Followers

Thursday, January 9, 2014

Mampu...Risau..

INTRO:
Rasanya belum terlambat nak Ucap Ahlan Wa sahlan to 2014...
First entry di tahun 2014
Beselerrr...saya selalu lambat...

2013 banyak kisah suka duka
yang tak perlu aku kongsikan disini...
Bahagiaku biar aku saja yang tahu... ;p

Susah juga rupanya...
Bukan..Bukan..Bukan... susah nak berniqob..
Tapi rasa pelik nak berdepan dengan caci maki manusia yang selalu memandang pelik pada golongan yang dilabel 'NINJA'... Hahahah sebab fitnah manusia itu bukan setakat dibibir semata-mata
Seriously,, I'm not niqobis, purdahnis, or Kubis tp aku cuma punya ramai kenalan yang berpurdah.. Alhamdulilah Allah beri pinjam sahabat yang sangat menjaga agamaNYA..

Cop...
Stop asking me soalan2 merepek

'Kak..betulker pakai purdah kena pakai hitam jer!!'
'Kak.. orang pakai purdah memang kena pandai agama ek!!'


Seroiusly sepanjang perjalanan ku mendekati golongan2 purdahnis dan Niqobis
samada dalam FB atau bertentang mata
mengajar aku tentang sesuatu yang bernama 'MANUSIA'
Bertutup lar mcm mana sekalipun selagi nama manusia ia tetap manusia
Terbuka lar mcm mane pun selagi tak tutup tetap terjun neraka

Berpurdah bermulut celaka --> BIASA
Yang seksi bermulut longkang --> BANYAK
Berpurdah sungguh manis dan sopan --> INDAH
Seksi dan nak berhijrah --> ALHAMDULILAH

PERSOALAN MAMPUKAH??

Aku juga terasa ingin berhijrah menjadi muslimah..

Tapi..

Aku risau...
aku gusar tidak mampu untuk istiqamahkan diri.
aku gerun tidak layak menghormatkan cebis kain di kepala ini.
aku gentar tidak bisa mengotakan pada tuhan apa yang aku janji.


PENGHARGAAN

tuhan,
kau paling baik hati.
kau kekasih aku.
kau teman baik aku.


terima kasih kerana sudi berikan tenang dalam hidup biasa2 aku ini, wahai tuhan.
dan berikan anak2 bumi palestin itu kekuatan, kalau kau masih belum mahu berikan kemenangan.

terima kasih kerana sudi beri aku sehari saja lagi untuk memperbetul hina selama dahulu.
dan kalau ada lagi lebihannya, berikan aku satu lagi esok, untuk aku kukuhkan iman aku.

aku tidak mahu jauh lagi dari kamu.


HARAPAN


istiqamah aku, insyaAllah (doakanlah untuk selamanya)


pedulilah kalau aku tidak hot seperti kekasih kamu, biarlah kalau aku tidak kool seperti kamu.
zaman saya sudah berlalu.
ai dah rasa dah semua itu.
:)

kedengaran tua sekali.
haha.

*senyum*