Followers

Sunday, December 2, 2012

Pesona Terengganu Part 3



Hai u Olss...
Ok untuk entry malam ni saya nak story pasal Pantai Teluk Ketapang.
Pantai ini terletak dekat dengan Lapangan Terbang Kuala Terengganu..
Dulu pantai ini tak ditambak
tapi sekarang dah ditambak..
jadi sape2 yang teringin nak duduk tengah laut pergi jer kat pantai tue..
Boleh mancing, boleh lepas tension boleh lepak2 sambil tengok laut...
Yang pasti nk duk tengah2 laut kena pakai seluat sebab 
anda terpaksa memanjat batu-batu besar
dan perlukan sedikit kemahiran dan yang penting berhati-hati...

Ok..Jom view gambar lak...


Tembok pemisah darat dan laut...


Ni lah tembok batu yang bakal anda2 panjat klu nak tgk pemandangan tengah laut..

Dekat pantai Teluk Ketapang ni awak2 semua boleh menikmati seafood celup tepung yang sedap-sedap...
banyak kedai makan yang disediakan dari makanan tradisional Terengganu hinggalah ke western...


Yummy..sotong celup tepung..My favourite...


Mee Kung Fu jadi pilihan..Lepas makan berkunfu lah kite... hehehe


Kuew teaw Hong Kong...  Yummy3,,...



Ok..tamat cite part 3... Nantikan Part 4 plak ek...
Visit Terengganu 2013

p/s: Kepada teman2 yang mengenali diri ini, bolehlah hubungi saya jika ingin datang ke Terengganu.. Insyaallah jika ada kelapangan saya akan membawa anda mengenali negeri saya yang tercinta ini...:) 

Dedikasi: Terima Kasih kepada photographer saya yang sangat chumillllll.. Tanks a lot...



Pesona Terengganu Part 2



Ok, hari ini agak kelam kabut sebab tak tahu mana satu nak update dulu
Ok, Kite utamakan yang dahulu kemudiankan yang kemudian k..
Ikot tertib...:)

Hari ini saya nak ceritakan tentang Taman Cahaya Terengganu atau orang ganu kata ICT version Terengganu.. Haaa... Nak tahu kenapa..
sebab dia ada pokok lampu2 mcm ICT kat shah Alam 2...
bezanya dekat Terengganu ia terletak berhadapan Muara Sungai Terengganu 
dari situ kita dapat melihat keindahan pemandangan Pulau Duyung dan teluk warisan atau Riyaz Heritage.
Kalau bulan disember dapat tengok Monsun Cup..

Memandangkan saya pergi tempat nie waktu siang jadi saya upload gambar waktu sianglah..
kalau nak tangok keindahan tempat ini pada waktu malam
Jemputlah datang ke Terengganu...
saya jamin kawan-kawan semua akan rasa kepuasan dan berbaloi-baloi datang Terengganu...

Ok, Jom view photo saya di c-ni


Persediaan Monsoon Cup pada 3 Disember 2012 nanti


Pemandangan Muara Sungai di Taman Cahaya Terengganu



Ok cukuplah dulu untk masa ini... Jumpa lagi di next entry... :)



Monday, November 26, 2012

Pesona Terengganu Part 1



Hai to olss reader 
Ada ker yang mengikuti perkembangan blog saya nie? :)
Ape pun terima kasih kepada yang setia dan sudi membaca dan sentiasa tertunggu entry terbaru dari saya
Terima Kasih...

Hari saya nak menceritakan satu persatu keindahan Negeri Terengganu
dimana ia merupakan tanah tumpah darah dan negeri kelahiran saya..
Untuk Part 1 nie saya nak memperkenalkan satu pantai kepada semua.. 
Al maklumlah Terengganu merupakan negeri yang mempunyai jaluran pantai terpanjang di semenanjung Malaysia...
Nama pantai ini Pantai Pandak yang terlatak di Chendering Terengganu....
Kenapa nama pantai ni pantai pandak???
Oooppssss.....saya pun tak tahu kenapa dia diberikan nama Pantai Pandak
Pantai ini sangat cantik dan berbatu-batu
sesuai untuk photoshoot kenang-kenangan or untuk outdoor wedding

Cerita Panjang pun tak guna jugak..
Jom view photo yang telah saya sediakan untuk tatapan pembaca semua..


Signboard ke Pantai Pandak


Panorama indah di Pantai Pandak... :)


Ok, memandangkan internet sangat slow..jadi ini sajalah yang dapat saya tnjukkan pada teman2 semua...
Lastly, VISIT TERENGGANU 2013..:)
Welcome to my Negeri...:p





Sunday, November 25, 2012

Dear Allah, please guide me...




Dah lama rasanya tak menulis kat ruangan ini..
Malam ini agak nyaman dan tenang, Alhamdulillah..
Sekarang ini saya sedang mendengar lagu 'Selamatkan Akidah'
Huh..touching sangat dengar lagu ni
bukan ape, sebab teringat kisah-kisah silam dan dosa-dosa silam
yang langsung tak ambil peduli tentang akidah..
Mujurlah belum terjebak ke tahap yang lebiuh serius..
Terima Kasih Ya Allah atas rahmat dan kasih sayangMU

Lagu itu membuatkan semangat saya semakin berkobar-kobar untuk memperbetulkan 
akidah saya dan insan-insan sekeliling..
Mudahan niat suci saya direstui Allah swt..
sayang kini sudah mula berjinak-jinak dengan usrah..
Saya pernah mengadu pada sahabat saya 
diamana disini saya langsung tiada peluang untuk join usrah sebab tak tahu kat mana nak cari
mujurlah ibu saya juga seorang yang aktif berusrah..
jadi saya ikot ibu jer..
kadang2 kalau saya tak pergi usrah dia akan berkongsi ilmu yang dia dapat
ibu saya bukanlah seorang ustazah dia juga pencari ilmu Allah...

Berbalik pada cerita sahabat saya tadi
Dia cakap, Jangan sedih, Usrah itu adalah sebahagian daripada Tarbiyah
dan Tarbiyah itu ada dimana-mana
Alhamdulilah pencarian saya berhasil..
dan mudahan saya istiqamah dalam setiap kebaikan yang saya lakukan
Cuma biasalah iman adakalanya naik adakalanya  turun
tapi ape pun saya akan tetap berusaha untuk meningkatkan iman saya..
Balik semula ke dunia lama???
Ohhh...sudah tentu tidak..dunia dulu penuh dosa..
saya bahagia sekarang
dan mudahan terus teguh dan berusaha memperbaiki diri...
amin...






Monday, October 22, 2012

5 Tips berhubungan dengan lelaki...



Sedang saya membelek2 laman sesawang saya terbaca satu entry yang bertajuk '5 Tips Berhubungan Dengan Lelaki'.. Huh..terasa diri ini sangat S.A.L.A.H dan Salah... WHY???? Sebabnya saya tak praktikkan 5 Tips tadi.. Yang saya tahu:
1. Nak Berurusan dengan lelaki mesti bawak muhrim
2. Kena jaga aurat
3. Jaga batas means x bertepuk tampar...

Ermm....apelah saya ni..ceteknya ilmu ni rasanya... YA ALLAH, ampunilah hambaMU...
BERUBAH???? bukan sesenang sebutannya tapi yang penting teruskan berusaha  untuk berubah.. Saya pegang dengan 1 Prinsip yang saya ciptakan sendiri "KALAU NIAT KITA BAIK KERANA ALLAH, INSYALLAH, ALLAH AKAN PERMUDAHKANYA BAGI KITA"

So, tak kan ilmu nak makan sorang2 kan.. Jadi ingin saya berkongsi dengan rakan2 semua. Artikel ni saya petik dari seorang blogger muslimah Al-Mukminah Al-Solehah... 
Jom sama2 kita baca yuk...!!!



Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disenangi oleh kaum wanita dan disegani oleh kaum lelaki. Semoga dengan mengamalkan perbatasan perhubungan ini, akan lebih suci bagi hati kita dan bagi hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati.

  • Elakkan berurusan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta tolong dengan perempuan, mintalah tolong dari perempuan. Disebabkan limitation kemampuan perempuan seperti repair kereta, repair laptop dan lain-lain, maka terpaksalah minta tolong dari orang lelaki.

  • Kalau terpaksa contact orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal, bukan bahasa pasar. Contoh: Maaf, (bukan sorrie..), Terima kasih (bukan time kaceh). Lagi satu tak payah la buat smiley face ke (^_^)gelak-gelak ke (hihihih), dan lain-lain yang kurang berfaedah. Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki.

Sampai Allah pun kena sound kat orang perempuan supaya keraskan suara. Rujuk qur’an surah Al-Ahzab ayat 32:

“Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik.

Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, lembut-lembutkanlah suaramu dan lihatlah kesannya. Apabila arahan ini diberi kepada isteri-isteri nabi, sepatutnya kita juga menyahut seruan itu untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka, darjat wanita-wanita yang bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best bukan?

  • Tundukkan hati: Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang, kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tertarik kepada kita. Waktu berdepan dengan mereka, banyak-banyaklah berdoa, “Ya Allah, janganlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan.”

  • Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan mata pelajaran communication skills yang kita belajar kat universiti dulu; “make eye contact with the person you’re talking to”. Benda tuapplicable kalau kita becakap dengan orang yang sama jantina sahaja.  Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati theory “dari mata turun ke hati” tu betul.

So, be careful dengan pandangan mata. Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dengan isteri-isteri nabi. Cuba rujuk surah al-ahzab ayat 53; 

“….Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri-isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka..”

Kita bukan disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, ngan file ke. Kita lihat betapa Allah sangat ambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tak tewas ke dalam kemungkaran. Kalau kita pun nak jadi sehebat diorang, kenalah buat apa yang diorang buat. Takkan nak tunggu Allah sebut nama kita dalam Qur’an baru nak buat kot. Contoh: “Wahai Cik Hasni.. taatilah suamimu…” Isk2. tak layak nya…

  • Cepatkan urusan. Ni mungkin applicable kepada students atau orang yang dah kerja yang terpaksa berurusan dengan team mate lelaki. Dah tak boleh elak, dia je team mate kita. So, apa-apa kerja yang nak dibuat bersama, buat je la keje tu. Takyah nak borak-borak, tanya hal peribadilah, gelak-gelaklah, buat lawaklah.. tak perlu  dan tak perlu. Siapkan kerja cepat-cepat, then pergi. Perbincangan buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional.

Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat pada perintah Allah dan takutkan hari pembalasan.

Jaga diri, hiasi peribadi.

Saturday, October 20, 2012

Padi..Padi..Paddy..



Selamat petang sume..
Rajin plak sy meng'update' blog petang2 cmni...he5
Actually baru balik dr Maktab Perguruan Sultan Mizan, Besut Terengganu sbb ade MTest..
Errmm...susah kot soalannya..

Peperiksaan bermula seawal jan 9.00 pagi dan taman 11.30 pagi..
Lepas tamat exam saya pun merayau2 ler sekitar Daerah Besut dgn my fren..
Huh..memg lawa lah..
knp????
Sebab kat area besut banyak sangat sawah padi..
padi plak tengah menguning..
Huh... xsia2 ler bwk kamera ke hulu hilir..
Menikmati keindahan melalui lensa kamera...:)
Dats why lah syg sangat kat My Nikon...

Saya memang excited sangat2 lah...
tak tahulah kenapa saya ni jakun sangat
sekarang dh masuk umo 2* (heheheh) xpenah tgk real pokok padi, nk sentuh biji padi apatah lagi..
masa zaman belajar dulu teringin sangat nk g kedah semata2 nk amik gmbr kat bendang
tp xdapat..
Takperlah..at last teroka negeri sendiri jugak..
heheheh

Excitednya dpt bergambar kat sawah padi yang meluas di ikuti dgn tiupan angin yg sepoi2 bahasa even time 2 kami g tengahari..tp tetap seronok...
kebetulan pulak ade org tgh duk mesin padi (menuai)... Cewahh..dh pndai dh..heheh
mtk ler kebenaran merembat 2,3 tangkai pokok padi wat balik...heheheh...:)

By the way... setinggi2 penghargaan pd photographer sy yang sanggup menjayakan 'Ooopss Bendang' walaupun dibawah terik matahari..Terima Kasih dan sayonara.. :)



                                              
                                                         My lovely Nikon..:)



Ok dah untuk entry kali ni...nanti..Jom tgk bola plak..ATM vs KELATE...:-)
Adiossss....




Monday, October 15, 2012

Surat utk cikgu.... :-)



Selamat pagi cinta...Selamat pagi rindu...:)

Hari ni rajin nak meng'update' blog
Hari ni pegi breakfast dekat sekolah sebelah SMA Mahmudiah..
Saje jer tukar angin..tukar selera... hehehe
Suka sangat makan kueh warna hijau dia..
syedapp... Alahai bab makan sedap ajew...

Permulaan kelas hari ni pada jam 8.50 am
Setiap selasa pagi bermula dengan jadual anjal kelas 5B..
Memang hevoQ ngajar kelas ni..
dengan semua student yang spoting habis..
tapi dlm spotingnya tetap terbatas...
itu yang best sekolah ini....

Tapi kan..
Ari ini saya dapat surat dr pelajar saya
Jeng..jeng..jeng...

Suratnya berbunyi....
"Cikgu..kalau cikgu perlukan apa2 dari saya,,cikgu mesej je kat no.ni *********.. Senyap dh la.."

Aduhai...
biasalah student duk asrama kan..
dgn sape lg nk bermanja kalau bukan dengan cikgu2 dan kwn2 dia kan..
Ape2 pun terima kasih yer adik2ku...:)