah tengahari
Tapi biarlah nak story gak pasal breakfast...hehhe

Selalu saya breakfast lewat taw..
Kadang pukul 10.30 baru jumpa sarapan pagi.
Al-maklum lar busy kalah PM... :p

Badan selalu jer lemau..
Kerja pun jadi tak bersemangat..
Lepas tu saya puas pikir apa nak buat..
Nak taw apa saya buat??

1. Saya list what i should do today!! Sebelum tidur wajib buat
2. Breakfast paling lewat jam 8.30 pagi.
3.Wajib minum ESP shaklee selepas breakfast
4.Kene selalu set dalam minda perkara2 yang positif

dan banyak lagi lar..

Alhamdulilah berkat kesabaran dan disiplin saya...
Kesihatan pun bertambah baik
Sejak amalkan ESP kan,,kan,,kan
Kulit saya jadi tak kering.. Lembap jer..
Satu lagi bila cuci muka rasa mcm lembut jer kulit muka..
xdek lg dah feeling pegang muka mcm pegang tempurung nyor org ganu kata (Kelapa)
Alhamdulilah..dengan izin Allah..




Bukan nak cakap lar kan..
Hari ni cik Qaseh breakfast Nasi Kerabu
Ma sha Allah sedap berjetak-jetak... tambah pulak dengan ESP tercinta
lagi berjetak-jetak..heheheh
Harga RM1.50 jer... Berbaloi-baloi



Itu jerlah cik Qaseh nak story hari ini...Hehehhe..
Jangan Marah Naa...

Full of love Qaseh Al-Waleed


KeranaNYA aku tinggalkanmu..KeranaNYA jua aku bertemu sesuatu


Dalam kembara sebuah keinsafan
Dalam kembara memperbetulkan keadaan
Dalam perjalanan menuju Tuhan
Adakalanya kita terpaksa mengorbankan apa yang kita sayang
Tidak ada cinta tanpa pengorbanan
Sebagaimana dalam peristiwa hijrah
 para sahabat yang mencintai Allah dan Rasulullah
sanggup meninggalkan keluarga dan ibu bapa
untuk menyahut seruan Allah
dan menegakkan agama Allah..

Begitu jualah kita sebagai hamba
dalam pembuktian cinta kita kepada Allah dan Rasulullah
Kita harus meninggalkan sesuatu yang Allah larang

Tiada istilah cinta sebelum nikah dalam islam
Namun jatuh cinta itu fitrah manusia
Saya tidak menyatakan bahawa jatuh cinta itu salah
Tapi bagaimana anda mengzahirkan perasaan anda pada orang yg anda cintai itu
yang menentukan ianya salah atau tidak

Bergayut xtentu masa --> Salah
SMS pd yang tidak penting --> Salah
Berdating --> Salah
Berdua-duaan --> Salah

Definisi Cinta menurut Hilal Asyraf :
"Sekiranya benar cinta mesti kita mahu bersama hingga ke syurga..Apa-apa yang membawa ke neraka itu bukan cinta namanya."

Jom baca sketsa dunia dibawah..

Pernah dulu aku menyintaimu menyayangimu dengan cara yang begitu salah disisi agama
Namun bila saat Allah menghadiahkan aku dengan satu kesedaran
Aku mula menjauhimu tanpa sebarang pengesahan
Lantas, kau membentak meminta penjelasan
Dengan penuh rendah hati aku menjelaskan satu persatu
aku ajak kau dan diriku sendiri
untuk kembali pada fitrah cinta yang berlandaskan agama..

deminya ku tinggalkanmu sementara ,
walaupun diri ini sukar utk melupakanmu,
namun apakan daya, antara engkau denganNYA,
DIAlah segala-galanya
biarlah kita berpisah dahulu,
membawa hala tuju masing-masing,
menggapai cita-cita,
bila tiba saatnya, kita pasti bersua,
saat itu, aku sedia menerimamu,
sebagai teman hidupku.. 
kerana Allah melebihi segala-galanya

Aku tahu dalam penantian itu ada penyeksaan.. 
Namun seandainya kita yakin dengan janji Rabbul izzati
Pasti semuanya dilalui dengan penuh kesabaran dan ketaatan padaNYA
Dalam sujud panjangku aku sering berdoa bahawa kau adalah imamku kelak
Aku tidak menuntut banyak darimu melainkan kesabaran dan doa..

Namun, hancur luluh hatiku
saat Allah memberi jawapan dalam setiap doaku
Kau lebih memilih dia..
Katamu, si dia mecintaimu lebih dari segalanya
Katamu, si dia menghargaimu lebih dari segalanya
Katamu, si dia memahamimu dr segenap sudut
katamu, si dia sentiasa bersamamu tika susah senangmu

Tiada lagi kata yang terucap dari bibirku
dalam kesedihan ku hayati kalam penciptaku dalam surah Al-Baqarah ayat 216 ::

' Dan mungkin apa yang kamu benci itu adalah baik untukmu dan mungkin apa kamu sukai itu adalah buruk untukmu..Allah lebih mengetahui sedangka kamu tidak mengetahui'

Dari ayat ini aku mengerti bahawa kita sebagai hambaNYA tidak boleh terlalu mengukur sesuatu melalui akal semata-mata kerana Kita merancang Allah yang menentukan...

Aku lega..Aku tenang..Aku senang dengan kepergianmu dari hidupku
Itu saja yang dapat aku katakan
Tidak ada sekelumit dendam yang tecipta dihatiku untukmu
hanya rasa syukur ke hadrat Allah swt

Hatiku berkata 
'Tidak mengapalah aku redha dengan segala ketentuanNYA'
kerana aku yakin dan percaya
saat aku meninggalkanmu kerana aku takut pada azabNYA
saat aku meninggalkanmu aku tidak mahu kau dan aku terhanyut dalam cinta nafsu
Meninggalkan sesuatu kerana Allah itu tidak pernah rugi kerana Allah janji akan memberikan yang lebih baik

dan hari ini saat ini dan detik ini
aku lebih bahagia bersama cinta penciptaku
dan Allah jua telah menyiapkan cinta seorang insan yang bergelar suami..
Cinta yang jauh lebih suci dan diredhai.....


Tamat sketsa dunia...

Jadi, buat adik2 kakak2 yang kucintai..
Saat kamu kehilangan org yang kamu cinta
kerana kamu mahu berhijrah biarkan dia berlalu dari hidupmu
Kerana Allah telah mempersiapkan cinta high class untukmu
bukan cinta sambal belacan...









Friday, September 27, 2013

Tiada yang sempurna


Kesempurnaan itu tidak terletak pada Manusia
melainkan hak mutlak Allah swt..
Kesempurnaan itu tidak wujud dalam diri manusia
melainkan dengan rahmat dan kasih sayangNYA
Kesempurnaan itu tidak ada pada manusia
melainkan manusia ini diciptakan untuk melengkapi antara satu sama lain..

Bukan kah kita ini dicipta Tuhan
Saling berpasangan
Tapi punya kelemahan sini sana..
Masing-masing punyai bibit kelebihan
supaya saling melengkapi bertemu demi menyulam
kasih kerana Allah swt..





Wednesday, August 21, 2013

Pendosa bukan selamanya pendosa


Jika dulu kita :
Kesunyian jiwa kegersangan iman kehilangan bahagia sesat dipersimpangan
pengajaran bayangan seksa dunia..
Maka:
Kembali..Kembalilah pada Allah
Carilah..carilah..carilah cintaNYA..
Cinta menuju jalan Illahi,Cinta hakiki yang amat suci,Tenang terasa...rindu padaNya Bila mendapat siraman hidayah,..Mahabbahtullah
Bila kita belajar mencintai Sang Pencinta jadilah kita seperti:
Jiwa insani hidup bernadi tulus sejernih embun syurgawi saat melakar cinta sejati Allah disembah sering diingati
Rela diuji asalkan kasih bersemi biarlah derita mengubat kasih sayangNYA

syukurlah...
Allah masih menyayangi kita..
Alhamdulillah..Alhamdulilah..Alhamdulilah.
Peliharalah hidayah yang diberiNYA
Hidayah perlu dicari bukan dinanti
Bila dah dapat peliharalah ia kerana risau ia akan pergi dan tak akan kembali lagi pada kita...

Sobahulkhair....
Salam cinta dan rindu dariku : Qaseh Al-Waleed


Monday, August 19, 2013

6 Wasiat Saidina Umar


6 WASIAT SAIDINA UMAR :
1. Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.

2. Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

3. Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

4. Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

5. Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.

6. Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.

What U give U get Back!!!!


Sobahulkhair...

Dah lama rasanya saya tak update blog ini..
Patutlah dah bersawang...

Today..my story is all about my life..
Why What u give u get back???
Ermm..bcoz of my life history..

Ok... dah2 kecek omputey...hihiih
 Sebelum saya mengorak langkah untuk berhijrah
saya merupakan seorang yang suka pendam perasaan.
dan setiap kelukaan yang saya terima dari orang-orang terdekat
pasti saya akan balas balik..
Saya selalu pegang kata-kata 'What u give u get back'
Saya akan cuba sedaya upaya untuk buat orang yang sakitkan hati saya tue
rasa apa yang saya rasa even saya terpaksa ambil masa yang lama
(Jangn tiru sikap ini..tak elok untuk kesihatan)

Now, saya mula sedar..
Sejak saya belajar agama dan saya pergi ke usrah-usrah
saya berkawan dengan orang2 yang soleh dan solehah ini
saya baru sedar akan hakikat sebenar from that sentence

What u give u get back memang wujud..
but it doesn't mean kita yang akan beri apa yang orang bagi pada kita..
Dulu saya lupa bahawa manusia ini tak berhak menghukum
Tapi hari ini saya pegang prinsip What U give U get back dalam konteks berbeza..
Bila kita buat baik, In sha Allah kebaikan akan datang kepada kita dan begitulah sebaliknya..

Rasulullah saw bersabda

'Hendaklah kamu takut akan Allah dan janganlah kamu menghina satu-satu kebajikan walaupun kamu menolong penuhkan kedalam baldi pengangkat air dan juga engkau hadapkan kepada seseorang dalam masa perjumpaan dengan manis muka, dan jauhkan sama sekali daripada melabuhkan kain sehingga terkebawah dari mata kaki kerana yang demikian itu jumlah daripada takbur dan lagi tidak diredhai Allah dan jika memakai atau sumpah oleh seseorang akan kamu serta dipermalunya dengan perkara2 yang bukan2 pada kamu hendaklah engkau sabar, jangan engkau permalu akan dia hatta dengan perkara yang lain tak bukan dari sisinya, nanti kepadanya jua kembali beban itu, pada kamu tidak lain melainkan pahala dan jangan kamu maki sumpah akan seseorang (Riwayat Ath-Thayalisi, daripada Jabir bin Sulaiman)

Daripada Hadith ini saya menyedari bahawa Allah jualah tempat kembali segala hal...
Manusia itu tidak layak dan tidak berhak menghukum. Pulangkan segalanya pada Allah..
Biar Allah yang menilai dan menghukum segalanya kerana Allah itu maha adil..

Alhamdulilah,
Saya kini dapat rasanya ketenangan hidup..
Tiada lagi nak balas dendam kat orang..
Kalau sakit hati sangat i raise my hand and make du'a
Saya percaya Allah akan balas semuanya kerana tiada satu pun didunia ini yang akan terlepas dari hukum Tuhan
So, let it be....

Seriously!!!
Hati saya teramat tenang meski mata menangis saat berdoa..
Lepas mengadu merayu pada Allah
hilang sudah segala kedukaan...
Kepala otak pun tak berserabut
Hidup pun ceria..
Hari2 yang ditempuh penuh penghargaan

Saya rasa bersyukur
atas nikmat dan kasih sayang Allah..
Diberinya saya segala mcm ujian
rupanya DIA nak saya kembali cari jalan yang diredhaiNYA..

Alhamdulilah...Alhamdulilah..Alhamdulilah...

So, T.O.D.A.Y
saya pilih untuk hidup berkasih sayang
Tidak membenci..tidak berdendam..dan selalu memaafkan
Peduli orang kata.. sebab hidup bukan untuk buat orang suka..
Tapi hidup untuk berjuang dijalan Allah..

Rasulullah saw bersabda:

Bila datang engkau ke tempat tidur, hendaklah engkau berwudhuk sebagai wudhu sembahyang,kemudia berbaring diatas lambung engkau yang sebelah kanan, kemudian baca lah doa berikut:

Maksud doa: Ya Tuhanku aku serah akan diriku kepadaMU, begitu juga perkara atau pekerjaanku dan aku naungkan belakangku kebawah naungan rahmatMU, semata-mata gemar dan suka kepada keredhaanMU dan tiadalah tempat bernaung atau tempat berserah melainkan kepadaMU Ya Tuhanku.. Percaya aku dengan Al-Quran yang ENGKAU turunkan dari langit dan beriman aku dengan Nabi yang ENGKAU bangkitkan menjadi Rasul (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)



Sekian, salam kasih sayang dari Qaeh Al-waleed