Followers

Sunday, April 7, 2013

PENDOSA.. Who am i to judge other person???




Apa khabar iman kita hari ini???
Mudahan ianya semakin meningkat yerk..

Hari ini saya ingin mengupas sedikit mengenai masalah 'Label-melabel'
Apa kaitanya dengan tajuk entry hari ini "PENDOSA"
Sabar yer sayang2 semua 
nanti antum semua scroll down jerk..
Baca sampai habis
harapnya dapat membuka fikiran saya dan kita semua untuk terus berfikir..

Siapakah kita untuk menghukum manusia lain???
Jangan sewenang-wenangnya melabelkan seseorang itu 'PENDOSA"
Fikir sejenak!!!
'Apa aku ini tiada dosa??'
@
'Adakah aku ini hamba Allah yang suci tanpa dosa'

Jika jawapan anda 'YA' itu bermakna anda seorang yang riak!!!!
Jangan sangka kita yang berilmu agama tinggi kita bebas dari dosa
Jangan ingat kita yang baru sebulan dua berhijrah boleh melabelkan seseorang itu 'PENDOSA'

'Malaslah aku nak bercampur dengan korang ni.. Lantak koranglah dengan dosa korang'

'Ish, itu semua maksiat, Dia tu memag suka benda-benda maksiat ni'

Wo..wo..woooo
sebelum menilai orang nilai diri kita sendiri
tak salh nak berdakwah..Tapi gunalah cara berhemah kan
Jangan sewenang-wenangnya label orang manusia pendosa
Sila baca kata-kata dalam gambar dibawah..


Ok,, JELAS????

Cuba kita selami jiwa mereka yang masih susah meninggalkan maksiat
Bukan mudah untuk meninggalkan sesuatu yang kita cintai..
Bukan mudah melupakan sesuatu yang menjadi kebiasaan kita..

Lupakah kita,
betapa payahnya kita meninggalkan sesuatu yang kita cintai untuk berhijrah??
Lupakah kita
betapa peritnya kita di hina di caci dan di maki gara-gara ingin menutup aurat dengan sempurna??
Lupakah kita
betapa lelahnya kita merangkak mencari ilmu untuk menampal segala kejahilan kita??
Lupakah kita
betapa kita butuh sokongan orang-orang yang kita cintai untuk melakukan penghijrahan??

Saya TIDAK!! TIDAK!! dan TIDAK
pernah melupakan hal itu...

Jadi, jangan sesekali
menghina mereka yang berbuat dosa kerana kita tidak tahu bagaimana pengakhiran hidupnya
Jangan sesekali
mengumpat, mengeji mereka yang masih lalai dengan maksiat..
Jangan..Jangan..dan Jangan!!!

Kita sepatutnya
- berlapang dada menerima mereka
-Sentiasa memberi sokongan kepada mereka untuk berhijrah
-Mengajak mereka untuk sama-sama berhijrah
-lebih kreatif dalam menyampaikan kebaikan kepada golongan-golongan ini
-Kita cuba selami jiwa dan nurani mereka
-Layan mereka dengan lebih baik, Bukankah Rasulullah menunjukkan keindahan islam melalui akhlaknya??

Jadi, apa yang harus kita buat adalah sentiasalah bermuhasabah diri, dan Ber 'husnu zon' dengan keadaan sekeliling.. STOP judge other person
Jangan menjadi pelabel kejam..
Ingat setiap pendosa seperti kita punya harapan untuk kembali ke Jalan Yang Benar..
Siapa kita, siapa mereka disisi Allah tidak ada siapa yang ketahui.. Hanya Allah yang layak menilai, menghukum kerana DIA lebih tahu apa yang kita tak tahu...

So, conclusion:
Tak mungkin manusia yang punya nafsu bisa terlari walau secebis dosa
apa yang mampu kejar pahala
biarlah Yang Esa menghitungkanya




Wallahualam...






Saturday, April 6, 2013

Jom Sibuk...



Apa khabar iman kita hari ini??
Semoga ianya semakin bertambah dan terus bertambah...
Tajuk entry kali ini 'Jom Sibuk'
Aik??Kenapa jom sibuk sedangkan orang lain nak lapangkan masa dan diri..
Rilekss..Jangan salah paham dulu..
Jom sama-sama selongkar entry ini..

Hari ini saya ingin memulakan entry kali ini dengan sepotong hadis yang berbunyi:
Rasul s.a.w. telah ajar kita dalam satu hadis yang mafhumnya :
“Sesungguhnya hati ini berkarat sebagaimana besi berkarat apabila terkena air.” Baginda s.a.w. ditanya, “Ya Rasulullah, apakah penggilapnya?” Rasul s.a.w. bersada : “Ingati mati dan membaca Al-Quran.” [HR Baihaqi]

Apa pula kaitan hadis ini dengan entry kali ini???
Meh sini Cik Qaseh nak explain..
Hati umpama raja dalam tubuh badan kita.. Segala keputusan yang diambil kebanyakan ditentukan oleh hati kita. Jika hati kita baik dan bersih in sha Allah keputusan-keputusan yang kita ambil adalah baik.. Jika hati berkarat dan kotor maka buruklah keputusan yang kita ambil itu..
Dan nanti bila kita pulang kepada Allah swt tiada lain yang kita bawa selain dari hati. Hati yang menjadi tempat bertakhtanya segala kebaikan dan kejahatan, dan tempat utama berkumpulnya dosa dan pahala..
Tipu kalau seseorang itu tidak pernah melakukan dosa kan???
Dosa itu tandanya hati kita sedang kotor.. Hati yang kototr perlu dicuci..
Nak cuci dengan apa??? CLOROX ker?? SABUN FAB ker???
Aiyoo..Bukanlah..
Kita berbalik pada Hadis yang mula-mula tadi.. Rasulullah saw mengajar kita menyucikan hati dengan 
1. Banyakkan mengingati MATI
2. Banyakkan membaca Al-quran
Nahh.. Gitu dong...
Hati kita ini memanglah terlalu sukar nak jaga.. Payah yang teramat payah..
Tapi Kita mohon pada Allah banyak-banyak agar Allah beri kita kekuatan untuk mendidik hati kita menjadi hati yang mencintai Allah swt, Hati yang sentiasa rindu pada Rasulullah saw
Kat c-ni juga cik Qaseh nak gtaw u ols semua.. Hati akan mudah kotor jika kita tidak berbuat apa-apa.. Jadi kita perlulah menyibukkan diri dengan kebaikan.. 
Banyakkan beribadat kepada Allah swt
Banyakkan berada di kebun-kebun syurga yakni Masjid,surau, Madrasah dan musolla
Sibukkan diri dengan kerja-kerja amal
Siapa kata Kalau sibuk tak boleh beribadat????
Yang cakap macam tu kalau sibuk dengan hal-hal dunia semata..
Meh nak share sikit:
1. Buat sesuatu tu Niat kerana Allah
2. Bila buat kerja ingat ganjaran PAHALA yang kita dapat (tapi pastikan hati ikhlas dan kerja yang dilakukan bukanlah kerja yang HARAM)
3.Sambil-sambil buat kerja basahkan lidah dengan zikir, dalam hati pun tkper..
Ok, saya sarankan sahabat-sahabat semua try lah.. Pasti dalam kesibukan anda itu akan akan bertemu dengan sebuah ketenangan..
Sebagai penutup 
Baik atau buruk puncanya dari hati, Maka bersihkanlah hati dengan menyibukkan diri dengan perkara-perkara kebaikan yang boleh memberi saham kepada kita di Akhirat kelak:
Rasul s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud :
“…Dalam hati kamu ada segumpal darah. Apabila baik segumpal darah itu, maka baiklah seluruh (tindakan yang lahir daripada) tubuh kamu. Apabila buruk segumpal darah itu, maka buruklah seluruh (tindakan yang lahir daripada) tubuh kamu. Ketahuilah bahawa segumpal darah itu adalah hati.” [HR Bukhari Muslim]
Hati adalah raja kepada segala keputusan yang lahir daripada diri kita. Memang kita menentukan baik buruknya suatu keputusan menggunakan akal kita, tetapi yang mempengaruhi keputusan akhir kita adalah hati kita.

Sebab itu Allah berfirman :
“Maka Allah telah mengilhamkan dengan jalan fujur dan jalan taqwa. Beruntunglah orang yang mensucikannya dan rugilah orang yang mengotorkannya.” [As-syams : 8-9]
Kerana pentingnya hati dalam kehidupan seorang manusia apalagi seorang yang beriman, maka sangat penting untuk kita menjaga dan membersihkan hati kita daripada karat-karat dosa yang menjauhkan lagi kita daripada Allah s.w.t.
Bersihkan hati kita daripada karat untuk menikmati hidup yang penuh nikmat !

Renung-renungkan dan Selamat Beramal








Thursday, March 28, 2013

Mengapa SINGLE???



Salam Jumaat buat semua
Dah lama Qaseh x update blog kan..
Sekarang ni musim busy ckit...
Hari ini hari minggu bagi negeri Terengganu
Jadi ade lah masa nak update kan
Nanti lepas Jumaat nak g hantar barang kat customer and nak ambik stock baru product pulak..
Alhamdulilah.. Rezeki dr Allah sentiasa ada..
Yang penting kite harus bersyukur dengan apa yang kita ada...:)

Tajuk entry kali ini mengapa SINGLE??
Pelik jer kan..heheh
Ok, sekarang kan musim cuti sekolah
ramailah yang sahabat-sahabat dan sedara mara yang menjemput kan
Setiap kali pergi walimatulurus ada jerlah yang bertanya

Antara soalan-soalan yang cik Qaseh terima

"Aii..duk tanya2 orang..kita bila lagi"
 @
" Eh..awak bila lagi nak kawin"

Soalan-soalan gitu beselah..
Jawapan standard 'Belum sampai jodoh lagi'

Dari situ lah cik Qaseh nak luah perasaan ckit dekat blog Cik Qaseh ni...

Jangan gelar aku wanita sejati andai hidup hanya berkalang lelaki
Namun itu tidak beerti aku tidak perlukan lelaki untuk aku cintai..
Aku yakin suatu saat Allah pasti titipkan seseorang yang tepat untuk aku cintai..

Tipu kalau aku katakan aku tidak teringin bila melihat orang sekeliling mendirikan
kebahagiaan yang halal disisi Tuhan
Namun, aku yakin bahawa Aturan Allah itu yang terbaik untukku..

Rela aku pendamkan impian yang tersimpan
engganku keasyikan..
Gusar keindahanya merampas rasa cinta pada DIA yang lebih sempurna..

Bercinta?? Saya pun mau dong..
Tapi bukan dengan cara orang-orang sekarang..
memilih untuk memiliki sebuah cinta yang diredhai itulah yang menjadi matlamat..
Cuba menahan diri, cuba menguatkan hati agar tidak terpengaruh dengan trend hari ini
Saya ingin bercinta cara high class
iaitu cinta yang halal disisu Tuhanku...

Biarlah bersendiri asal Cinta pada Allah tidak terabai..
Cik Qaseh memilih untuk :

dan Cik Qaseh memilih untuk:

Ok, cukuplah dulu untuk entry kali ini..
kita jumpa lagi lain hari yerk...
As salam...







Saturday, December 8, 2012

Pesona Terengganu Part 6



Sebelum menuruskan penulisan saya untuk entry kali ini
terlebih dahulu setinggi-tinggi penghargaan kepada
teman-teman yang sentiasa menyokong dan mengikuti perkembangan  saya dan
sentiasa menantikan entry-entry terbaru dari saya..
Terima Kasih..

Ok, Hari ini saya ingin menceritakan kepada teman semua mengenai satu tempat
dimana ia terletak di Kuala Ibai
dan orang terengganu panggil tempat ini 'Lagun'

Sebagai pelajar geografi 
Saya curahkan sedikit ilmu saya disini...
Lagun @ Lagoon bermaksud satu kawasan dimana sekumpulan air masin yang terpisah dari laut.
Air masin ini mungkin dipisah oleh Pasir atau Batu atau apa-apa saja
Lagun Pantai biasanya ditemui di pantai-pantai yang mempunyai air pasang surut yang relatif..

Ok, di Lagun yang saya pergi ini berada di belakang masjid Terapung.
Kalau suatu ketika dulu, sebelum wujudnya Masjid Kristal
Masjid Terapung ini sangat popular di Terengganu..

Pemandangan disini sangat cantik..
Kalau Hujung minggu boleh lah menbawa anak-anak dan keluarga bermandi manda disini
Lagun juga berhampiran dengan Terengganu Equastrian Resort (TER)..
Pelbagai kemudahan disediakan disini..
Anda tidak perlu risau Panas..
dengan puhon Rhu yang rendang dan banyak
menjadikan tempat ini redup dan sejuk..
sungguh nyaman berada disini...

Jom, view gambar-gambar yang saya sediakan..
Tak banyak tapi cukup untuk memberi gambaran tempat ini..


Lagun...



Kanak-kanaklah yang paling seronok...Alahaiii..syoknye...



cukuplah untuk kali ini..Jumpa lagi di next entry...
Sayonara..:)



Wednesday, December 5, 2012

Be Mine


Hai U Ollssss...
Kenapa Entry kali bertajuk 'Be Mine'???
Ermm...actually saya suka sangat lagu ini..
so kekawan sumer..
Jom Layan lagu ni.... :)





Sesekali berhibur dengan lagu-lagu akustik cenggini best jugak...

Boleh berhibur tp jangan sampai jadi najis... UAI.. :)

Ok..Adiosss....




Monday, December 3, 2012

Pesona Terengganu Part 5



Ok..ini sambungan story kembara saya di negeri sendiri...
Saya dan 2 org lagi kawan yang senget 
ke Pantai Kuala Abang, Dungun Terengganu
Actually kami ke Terrapuri dan pantai ni pada hari yang sama..
Berjalan dari setiu ke dungun...
Sbb berjalan xdek tujuan cm2 lah jadinya..hehhe
kami memang suka wat keje sia-sia tp bermanfaat..
Jom explore 
Merakam keindahan ciptaanNYA melalui lensa kamera...


Pemandangan Pantai Kuala Abang, Dungun

 Pemadangan Darat Pantai ini



Ok, Dah,,Tngu utk next entry ok... 



Sunday, December 2, 2012

Pesona Terengganu Part 4



Untuk entry part 4 ini saya tak nak story panjang-panjang..
biarlah gambar yang menceritakan semuanya...
Ok..ready..1..2..3
Taaadaaaa...
enjoy it!!!

Yeayy..i'm here.. Terrapuri Heritage Village, Penarik Setiu Terengganu.... Tgk Teganu Kite tak??? Kalau tengok ni lah tempatnya... saya dan kawan saya dah sampai..anda bila lagi???


Subhanallah...Cantiknya... Pemandangan luar Terrapuri..


Pantai yang berhadapan terrapuri...




Sungguh indah Negeriku... 


Ok...Tunggu entry berikutnya.. Pantai Kuala Abang, Dungun...:)

Dedikasi: Terima Kasih Buat sahabat saya Nurul Izah Ramlan dan Zaimatu Adawiah yang setia menemani saya berjalan-jalan dan setia bawa kamera dan ambik gambar saya...heheheh