Followers

Thursday, November 12, 2015

Hashtag counting days #countingdays

Yer!!!
Aku sedang menghitung hari-hari aku diijab kabulkan...
Di ijabkabul dengan seorang lelaki yang begitu sempurna dimata aku
seorang lelaki yang cukup untuk buat aku nervous bila berdepan denganya
seorang lelaki yang cukup unik pendirianya...

Yer...
Aku menghitung hari untuk bertentang 4 mata denganya
Menghitung hari untuk menjadi isterinya dia..

Moga bahagia milik kita..
kekal sampai syurga...




Life is full of Surprise 3

Hari ini hari khamis  (12 november 2015)
Dan jam juga menunjukkan 11.33 malam..
Esok...merupakan hujung minggu bagi negeri Terengganu yang aku cintai
Makanya esok cutiiii...

Hip...Hip Hooorraayyyyy..

Jangan nak Horray sangat...
Kerja berlambak..tapi ambik masa sedikit untuk mencoretkan sepatah dua kata di blog 
lapuk ni....hehehe

Aku hanya ada tidak kurang dari 8 hari lagi untuk aku menamatkan zaman bujangku..
Perasaan??

Entah apa rasa...
aku sendiri pun tidak tahu..
Nak kata excited!!! aku pun tak tahu nak excited atas dasar apa..
cumanya aku mampu doa dan berharap semuanya berjalan lancar..

Kahwin??
Aku belum hadam lagi sebenarnya topik ni..
Aku pernah tanya Inchik Tunang 

'awak! kahwin tu apa'

then he said

'Kawin tu penyatuan dua hati lah'

Aku gelak jer baca jawapan dia yang tertera di skrin enpon aku...
"penyatuan 2 hati yang saling tidak mengenali kan wak"

Tuhan,
Aku tahu tunang aku adalah lelaki terbaik yang KAU hantarkan pada aku..
Aku mohon hadirkanlah cinta dalam perhubungan kami ini
bahagiakanlah kami hingga ke syurgaMU...



Saturday, October 24, 2015

Tentang Perasaan..


Hai u olsss...
Huh...actually aku lega giler bila dapat tamatkan KEM BTN ni..
Pukul 2 petang tadi aku sampai di rumah..
Tekak dah sakit badan pun sejuk panas silih berganti..
Mungkin esok demam bakal menjengah...

Petang tadi,
aku baru hendak melelapkan mata...
Whatsapp masuk...
Aku lihat di skrin tertera nama Si polan bin si polan..

'salam ct, bz ker?'

"wslm..dok"

'Ct, saya tahu ct ni tunang orang, tapi biarlah saya nak luahkan sesuatu pd ct sbb saya rasa tok lepah kalu tok ghoyak' 

"Ayoyoyoyo...gapo tu"

'Saya sebenarnya dah lama suka ke ct. sebenarnya saya dh cerita pada kakak saya tentang ct..dan jangkaan saya hari raya hari tu..2 hari sebelum ct bertunang saya berhasrat nok ke rumah ct utk merisik..dan cincin pun saya dah beli... saya ada whatsapp ct kan hari tu...tp ct x reply"

kepala aku ligat berpikir...
Ting!!!
Yerlah dia ni ade whatsapp aku..
tp xdek pulekkkkk dia kata nk dtg risik aku...


"Sorry ler sbb masa tu tgh busy dengan persiapan tunang"

'Ermmm....saya sebenarnya frust jugoklah..sebab tu saya tok berapa nok kecek mano ngan ct loni sebabnya bila saya tgk ct, saya rasa sedih sangat'

"Allahu...mitok maap banyok,,sebab sy dok pernoh tahu awak ade perasaan ke saya.anggap sjlah tiada jodoh"

'Ermm..tulah..nok wat ghano doh.. blh x saya nk ty..ct dok kenal pun tunang ct sebelum ni kan? Ct sayang dok ke tunang ct tu???'

Aku mengambil keputusan untuk tidak reply whatsapp dia.... cukuplah setakat itu..
perasaan aku memadailah hanya aku yang tahu...

Begitulah jodoh..
rahsia Allah yang tiada siapa pernah tahu..
Mngkin kita sukakan seseorang tapi belum tentu orang yg kita suka itu 
adalah jodoh kita...

tapi yang pasti

Kita tidak semestinya menikahi orang yang kita cinta..
tapi kita wajib mencintai orang yang kita nikahi..

Begitulah...
Hidup..

Wednesday, September 9, 2015

Life is full of surprise 2

           Hari ini dah 1 bulan ++ aku jadi tunang orang. Entahlah nak kata apa perasaan menjadi tunang orang ini.  Sebab aku dan tunang tidak saling mengenali antara satu sama lain... Apatah lagi bercinta!! Jauh sekali...

           Ramai juga dalam kalangan sahabat handai yang terkejut dengan keputusan yang aku ambik. Mungkin mereka kenal aku mcm mana. Tapi apa yang boleh aku katakan aku sendiri tidak tahu bagaimana dan mcmana aku boleh ambil keputusan untuk bertunang dengan Inchik two-Nang tu. Cuma dalam perbualan whatsapp aku dengan dia masa awal2 dulu aku ada tanya dia

"Jujurlah nak tanya ni, keputusan awak ambik ni ikhlas dari hati awak ker?? sebab awk pun tak kenal saya dan saya pun tak kenal awak..Jumpa lagi lah tak pernah" 

"Jujur jugak saya beritahu saya memang tak kenal awak pun lagi.. Tapi mungkin ada hikmahnya berkenalan selepas nikah"


"Mungkin ada hikmahnya berkenalan selepas nikah..." Itulah ayat yang buat aku berfikir dan berfikir dan terus berfikir sehingga saat ini...

Dan barangkali kerana ayat itu juga Allah detikkan hati aku untuk cuba membuka ruang dan pintu hati yang telah sekian lama sepi untuk mengenali tunangku sendiri...

Hingga saat ini, hampir setiap hari aku cuba mencari gali kebaikan dalam diri dia... YA!! Mencari dan terus mencari... belajar untuk menerima segala kelebihan dan kekurangan dia... Seperti biasa dalam pencarian itu adakalanya aku di beri bahagia adakalanya aku diberi kecewa... Namun, tidak mengapa aku harus kuat.. sebab aku dah janji pada diri aku sendiri apa pun terjadi aku akan pertahankan hubungan ini!!!!Sebab ini semua datang dari Allah... Aku mencintai apa saja yang datang dariNYA kerana aku yakin ini yang terbaik untuk aku...


Aku dan encik tunang bukanlah seperti pasangan bertunang yang lain.. Selalu whatsapp selalu calling.. Tak!!! Whatsapp hanya ada hal yang perlu.. Calling: tak pernah!! Sebab aku malu...Aku segan.. tunang aku juga mungkin punya alasan yang tersendiri berbuat demikian...

Macam mana aku cari kebaikan dia???
Aku follow instagram dan facebook dia...
Mungkin itu belum cukup kuat untuk aku mengenali dia
tapi memadailah sekadar aku tahu dia melalui gambar2nya dan tulisan2 dia...

Ada dalam kalangan sahabat terdekat tanya
"Oit!! kau dah sayang dia ker???"

Aku jawab
"Jangan tanya aku soal tu..sebab aku masih belajar..."

YA!!! masih belajar...
Mudahan aku dapat grad dengan CGPA 4.00 dalam bidang itu...
Hahahahahah

Adiosss...






Sunday, September 6, 2015

Life is full of surprise..

                Suatu hari di bulan Ramadhan tahun 2015.. Waktu itu hujung minggu,.. Aku sedang rehat2
Melihat ma dan ayah tenang duk rileks2 dia kerusi di ruang tamu... Bermalas-malasan kelihatan mereka berdua...

Lalu aku beranikan diri untuk bersuara

"Ayah, raya nanti ada orang nak masuk minang!! Nak tunang!!"

Ayah dan ma gelak serentak...

Aku buat lawak ker??? Muka aku nampak mcm aku ni peserta maharajalawak ker?? (Monolog dalaman)

Ayah tanya "Berapa lama kenal??"
Ma tanya "Orang mana?"

"Tak kenal pun!!! Orang Terengganu jer"

Ayah dan Ma tiba2 diam serentak..

"dah fikir masak2"

"Saya ikut kata ma dan ayah jer.. Kalau semua setuju saya setuju"

Ma awalnya kelihatan berat mungkin dalam kepalanya duk fikir dia masih belum bersedia untuk terima menantu atau dia risau yang tak sedia itu adalah aku..

Mak dan ayah aku cukup faham kenal perangai aku...
Aku payah nak bercakap, bercerita soal nikah kahwin...
Melainkan mereka yang mula buka topik... Itupun aku akan selalu cebik bibir..
kadang2 buat tak tahu...buat bodo jer... kikikiki

Sebab diorang tahu..itu topik yang aku paling tak minat...
Sebab aku sudah rasa selesa dengan life aku yang sekarang...

Malam itu semua berkumpul dirumah..
Dari abang yang sulong sampai adik yang bongsu..
Bincang pasal ini!!!

Pom.pang!!
Pom pang!!
Pom Pang!!!

AKU??
Hanya dia seribu bahasa...
Dah tak minat +Tak ready + Tak tahu ape2
Nak sampuk ape!!

Tetiba ayah bersuara

"Setuju"

Yang lain tiada membantah "Setuju"

Giler ker apa diaorang ni..Kenal tidok..ape tidok taw setuju...
Arghhhh....

Tu lah moon td confident sangat family tak setuju..Sekarang Nah...!! Rasakan...

***************************************************************

Pagi itu..
Dengan ketebalan muka 14 inchi aku whatsapp insan berkenaan menyatakan persetujuan dari pihak kami...

Dan konflik berlaku sedikit bilamana nak tetapkan tarikh bertunang...

Aku menjangkakan utk buat majlis pada September..
Tapi di pihak sana katanya cuti terhad...
Cuti raya panjang..

So atas persetujuan bersama Tarikh 23 Julai 2015( 7 syawal) menjadi tarikh yang bersejarah dalam hidup aku..

Perasaan???
Tiada Perasaan...

Mana mungkin wujud perasaan bila mana aku tidak pernah mengenali dia..
Berjumpa denganya lagi lah tidak....
Bagaimana rupanya pun aku sendiri tidak pasti...

Bukan aku seorang sahaja yang tidak mengenali dia
Tapi seluruh ahli keluarga aku pun tidak pernah kenal dia..

GILA tak!!!

YA!!! Gila..
Keputusan yang memakan diri..
Seolah2 menggali kubur sendiri..

Tapi pada Allah aku berserah sepenuh hati...
pada Allah aku bergantung segalanya...

Soal CINTA??
Aku tak pasti..
Aku tak pernah tahu soal itu...

Aku payah nak percaya cinta...!!!
Aku takot untuk percaya pada cinta!!!

To be continued...

Ceh!!! mcmlah story ko ni best sangat moon nak kena siap episod2 bagai...
Hahahhaha







Wednesday, November 12, 2014

Cinta pada yang SATU



C.I.N.T.A

adalah satu topik yang akan evergreen sampai bila-bila


Nak bercerita tentang cinta kepada pasangan
Tak semua orang akan berkahwin..
Mariam tidak pernah bernikah tetapi layak juga menjadi orang VIP 
dekat syurga


Kalau nak bercerita tentang cinta kepada anak-anak
Tak semua orang akan ada anak
Aisyah tidak punya anak
tapi layak juga menjadi insan terhebat di syurga sana..


Tapi CINTA pada YANG SATU
semua orang tak boleh menipu
semua orang hajat kepada Cinta pada Yang Satu
Kalau sekarang kita tak mengaku
balik nanti kita Jumpa yang satu
kiat terpaksa mengaku
memang itulah cinta yang perlu dituju
iaitu
Cinta Pada Yang SATU...




Fesyen dalam Islam


Saya ingin berkongsi sedikit ilmu berkaitan dengan fesyen wanita islam (Pakaian wanita islam)

Sungguh..
Diingatkan saya bukan Ustazah...
Tapi sekadar berkongsi serba sedikit 
melalui pembacaan saya

Kalau kita ada dalil yang sempit maka cara kita melihat fesyen dlm islam juga jd sempit...
Kalau kita jumpa dalil yang luas maka cara kita melihat  fesyen dalam islam juga luas

Pakaian wanita sebenarnya bukanlah di hadkan kepada warna hitam semata-mata.
Pakaian wanita pada zaman Nabi lagi ada pelbagai fesyen dan berbagai warna.

Aisyah R.A mengatakan wanita sahabiah pada zaman Rasulullah juga memakai pakaian warna hijau..
Ummu Kalsum ada selendang sutera bersulam keemasan malah Saidatina Aisyah dikatakan ada selendang cantik yang sering dipinjam oleh wanita2 pada zaman itu yang digunakan sebagai alat utk berhias.

Jadi nak pakai hijau boleh,biru boleh, pink boleh, merah pun boleh... Pakai jerlah..
Janji ikot syariat..janji tak dedah aurat,,,

Begitu juga tabbaruj,
Kalau kita amik tabbaruj ikot persepsi kita sendiri tak pernah rujuk tafsir..tak pernah rujuk perbahasan para ulamak jadi sempitlah...

Nampak orang pakai fesyen lain sikit
kita dah cop orang tabaruj
Nampak orang pakai warna terang-terang
kita dah label orang tabbaruj
Nampak orang pakai niqob warna-warni 
kita dah label orang tabbaruj..

Ni lagi satu hal pasal niqob
Ulamak Kotemporari (Fuqahah Kontemporari)
bersepakat mengatakan niqob tidak wajib
Nak pakai silakan
Tak nak pakai duk diam2

Kita jangan terlalu cepat menghukum
Kita jangan sesenang hati melabel
Banyak kali kite pesan kat diri kite dan awak
Tiket syurga neraka
bukan kerja kita agihkannya
Dosa pahala orang
bukan kerja kita nak timbang tara..

Islam ini luas...
Yang luas kita luaskan
Yang sempit kita hadam dan paham..

Sumber rujukan : kitab tahrir al-mar'ah fi ‘asr al-risalah